Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Monday, December 31, 2012

Hari Terakhir Untuk 2012

2012......terlalu banyak dugaan dan kenangan dalam hidup aku....

Abah....orang yang sangat kami sayang...yang penyayang....pergi untuk selama-lamanya tepat waktu 7.15pm pada 21 Jun 2012...sehingga hari ini saat pemergiannya masih kagi terpahat dalam lipatan kenangan ku....kasih sayang abah...gurau senda abah...belaian abah...masih lagi segar bersama aku...segala kata-katanya masih lagi terngiang-ngiang....sesungguhnya tiada siapa yang layak menggantikan tempatnya....

Tahun 2012 jugak merupakan berakhirnya kerjaya aku di Umra dan bermulanya kerhaya aku ditempat baru...semangat dan keazaman yang kuat untuk aku mengukir nama bagi mrmbuktikan yang aku sememangnya seorang yang berjaya....
Dalam tahun ini juga...pintu hati aku kembali diketuk...perasaan yang sekian lama mati kini mula hidup kembali....perkenalan yang tanpa disangka yang kini mula mewarnai kehidupan aku....mula merasai diri ini amat disayangi dan dihargai serta rasa hormatnya terhadap insan yang bernama wanita berjaya menambat hati ini untuk membalas cintanya...

Aku tau setiap yang mendatang dalam hidup ini pasti akan ada cabaran dan dugaan untuk kita menjadi seorang insan yang tabah...kuat..sabar...tenang dan sentiasa mensyukuri akan nikmatnya.....

Moga 2013 akan ada sinar perubahan dalam hidup ini....

Tuesday, September 04, 2012

Sekadar Luahan....

Sejak akhir-akhir ini mata aku terlalu sukar untuk lelap...otak aku selalu ligat memikirkan hari-hari yang bakal aku lalui....seawal 1.00 pagi ketika mata masih belum mampu untuk lelap....aku telah menghantar post di wall facebook sekadar hanya meluahkan rasa dalam hati....aku tahu setiap dugaan yang Allah berikan adalah kerana Dia maha mengetahui akan kemampuan setiap hambanya....

Ada yang mengatakan aku seolah-olah tidak redha dengan pemergian Abah tersayang...bukan aku tak redha...cuma impak pemergiannya terlalu dalam untuk diri aku...terlalu.....ia seolah-olah memberikan tamparan yang hebat...tapi aku tetap bersyukur kepadanya....kerana diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan demi dugaan....

Mendengar suara mak yang kesedihan, kadang-kadang meruntun jiwa ini...cuba sedaya upaya menghiburkan mak...tapi aku tau ia masih lagi terbatas....seperti mana mak yang kehilangan tempat bergantung...aku juga kehilangan tempat untuk mengadu...pembakar semangat.....selalu Abah lah yang akan memberikan nasihat demi nasihat.....membakar semangat..

Kini aku terpaksa ye terpaksa menguatkan semangat ku...menyokong dan mengharap sokongan keluarga.....moga Allah akan terus memberikan ketabahan dan juga meniupkan ketenangan dalam menghadapi dugaan dugaan yang akan terus mendatang....

Thursday, July 05, 2012

ABAH DALAM KENANGAN.....

Tanggal 21hb Jun 2012 perginya seorang hero, seorang sahabat, seorang teman dan yang paling utama seorang ayah yang untuk sepanjang hidup ku selama 36 tahun ni ku panggil dia ABAH untuk selama-lamanya...luluh hati kami seluruh keluarga, luluh lagi hati mak yang melihat kekasih hatinya pergi menemui Yang Maha Esa.....namun kami semua redha dengan pemergiannya....

Hari ini pada 21hb Jun 2012, jam 7.15 petang, Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya...dah dua minggu rupanya...masih lagi terasa seperti baru semalam ianya terjadi....hati ini masih sayu, setiap hari aku rindu akan gelak ketawanya, rajuk hatinya, pelukannya, ciumannya, belaiannya....Hanya Allah yang maha mengetahui betapa dalam rasa rindu ini pada Abah....

