Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Thursday, August 19, 2010

Cinta Alisya (1)

Alisya tersenyum bila melihat telatah anak-anak kecil yang bermain 'teng teng', terimbas kembali zaman kanak-kanaknya..."Dulu kecik-kecik aku pun pernah macam diaorang ni, selalu akan bertekak bila ada yang cuba mengelat", Alisya berkata pada hati kecilnya. Tapi zaman kanak-kanak Alisya dah lama ditinggalkannya...dia kini telah pun menjadi seorang wanita dewasa, yang menurut emaknya dah terlebih layak untuk menjadi seorang isteri dan ibu...Alisya tersenyum sendirian bila terkenang kembali kata-kata emak yang sampai sekarang masih mengharapkan dia menamatkan segera zaman bujangnya...Angin petang yang bertiup perlahan mengusik perasaan Alisya untuk mengimbau kembali kenangan lalu...
 
"Tolong lah Sya, buang perangai keras kepala kamu tu, kamu dah besar dah boleh fikir sendiri. Abah kata berhenti je kerja kat Johor tu, cari kerja lain." Bising mulut Abah cuba menasihati aku. "Sudahla Sya Abah tak nak kau salah langkah, abang long kau nampak, lelaki cina tu mesra lain macam dengan kau...tu sebab kau tak nak balik sini, siapa dia dengan kau Sya?" Abah cuba berlembut. "Dia bos Sya je, kitaorang memang rapat, takde apa-apa pun, cuma memang dia jaga Sya sebaik mungkin. Sya sayang nak tinggalkan keje ni, banyak pengalaman yang Sya boleh belajar." Aku cuba meyakinkan Abah. " Kalau kau sayangkan Abah dan Mak berhenti lah Sya, kalau tak Abah dah taknak amik tau dah pasal kau. Kau satu-satunya anak perempuan kami jadi tolonglah balik ke sini. Biar Mak Su kau tolong carikan keje yang lagi menjamin masa depan kau. Sampai bila kau nak keje angkat beg, berjalan menjual macam tu, badan kau Abah tengok dah tinggal sekeping. Dah berhenti je, jangan sia-siakan Diploma yang kau ada tu." Abah terus menasihati. Malam tu dalam biliknya, Alisya tekad untuk menurut kata Abah.

Kini Alisya berada di Pulau Pinang, bekerja dibawah satu syarikat Bumiputra sebagai QAHSE Officer setelah dia menganggur selama 6 bulan. Memang dia sedar jauh sangat nature kerja yang dibuat dengan kelulusan yang diperolehi. Teringat dia ketika sesi temuduga bersama tiga panel wakil dari bahagian Sumber Manusia, bahagian QAHSE (Quality Assurance Health & Safety Environment) dan juga Penolong Pengurus bahagian Fasiliti. Tersenyum sendiri, teringat akan jawapan yang diberikan bila satu soalan diajukan oleh En. Halim dari bahagian QAHSE. "Kalau orang suruh you baiki lif you boleh buat tak?" "Minta maaf En. Halim, kalau setakat tukar lampu yang terbakar dengan bukak sinki yang tersumbat, saya pandailah, kalau lif tu, terus terang saya cakap takat tekan butang lif pandai lah saya". Alisya hanya tawakal bila memberikan jawapan tersebut, yelah tips kalau dalam temuduga kenalah jujur dan yakin bila menjawab. Tergelak panel-panel tu mendengar jawapan Alisya. Dan ketika Alisya diterima bekerja di Gerak Maju Sdn Bhd, disitulah dia diperkenalkan dengan En. Fazli, pengurus bahagian Fasiliti. Sehingga kini selepas sebulan bekerja disitu, tak pernah dalam sehari Alisya dan En.Fazli bekerja dalam keadaan aman. Setiap hari ada je perkara yang menjadi bahan pertengkaran. Alisya memang dengan perangai yang keras kepala dan terus terang nya itu lah yang membuatkan En. Fazli sering memancing perkara untuk dijadikan bahan perbahasan.
 
p/s: Kisah Cinta Alisya ni akan disambung lagi InsyaAlalh....Lenguh haih tangan ni menaip....

2 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Elly,


kisah benar ke ni?


not bad.


malam ni kena ulang.. diofis xleh concentrate.. hehe

Aku adalah aku said...

Salam Reen,

Imaginasi je...mungkin la ada sikit kisah benarnya...hehehe...