Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Saturday, August 28, 2010

Haru Biru....

Semalam adik bongsu aku balik....Hero kecik dua orang ada turut bersama...Abah dan Ibu diaorang tak ikut sebab adik aku Aam kena keje...maklumlah keje tak ikut masa, so kalau cuti tak penah amik kira...Hero kecik tu anak Aam la yang aku citer semalam...memang semalam sampai ari ni, jadi haru biru, hiruk pikuk jadinya kitaorang...

Abang Long (Haziq) puasa...tapi memang la pelik...puasa-puasa pun larat jugak main bola dengan adiknya Hazim...tak puas dalam rumah, pegi pulak luar rumah main tengah panas...di larang tak dengar, dah tak pasal-pasal jeritan manje menusuk kalbu dari aku terkeluar...dorang ni kalau selagi aku tak berbunyi tak jalan punyer...yang si Hazim, dari mula sampai asyik bodek atuk dia mintak keluarkan basikal...nak main basikal...siap buat janji main bawah atap je...takkan pegi main panas...Abang Long plak lepas aku dan adik aku pujuk bawak pegi apsar ramadhan baru lah berenti main dan terus masuk tido...lega sekejap...Hazim..pura-pura tido sebab mana la tau ada sesape ubah fikiran nak amik basikal untuk dia...

Semalam memang awal sikit mula memasak...so aku, abah ngan mak dah ada kat dapur...menu semalam, masak asam tempoyak ikan patin, masak lemak tempoyak ikan patin (aku terliur makan sebab ari tu ada orang tanya aku pasal gulai ni), sambal tumis peria ngan udang, udang goreng kunyit, ulam raja dan sambal lada garam (yang ni mak teringin makan)....pastu Abah bawak Mak ngan Hazim pegi simpang Sg. Pasu kat Kg. Gali (ni kampung Abah, 15 minit dari Raub) nak beli pecal yang memang terkenal sedapnya...rasa memang sangat-sangat asli...kena beli awal, kalau tak memang tak merasa....

Dalam pukul 5.00 petang macam tu aku dah suruh hero kecik dua orang ni mandi...punye la liat kena umpan dengan pegi abzar ramadhan...ntah macam mana, kete adik tak boleh start tapi bila siasat Abah tak letak gear dekat P..dah meraung si Hazim sebab kena tinggal, Atuk bawak Abang Long naik moto...bila dah tau silap kat mana, adik terus bawak Hazim pegi romda-ronda...macam biasa hero-hero kecik nak makan nasi ayam...so Hazim makan dulu (hish macam mana la aku leh lupa nak kasi Hazim makan tengahhari) dah lapar jadinya..habis sebungkus nasi ayam dimakannya...semalam nak berbuka memang kelam kabut...sampai berlaku tumpahan air soya kat meja makan dah berbuka sambil mengelap meja ngan lantai...memang betul-betul haru biru sampai jadi kelam kabut semua orang...

Ari ni dah teratur sikit..tapi memang hero-hero kecik dua orang ni betul-betul uji kesabaran...macam-macam aktiviti dibuatnya sejak mula celik mata..aku yang hanya tido sejam je malam tadi memang jadi mamai ari ni sebab lepas subuh aku dapat tido sekejap.....tido tak leh nak lena sebab takut Hero-hero kecik ni wat aktiviti diluar jangkaan...dorang ni bukan leh pecaya..kadang-kadang terlebih kreatif...lupa plak nak bagi tau pagi tadi bersahur abang Long yang bangunkan aku ngan adik...Aam cakap kalau kat umah jangan harap dia nak bangun dulu, berperang hari-hari nak suruh dia bangun...pagi tadi aku gorengkan telur mata kerbau untuk Abang Long dan paksa dia abiskan segelas air..dan lepas sahur aku terpaksa layan dia berborak sampai subuh, kalau tak dia asyik kacau atuknya suh baring-baring dengan dia....

p/s: Malam tadi tengok singgah sahur....kagumnya aku tengok muka makcik Khadijah yang memang tenang ngan tabah sangat-sangat..suka tengok dia senyum..manis je... walaupun umah dia memang sangat-sangat serba kekurangan....

7 comments:

LaiLiE iZaNi said...

meriah umah lau da anak2 kecil kan...=)))

Aku adalah aku said...

Lailie;

Haah...

nama macam lebih kurang kan...hehehehe

Unknown said...

rumah klu tak ada budak tak best..senyap sunyi ajer..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Elly,

Rumah ko dkat dgn Gali ke?
aku selalu beli bahulu kat tepi jalan tu kalau balik kg.




P/s: lepas ko komen smalam aku terus gugel psl sakit tu..festaim aku dengar. lain dari fibroid & cyst ke?

Aku adalah aku said...

Kak Ina Kl;

Memang sunyi kalau dorang takde....tapi sekali dorang balik, tunggang terbalik jadinya....

Aku adalah aku said...

Reen;

Gali tu kampung Abah aku...umah aku kat Sg. Lui...sedap ke bahulu tu? Tak pernah beli kat situ, selalu tempah kat Gali jugak tapi orang tu dah meninggal dah...

p/s: Haah dia lain sikit dari cyst ngan fibroid...punca dia dari period dan dalam bentuk cecair dan mengandungi darah dalam selaput ynag nipis.....kalau tak cegah boleh pecah dan boleh merebak keseluruh badan kau...boleh sebabkan kau kehilangan darah kalau tak buang...dan effect kesuburan kita sebagai perempuan...

LaiLiE iZaNi said...

heheheh...actually kt rmh memang family panggil elly juga...heheheh...nyway elly, jom la join contest kat blog kami....

http://armani-lly.blogspot.com/2010/08/akuchapterkamus-contest.html

c u there k...=)))