Masih segar dalam ingatan, dua tahun yang lepas dalam bulan puasa, ketika itu aku baru lepas menjalani pembedahan, betapa Abah tabah menjaga aku yang ketika itu juga turut menjaga mak....setiap hari Abah bangun menyediakan sahur dan juga bila petang menyediakan juadah untuk berbuka....menghidangkan makanan untuk aku dan mak...membuat air panas mengikut selera kami berdua....betapa besar jasa dan baktinya pada kami berdua.....

Bila tiba hari raya, Abah adalah orang yang paling sibuk, dia akan bertanya tahun ni kami nak makan rendang apa....dia lah sibuk pergi mencari daging dan ayam untuk dibuat rendang....Memang aku rindu saat-saat itu.....masih segar dalam ingatan, raya tahun lepas Abah sangat-sangat gembira sehingga ingin bergambar puas-puas katanya.....

Saban minggu aku dan adik balik melihatnya, sentiasa rindu mahu berjumpa dengannya...setiap kali kami balik Abah dah siap menunggu di pintu dapur di atas kerusi roda....setiap kali bersalam abah akan memeluk dan mencium dengan rasa kerinduan dan penuh rasa kasih sayang.....sejujurnya aku rindu akan pelukan dan ciumannya....rindu juga memeluk dan menciumnya....

Sesungguhnya aku tak mampu untuk mencoret panjang akan segala kenangan ku dengan Abah...namun setiap kenangan bersama Abah tetap akan segar dalam ingtan aku....Abah sesungguhnya pergi mu tiada pengganti....kasih sayangmu tetap akan segar dalam ingatan kami.....

Sayang Abah untuk selama-lamanya.......

Saturday, June 16, 2012

KHAS UNTUK INSAN YANG KU PANGGIL ABAH

Agak lama aku tidak menulis, mencoret disini....selalu jugak aku mengintai blog-blog kekawan yang lain tapi untuk meninggalkan secebis komen memang tak sempat....

Hari ini, sebenarnya sejak awal minggu ini aku sentiasa terpanggil untuk mencoret sedikit kisah untuk seorang insan yang paling aku sayangi...siapa lagi kalau bukan ABAH....macam-macam perkara yang telah aku lalui, termasuk pasang surut hubungan aku dengan Abah....tapi memang aku akui aku sebenarnya rapat dengan Abah....

Memang tidak dinafikan, walaupun Abah adalah seorang insan yang tegas dalam mengajar kami tentang erti hidup tapi dalam masa yang sama dia juga adalah kawan untuk anak-anaknya....tak kira siapa pun, ketika waktu berkumpul, dengan Abah lah kami bercerita...Abah walau tegas kadang-kadang garang, ada masanya baran tapi dia adalah insan yang paling kelakar...bercerita dengannya selalu mengundang suka, gelak ketawa antara kami....

Terlalu banyak sebenarnya pengorbanan yang dilakukan oleh Abah....terlalu banyak umpat keji, cacian yang dilaluinya tapi Alhamdulillah berjaya dia membesarkan kami menjadikan kami antara insan-insan yang tahu akan erti tanggungjawab....memang kekadang berlaku krisis antara kami, tapi aku faham semua yang dilakukannya adalah kerana rasa sayang dia yang terlalu dalam untuk anak-anaknya...

Kebanyakan orang ada menyatakan sifat dan sikap aku banyak diambil dari sifat dan sikap Abah....hanya kerana itu mungkin aku senang bercerita dan juga senang berselisih pendapat dengannya....Masih terpahat dalam ingatan aku, dalam beberapa bulan yang lalu, aku terlalu kerap berselisih pendapat dengan Abah....selalu ada aje topik yang mengundang rasa tidak puas hati kami antara satu sama lain....kekadang sampai aku tertanya-tanya kenapa lah semua ini harus terjadi antara kami....ini kerana sikap degil aku dan juga sikap degil dia yang bertembung menjadikan masing-masing susah nak beralah....

