Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Sunday, August 22, 2010

Puasa di Kampung Baru

Hampir sebulan aku kat Kampung Baru, Sg.Lui 2, Raub ni...macam-macam yang dapat aku lihat sepanjang bulan puasa nih..ye lah kalau ikutkan tahun-tahun sebelum ni aku balik hujung minggu tu pun selang-selang...seronok juga aku tengok gaya dan cara orang kampung aku berpuasa (takdelah aku sampai bertandang kt umah diaorang)...

Surau kat kampung aku ni plak, tiap-tiap hujung minggu akan buat kenduri yang mana  mereka bergilir-gilir menganjurkan kenduri dan diuruskan oleh jawatan kuasa surau....minggu pertama kenduri, orang tak berapa nak ramai...Abah cakap, budak-budak pun takde sangat...ye lah yang ramai budak-budak comei batch aku dulu, ni dah tinggal banyak warga-warga emas...yang muda-muda susah nak jumpa ada kat surau, bukan takde cuma tak kesana je...maka banyaklah jugak makanan yang berlebihan....dan minggu ni giliran keluarga kitaorang plak menganjurkan kenduri...Alhamdulillah, semalam rezeki abah dan mak ramai yang datang berbuka di surau...bila time kenduri macam ni, aku tengok muka mak...kalau dulu sebelum mak kena strok, mak akan sibuk kat surau bermula tengah hari sampailah selesai morey(eh betul ke eja dia)...sayu je muka mak bila tengok semua orang sibuk ke surau, tapi dia duduk je la kat umah ditemani aku...abah memang tiap-tiap hari rutin dia ke surau lah...dan semalam Abah ada keluarkan satu kenyataan yang aku suka "Makcik Inah dah takde tanya kabar kau dah, tak macam dulu, kejap-kejap tanya, kejap-kejap tanya"....lega aku lepas lagi satu masalah....

Lagi satu jiran-jiran kat rumah aku ni baik hati belaka...hari-hari ada je jiran yang hantar makanan..ye betul sekarang orang dibandar pun amalkan yang sama...cuma kalau kat kampung ni bukan takat  time puasa je, time tak puasa pun sama gak...bukan setakat lauk pauk, kuih muih je...tapi buah-buahan pun ada gak...sekarang ni musim buah durian, rambutan, ngan duku langsat....kalau buah rambutan tu aku sampai pandang je kadang-kadang...maklumlah perut aku ni kekadang main lagu Waka Waka Shakira  (walaupun World Cup dah lama tamat) sejak-sejak puasa ni...perut kosong sakit, masuk makanan pun sakit...

Ni lagi satu...kalau biasa orang main meriam buluh, kat sini dorang main meriam paip...masa hari pertama puasa, belum pun sampai satu hari...dah kedengaran letupan meriam paip tuh...nak gugur jantung aku nih...ntah budak mana yang main...kalau aku jumpa nak je aku sekolahkan diaorang..dan malam tadi, ntah  anak siapa main mercun dan berjaya mengejutkan aku yang tengah asyik baca blog..mana tak terkejut, kul 1.00 pagi mercun meletup betul-betul depan umah aku....memang lemah semangat aku jadinya...dan Abah ngan mak menghitung hari aku akan balik semula ke Shah Alam..."Lepas ni tinggal kita berdua je berbuka, takde dah kawan kita berbuka"....dan aku akan jawab.."Ala tinggal seminggu je Abah ngan Mak berbuka berdua...pastu dah raya dah..." bukan apa, ada aku kecoh sikit suasana sebab aku suka usik mak bila tengok mak makan...

p/s: lepas ni dah takde murtabak sedap yang Abah beli tiap-tiap hari untuk aku....

6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

masak lemak ikan patin kat raub tu ok tak....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

terjemahan...

betul kata aku puasa sampai tua

macik acil bercakap

bila nak kawin
asyik memilih nanti dapat yang tua
dapat yang tua penat lah..tercabut lutut
lalu perlahan lahan la memegang

jangan lambat sangat


nota: bila demamdiam bila sihat suara macam petir














nota:sidiang ne klu garing ranai amun wagas ilah patir pang

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tak...aku muda lagi

aNIe said...

Elly...kat kawasan rumah akak ni pun diadakan giliran untuk moreh...morey kitorang jatuh hari Ahad ni...hmmm...tak sabar nak tunggu

Aku adalah aku said...

seronok ye kak...kemeriahan masa nak wat preparation ngan time nak menghidang tu yang terasa sangat-sangat...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sila singgah sudah di terjemahkan