Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Tuesday, August 31, 2010

Untuk Mencari Nasi Ambeng.....

30hb Ogos 2010...macam biasa selepas je bersahur semalam..aku tengok blog, lepas tu tertido sampai la BKG antar SMS tanya samaada nak ikut dia untuk ke kedai....aku jawab ok..siap-siap...lagi pun semalam aku kena jumpa doktor bagi follow up check up dan alhamdulillah semua dah kembali normal....terima kasih BKG sebab sudi antar dan teman aku walaupun kau tersengguk-sengguk menahan mengantuk gara-gara berborak dengan aku tak hengat waktu...

Selepas selesai solat, aku dah janji dengan BKG untuk pegi beli Nasi Ambeng...Nasi Ambeng ni memang terkenal dikalangan masyarakat keturunan jawa dan BKG adalah wanita yang berketurunan jawa....sejak kawan dengan dia la aku kenal apa tu Nasi Ambeng...oleh kerana BKG ni dah memang anak jati Klang, Kg Budiman jadi dia dah tau mana nak cari Nasi Ambeng nih...dah tentu kitaorang dah sama-sama sepakat beli hanya sebungkus je sebab memang takkan terdaya kalau nak makan sesorang....memang banyak, yelah nasi, sayur, serunding, mee goreng, dan lauk pauk...sebungkus Nasi Ambeng harganya RM5.00....murahkan...dan penyedap atau pun keenakkan Nasi Ambeng ni terletak kat serunding dia...kalau serundingnya sedap, sedaplah nasinya...untuk mencari Nasi Ambeng yang sedap kami telah menjelajah sekitar Pekan Meru dan Jalan Kapar....

Aku memang la seronok sambil mencari Nasi ambeng sambil cuci mata tengok pemandangan kat kampung orang...puas jugak nak mencari yang betul-betul sedap Nasi Ambeng ni, dari satu tempat ke satu satu tempat dah jadi macam kembara Nasi Ambeng dah...BKG bawak aku sampai kat Jalan Kapar dan kitaorang berhenti kat satu gerai ni yang memang jual Nasi Ambeng, Kuih muih dan pelbagai jenis air...masa aku tengok orang yang membungkus Nasi Ambeng ni aku dah pandang BKG..dalam hati boleh ke abis ni berdua makan...tapi semalam kami pilih tak nak mee goreng hanya nasi sahaja....dan jugak kami beli dua ketul ayam masak ungkep (betul ke ejaan nih, ni berdasarkan apa BKg terangkan kat aku lah kan)....

Dari Jalan Kapar kami singgah ke Pekan Meru semula di Bazar Ramadhan yang memang dari tahun lepas aku lebih rela memilih pergi ke situ dari pergi ke Bazar di Seksyen 13 Shah Alam...tapi semalam sebab kepenatan melanda diri, aku hanya ajak BKG pergi singgah gerai murtabak yang memang tiap kali aku pergi ke situ memang gerai pakcik tu lah aku singgah sebab memang sedap..bagi aku lah kan....elok je nak parking kereta sempat BKG berkata-kata, " Hai susah tul nak cari lelaki kacak yang bujang kat Bazar nih..." elok mata aku yang layu ni terus je segar, terperanjat betul ungkapan tu keluar dari dia..."Tak sangka plak kat sini leh cari pakwe ye..." aku cakap kat BKG sambil gelak....macam-macam...tapi sekurang-kurangnya terhibur jugaklah hati aku yang mendung nih....

p/s : Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 53 tahun..... 

5 comments:

LaiLiE iZaNi said...

laki ensem n baek at mmg ssh nk cr skang ni...rare spesies dh...ehhehehe

Aku adalah aku said...

Lailie;

Memang susah la kot....hehehehe

p/s:yang penting baik hati dan boleh bimbing kita dunia akhirat

13may said...

gambar nasi ambeng takde ker? hehhe hehhe

Aku adalah aku said...

13may;

Kalau yang aku makan semalam tu memang takde...kena tengok kat cik google...hehehehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

napa tak telefon..bukan jauh 20 je