Dah 3 tahun sebenarnya Abah mengambil alih tugas mak...sejak mak terkena serangan angin ahmar, Abah lah yang pergi ke pasar, memasak masakan kegemaran anak-anaknya dan juga menjaga mak dengan penuh sabar dan semangat....semua tu Abah buat dengan ikhlas walaupun kadang-kadang kesihatannya selalu juga terjejas....

Tapi sejak awal tahun ini, kesihatan Abah memang semakin merosot...penyakit kencing manisnya dan juga masalah paru-parunya menyebabkan Abah dimasukkan ke hospital lebih kerap dari tahun-tahun yang sebelumnya....air mata aku boleh dikatakan kerap tumpah, apabila melihat keadaan Abah....tapi aku memang salute Abah abis-abisan...semangat Abah sebenarnya yang menguatkan kami anak-anaknya tetap bersemangat dalam mengharungi dugaan demi dugaan yang melanda....

Bulan lepas, bulan Mei....kaki kanan Abah terpaksa dipotong disebabkan jangkitan kuman akibat penyakit kencing manis Abah....namun abah tetap redha...tapi sekarang ni Abah amat memerlukan semangat anak-anaknya untuk dia melalui kehidupan....betapa luluh hati ini melihat Abah yang dulu cergas ke sana sini, melakukan apa saje kini terbaring di katil dan duduk dikerusi roda dan bergantung tenaga kami untuk bangun atau apa sahaja....sesungguhnya aku amat bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang saling menyokong antara satu sama lain...Aku amat berbangga dengan sokongan dan semangat kalian.....Hmmm..cuma ada satu hasrat Abah yang ku rasakan agak sukar untuk aku tunaikan....apa lagi kalau bukan bab jodoh perkahwinan....kerana jawapan itu memang sampai sekarang masih belum lagi dapat aku jawab...hehehehe......






Saturday, April 07, 2012

PENAT......

AKU YANG DAH TERLALU PENAT....
PENAT DENGAN APA YANG TERJADI....
PENAT ITU MENJADI BEBAN DIRI....
TAK TERTANGGUNG RASA DERITA INI.....

AKU YANG TERLALU PENAT....
MENERIMA SEGALA UMPAT KEJI....
MEREKA SENANG MEMBERI KATA CACI....
UNTUK MEMBUATKAN LEMAHNYA DIRI

AKU YANG DAH TERLALU PENAT....
PENAT DENGAN HARI INI
PENAT DENGAN SEMUA INI
TERLALU PENAT.....

Saturday, February 04, 2012

Kisah Pertama di Tahun 2012

Sesungguhnya pada tahun baru ni aku tak sangka begitu banyak dugaan yang melanda....bertubi-tubi....sama banyak rasanya...masalah peribadi dan juga masalah alam pekerjaan....sesungguhnya aku hanya mempunyai sekeping hati yang menunggu retak menanti belah....kalau pecah berderai susah nak bercantum....

Kekadang ada je aku rasa umpama lilin yang membakar diri....terpaksa menerangi yang lain untuk memastikan mereka sentiasa happy happy aje....pernah menyuarakan pada sahabat aku...katanya bila kita menyuarakan itu maka tiada keikhlasan lagi dalam diri....hmmmm....maka amik keputusan mendiamkan diri...tidak mahu dikatakan tidak ikhlas terutama bila melibatkan hal kedua orang tua aku....cuma aku minta sedikit kefahaman agar mereka yakin dengan aku bahawa aku tidak akan membuat sesuatu yang hanya akan digelar derhaka....tanpa restu mereka tidak akan aku laksanakan walaupun hati aku sendiri akan rasa terseksa dan terluka....

Memang benar kata kakak angkat ku....yang sentiasa menasihati ku.....jalan penyelesaian kepada masalah aku adalah mempunyai seseorang yang digelar suami yang boleh menjaga aku...tapi aku masih belum yakin akan menjumpai seseorang yang sanggup menerima segala kekurangan dan memahami ku sepenuhnya....

Aduyai aku pening rasanya....tak larat dah.....chill je lah....