Wah tajuk takde kena mengena ngan bulan puasa plak...orang lain sibuk citer kenangan bulan puasa aku plak sibuk citer menda lain...bukan apa kebanyakan kenangan bulan puasa lebih kurang orang lain jugak...serupa tapi tak sama...Malam tadi sambil berbual-bual ngan rakan aku melalui alam maya, sesambil tu terkenang plak masa-masa aku ngan polis...aku nak jadi plis ke? Dulu ada gak la cita-citanya...hehehe, tapi sebab tahap kerabunan aku buang jauh-jauh cita-cita tu..
Dari pengalaman aku keje, aku kerap gak berurusan dengan pasukan polis...aku pernah menjelajah separuh Malaysia pegi melawat balai-balai polis yang ada...bukan apa..masa tu tugasan aku kena selesaikan dan salah satu klien yang ada dalam list aku, polis....walaupun aku dah biasa berurusan dengan polis-polis ni, tapi rasa gelabah tetap wujud tiap kali bertembung ngan dorang kat jalan raya..tak kira masa tu ada roadblock ke, bertembung kereta peronda ke, ada operasi sikap2 ke (walaupun aku tak pernah kena tahan time ni)..aku tetap gelabah dan tahap gelabah aku mengalahkan pengantin lelaki nak pegang tangan tok kadi untuk akad nikah....tapi terus terang aku pernah ditahan bebrapa kali oleh polis dan ada kesalahan tu aku sedar dan ada jugak aku tak sedar pun...
Ada sekali tu, aku on the way balik ke kampung di Raub, Pahang....masa tu aku keje di syarikat percetakan di Kuala Lumpur....oleh kerana aku layak bercuti panjang, maka aku pun pulang la ke kampung halaman...dalam perjalanan, ketika nak masuk ke bandar Bentong, ada satu roadblock (kat situ memang polis kerap buat roadblock), aku dah rasa berdebar-debar, seram sejuk...mulalah berdoa macam-macam walaupun aku tau tak pernah aku buat jenayah pun....mintak-mintak lepas la hendaknya...dengan senyuman paling manis, muka yang paling innocent, aku pun bagi salam..."Nak pegi mana ni dik?" Polis tu tanya..."nak balik kampung bang", aku jawab ngan suara ala-ala manja..(abang?? eh kalau ikut protokol polis kita kena panggil diorang Encik atau Puan atau Tuan ikut pangkat tau)..polis tu pun anggukdan kata "ok boleh jalan"... habis cuti aku balik ke Shah Alam dan dah sampai kat Shah Alam baru aku tau dan perasan, roadtax dan lessen kete aku dah mati...fuhhhh nasib baik la mood abang polis ari tu baik....alhamdulillah...
Yang ni pulak, aku baru keluar dari ofis nak menuju ke Shah Alam...sambil bawak kete, tangan sibuk capai tepon jawab call....tengah syok bercakap, sambil tu wat U turn kat salah satu jalan kat Kelana Jaya...ha kau ada Polis trafik tunggu balik tembok dan jerit kat aku, "Berhenti! berhenti! ooo pakai handphone ye..." alamak apa aku nak buat ni....aku berhenti sambil membuat muka yang rasa bersalah yang amat sangat...."minta maaf encik, saya baru nak letak phone, tapi encik dah nampak" aku cakap..."Awak dah tau la salah awak ni?", tanya polis tu lagi..."Tau encik, tapi ni pun saya jawab panggilan dari Bukit Aman, Tuan Pengarah Pengurusan nak jumpa saya" aku pun jawab dengan penuh yakin....dan Polis tu dah mula selak-selak saman-saman yang dah dikeluarkan..eh ada nama Ferhad la...tapi tak tau la artis tu ke..."Macam mana ni encik, saya minta tolong sangat saya janji tak buat lagi"..."Awak ada boifren?"...cepat-cepat aku jawab.."Takde..." "Ada business card?" "ada, ada", sambil keluarkan business card aku...dan sekali lagi Alhamdulillah aku lepas...hehehehe...
Dan paling terkini, 2,3 bulan lepas, sekali lagi aku ditahan polis kali ni masa roadblock kat Bangsar..biasala aku, asal ari Jumaat malam Sabtu je aku ngan kawan aku Ema dan Alia akan berjalan-jalan dan cari tempat tuk lepak...Malam tu aku teringin sangat nak makan nasi lemak famous kat bangsar tu...aku suka sambal dia..dan malam tu aku giliran aku drive...tapi lesen kete aku dah expired (bukan sengaja tau, aku ni selalu je lupa)....takpe la tawakal je lah...tetiba jalan nak sampai ke Jalan Maarof jalan jam...kete sebelah geng2 mamat mana dah start usha2...aku wat tak tau je, sebab tengah concentrate pegang stereng sambil tengok apa ada kat depan...APA?? ROADBLOCK??...aku dah gelabah...tapi cuba tenang2kan diri aje...sampai je giliran kete aku, "Tolong berhenti kat tepi", kata polis tu...aku ikutkan je sambil pesan kat ema ngan alia wat selamba kay...kitaorang dah standby senyum manis dan "apa salah kitaorang?"...aku dah tanya (cuak nih)..."keluarkan IC dan lesen kete"..."semua orang ke?" "Iye"...polis tu cakap sambil polis-polis yang lain dah mula mengerumuni dan menyuluh2 kete aku..."tapi lesen kete saya ada dalam mykard encik"..aku bagitau polis tu...masa tu aku cuak sangat sebab hanya kitaorang satu2nya kete perempuan yang ditahan...yang lain semua lelaki...ish malu nya...dan ada seorang yang pangkat sarjan datang dan tanya pada polis yang tahan kitaorang tadi, pakah masalahnya..."Dia ni cakap, lesen dia dalam mykard"..."takpe amik nama dia je...nak pegi mana ni?" sarjan tu tanya..."kita orang nak pegi depan tu je, nak makan nasi lemak famous, laaapaar encik"...aku kata..."Jom encik join kitaorang makan..."Ema ngan ramah mengajak....aku dalam hati mak aihh minah ni, cari nahas ke...."Takpe takpe...kesiannya lapar ye...dah awak leh pegi...hati2 ye bawak keta...".."Makasih encik, nanti kalau nak makan datang la kat depan tu, kitaorang ada kat situ..." aku plak mengada-ngada...dan sekali lagi aku lepas...fuuhhhh selamat...dan sampai ari ni kitaorang bertiga tak tau kenapa kitaorang ditahan...
p/s: aku tetap gelabah walaupun kete aku ada roadtax, dan aku ada lesen....nape aku gelabah bila jumpa polis ek??
6 comments:
Mungkin jodoh ngan abang polis kot... best apa, gagah berani cuma penat sikit kena gosok uniform la...
Mummy cantek
ya lorr..wpun tak salah, tak semena2 jantung ni jadi dup dap dup dap
hmm dah setting camtu dr dulu2 kot..
Mummy cantek: Hahahaha....rasanya tak kot...tak sanggup...
Luna:Na, kau pun sama macam aku ek....
tu la suka sangat tengok gerak khas
Brutal : dah takde citer menarik ari juumaat tgkkan je lah..eh kelly man pose mcm mana ok? (alamak kepoh plak aku)
balik kampung....
Post a Comment