Tengah duduk termenung, sambil garu-garu kepala yang memang gatal, aku terkenang-kenang dan menyoal diri aku ni....sampai bila la aku nak mencari-cari....nak aku tanya Abah, segan plak...nak tanya Mak, mesti mak jawab fikir la sendiri...nak tanya Upin, dia mungkin faham cakap aku, tapi aku belum tentu lagi faham bahasa dia...
Kekadang bila aku tengok kekawan aku at least dah ada sesuatu dalam hidup diaorang...tapi aku dari dulu tetap juga mcam ni...dulu aku penah keje kat IPTS selama 7 tahun...tapi disebabkan aku rasa macam dah jemu, dan aku yakin aku boleh mempelbagaikan kemahiran dan menambahkan pengalaman aku nekad aku tukar keje...tepat setahun aku dalam bidang automotive, aku tukar lagi...kali ni bidang percetakan plak...eh dah setahun aku kat situ kerana memikirkan akan berjaya, ikut plak boss sorang ni bukak bisness...ha kau tak sampai 6 bulan, kitaorang ramai-ramai letak jawatan sebab perlakuan meroyan yang terlampau dari seorang manusia yang bernama boss..pastu aku tolong-tolong kawan aku wat bisnes dia tapi kerana masalah kewangan, aku tak puas hati, aku cari keje lain dan dapat tawaran plak kat bidang perhotelan...tak sampai beberapa bulan aku keje, seronok memang seronok..tambah aku jumpa geng satu kepala, tapi bos plak macam l***** t...tak percaya dengan staf-stafnya...aku rasa tak puas hati, dan aku memcari -cari dan aku dapat tawaran dalam bidang biotek, aku seronok untuk 3 bulan...ni aku dah mula jemu...tak puas hati?? adalah sikit-sikit...
Dalam masa 2 bulan ni aku cuti tanpa gaji...aku dah mula rasa 'excitement' bekerja tu dah takde...aku dah mula rasa rimas, aku jemu berpura-pura, yelah jemu pura-pura senyum, jemu pura-pura sudi mendengar dan aku tak puas hati sebab walaupun aku tak dibayar gaji 2 bulan ni, tapi aku still kena wat keje-keje jadi tukang penyelesai masalah...dan aku citer ngan kawan aku tadi masa kita orang bermuka buku...dia kata kalau kau rasa jemu dengan keje kau, macam tu juga la kau buat bila kau ada boipren...kau jemu jugak dengan diaorang...errr....aku terkedu, macam terkena sangat kat batang hidung aku nih...memang aku macam tu kot dan aku tak sedar....hish macam mana aku nak berubah jadi orang yang tak jemu-jemu dan aku boleh fokus macam masa aku 20an dulu...macam mana ek???
p/s: memang aku dah jemu tukar keje...tapi aku belum jumpa yang betul-betul melekat ngan jiwa...adik-adik meh la balik kita buka pose sama-sama (itu aku tak jemu plak)
4 comments:
seronoknya baca citer ko tukar2 keje..bkn apa, senang betul ko dpt..aku ni pun bercadang2 nk tukar keje jugak,dh x leh tahan dh ni tapi lum dpt tawaran mana2..mintak keje nya dah bergunung..
seronok tu memang seronok, tapi ada tak eloknya kau...resume nampak tak cantik sebab kejap2 tukar keje...hehehehe
akum
cari kutu ka
salam ramadan selamat puse
elly kat stdum tu ok jugak..
aku dah round sepuluh bazar dalam 2 hari ni tapi berbuka di kedai juga
Post a Comment