Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Saturday, August 21, 2010

Ronda-Ronda

Memang aku sekarang ni banyak masa lapang...keje aku update blog, komen blog orang pastu baca blog orang lain...ada 2,3 blog yang aku hari-hari ikut citer dia sebab kadang-kadang aku rasa citer dorang memang kelakar, kalau tak kelakar pun sebab aku memang suka baca...kalau datang mood aku rajin aku komen, kalau aku tak rajin aku baca pastu aku blah...

Malam tadi sementara nak tunggu mata aku ni ngantuk, aku buat keputusan ronda kat blog aku sendiri...aku pun menuju ke bahagian arkib dan aku tahu...mula-mula aku berblog tahun 2006, kalau tak silap aku bulan Ogos...kiranya ni dah macam anniversary aku ngan blog bagi tahun keempat (sambut ngan blog je lah)...tahun tu la, pada bulan ni aku rupanya putus dengan dia (patutlah mod syahdu je bulan ni)...dah dikaji balik, inilah punca kenapa aku jadi melo...

Masa tu blog takdelah canggih macam sekarang...nak letak link pun aku kena suruh "Puteri 1" yang masukkan dulu, dan masa ni  aku kenal kembar dia jugak (Rafflesia Merah)...dua beradik ni la yang selalu rajin bagi komen tiap kali aku update blog...masa tu blog aku dah ramai datang bertandang sebab aku pun rajin meronda blog orang...aku rasa zaman tu hubungan aku ngan rakan-rakan blog memang meriah...asal tak update adalah yang jadi pemerintah tulis "woi update la wei, bersawang dah ni"...seronok masa tu...meriah macam ada kenduri kawin je suasana blog masa tu....dan bila aku lihat tukang komen-tukang komen yang ada, "MANIQ KAYANGAN" dah lama hilang...dulu aku selalu suka baca cerita dia dengan abah dia...seronok sangat...hari raya tahun tu aku dapat kad raya dari dia, dan kami selalu email bercerita tentang hal diri masing-masing (dia ni female hoccay)..."13 May" jugak adalah antara pengunjung paling setia blog aku, tapi la ni dia plak dah slow mo, dari aritu buat kunjugan mengejut pastu dah tak update cerita dah...tapi aku harap sangat pada "Maniq Kayangan" kalau kau baca blog aku ni, kau contact aku balik..itupun kalau alamat email aku kau tak delete....sekarang ni ramai yang dah berblog...so aku rasa kalau aku boring, bukak je tenet tengok, pastu baca pastu kalau rajin aku komen...

p/s: Patut ke aku sambung cuti aku ni sampai raya ke 5? Tapi aku kena gak balik Shah Alam, kena follow up check up....

3 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Elly,

memang bezz jalan2 blog kawan2..
komen2, baca2..

nak menambahkan bilangan kawan kann?

kakLuna said...

hehe..ko pun sama 'batch' dgn aku la masa wat blog..bezanya aku ni wat blog ikut tahun..dan blog2 yg lepas smua aku private. aku mmg jenis yg lepas, lepas lah dan aku tak tengok lagi.

a'ah aku pun baca blog Zek maniq kayangan, malahan aku usaha 'cari' dia dlm internet ni. akhirnya berjumpa..dia bukak blog kasutsaiz4..tapi sekejap je pastu skrg dh tutup..dan aku tatau kat mana dia..hm kena cari lagi la ni.

Aku adalah aku said...

Reen,
Sudah semestinya la...ramai kawan byk pengalaman, tambah pegetahuan..cewahh...

Luna,
Tulah...email dia tak tau la valid lagi ke tak...penah anta..tapi bounce back...aku tak tutup citer lepas sebab senang aku wat rujukan...hehehehe