Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Friday, September 16, 2011

Seminggu di Hospital

Jumaat, 9hb September 2011....paginya berbual di telefon dengan Abah....suara Abah yang lemah agak merisaukan....aku terus sms adik-adik bagitau....

Tengahhari hari yang sama...adik ku Izhar bagitau, Abah tak larat nak bangun sebab demam...terus aku telefon abang long Mat mintak tolong tengokkan...kata Abang Long Abah tunggu Angah untuk hantar dia ke klinik....

Lepas je solat Jumaat, aku mendapat panggilan dari adik ku Izhar...mengatakan Abah sesak nafas dan telahpun dikejarkan ke Hospital Daerah Raub....nasib baik masa tu Angah ada bersama....ini adalah kali kedua Abah kena serangan macam ni....

Aku dan adik-adik ku balik jugak ke Raub hari yang sama....terus ke hospital menjenguk Abah dan keadaan Abah memang lemah....sayu hati melihat keaadaan dia dan lagi sayu bila Mak yang memang selama ni bergantung ngan Abah keseorangan dirumah...nasib baik ada jiran-jiran yang baik hati menemani Mak....

Esoknya kami memutuskan untuk transfer Abah ke Hospital Selayang memandangkan Abah sememangnya mempunyai rekod rawatan disitu...Abah segera diberikan rawatan di bahagian separa kritikal dikecemasan..sehinggalah doktor memtuskan untuk memasukkan Abah ke wad....

Hari-hari kami berulang ke Hospital, bergilir-gilir dan aku mengambil alih tugas Abah mengedalikan Mak....ari ni setelah Abah dibedah dan keadaan luka Abah yang cantik...Alhamdulillah abah dah pun keluar tapi keadaannya masih lagi lemah....

p/s: Aku cuma memohon agar Allah sentiasa mengurniakan aku ketabahan dalam menghadapi dugaan ini...dan semoga aku dikurniakan kesihatan dan tenaga untuk menjaga kedua-dua orang tua aku....




 

Wednesday, September 07, 2011

Puasa & Hari Raya....

Sebulan lamanya aku tak update blog nih....
Selama itu lah juga aku sibuk mengalahkan apa je....
Jemputan berbuka dan aktiviti balik kampung setiap hujung minggu....
Itu yang membuatkan aku mengurangkan aktiviti aktiviti yang lain....

Ok si Brutalsolo yang ada solo lagi satu tempat....
Terima kasih sebab mewar warkan dan menepati janji.....
Kalau ada makan kenduri jgn lupa ajak....
Kalau boleh nak tengok ko sanding dengan tiga tiga sekaligus...

Hari Raya macam biasa sibuk sepanjang minggu....
Ditambah ngan demam batuk selsema....
Alhamdulillah tahun ni ada rezeki untuk aku beraya dengan senyuman....
Moga tahun depan aku dilimpahi rezeki yang melimpah ruah lagi...

Amin...

p/s: pendek je entry nih...sebab nak kejar keje yang menanti