Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Wednesday, April 10, 2013

April...

Bulan ni parlimen dibubarkan....Bulan ni jugaklah aku akan menempuh alam baru...
20hb April penamaan calon-calon....20hb April ni jugaklah aku akan menempuh alam baru....

Bulan ni macam-macam berlaku....Bulan ni jugaklah semacam je demam aku...
20hb April, calon akan terima tahniah sebab terpilih....20hb April aku jugak terima ucapan tahniah...

Itu saje lah bulan April ni....
Nak chow dulu...tak sanggup nak tempuh jam bulan April ni...

Thursday, January 24, 2013

PERMULAAN 2013

Bulan Januari hampir melabuhkan tirainya.....

Izinkan aku mengimbas sedikit 3 bulan sebelumnya....Setelah pemergian Abah tercinta, aku nekad mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan di Hospital UMRA....Rasa tertekan dengan bermacam-macam perkara membuatkan aku meneruskan sahaja niatku itu.....Menerima email panggilan temuduga, aku menelefon untuk menetapkan tarikh dan harinya....Itulah pertama kali aku mendengar suaranya...terdetik dalam hati...fuhhh mat saleh ke?? Selesai mencapai persetujuan ye aku telah menangguhkan sesi temuduga yang pertama....sms mengatakan aku akan datang esok jam 10.00 pagi...dia setuju....

Pertama kali melihatnya.....hmmm bertanya sendiri, ini agaknya pemilik suara itu...macho jugak...botak lagi tu....muka...boleh tahan...orait...sesi temuduga dijalankan...tiada sepatah perkataan bahasa melayu yang kami gunakan...ketika itu aku sudah tau...memang aku berjaya mendapatkan keje ni...tapi tidak jugak menyimpan harapan yang tinggi...panggilan telefon yang diterima pada hari yang sama....syukur Alhamdulillah...aku berjaya...

22hb Oktober...permulaan aku di tempat baru....menumpukan bidang IT Security maka bermula lah satu kisah....hari pertama bersama dia..berkongsi cerita dalam masa yang sama mengajar ku mengenai keje baru....sentiasa memastikan aku tidak bosan...dalam hati..baik jugak bos aku ni...hari kedua...terima watsapp dari dia mengucapkan morning...menelefon ku mengajak breakfast bersama...hmmm...ambil berat betul bos ni..bila bekerja aku mula ada perasaan gerun..ye lah bos...dan ketika itulah dia mengambil Note ku...ye add dia as a friend in facebook....saban hari boleh dikatakan kami breakfast dan lunch bersama...bermula appointment jumpa customer...dia mengikut ku....dan kami mula menjadi rapat...dia bercerita kisahnya...soalan soalan yang ditanya menyebabkan hati aku menjadi bertambah suka...aku ceritakan pada sahabat baikku....

Semakin hari kami menjadi semakin rapat...bibit bibit rasa sayang dan kasih padanya membuatku mula berbunga-bunga....rindu ketika tidak bertemu..marah dan kecik hati tak ubah seperti sepasang kekasih...tetapi masing masing masih lagi maintain macho...dan ketika satu hari..bila kami meluahkan rasa...maka bermulah bibit percintaan....hari-hari terasa indah bersamanya membuatkan diri ini dihargai, disayangi dan dicintai...

Keputusan telah dicapai bersama...memperkenalkan dia kepada mak dan adik-adik....dan rupa-rupanya dia telah pun membuat perancangan...InsyaAllah...selepas raya kami akan memulakan kehidupan baru...sebagai suami isteri...ye dan dia adalah saudara baru Islam....sesungguhnya terlalu besar pengorbanannya untuk menyintaiku....

Sayang....to have u in my life is a bless from Allah..Thank you sayang......