Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Wednesday, September 15, 2010

Hari Yang Biasa Walaupun Masih Raya.....

14.9.10....Hari ni tak ramai tetamu yang datang....sebab pagi, Abah, Mak ngan Adik pegi ke Temerloh...cadangnya nak buat rawatan tuk mata Mak di Permata Hijrah....tapi tutup.....terus diaorang singgah beraya dirumah Makcik di Felda Lembah Klau....aku? tinggal kat umah...ambik kesempatan kemas umah, cuci toilet, basuh kain....

Saat ini perut aku sakit sangat...terutama tempat operation dibahagian jahitan dalam....terasa macam ada hirisan pisau je....menahan sakit dan menahan tangis.....tak tau kenapa...elok je aku berehat ari ni, baru lah terasa sakit tu sesangat...mungkin sebab kurang rehat..Abah kata mungkin aku banyak angkat benda yang berat-berat...ntah la....

HM24 adalah satu-satu kawan aku yang tak jemu-jemu sms, bertanyakan kabar...tapi raya ni kurang sikit lah sms dari dia, sebab ye lah ramai tetamu berkunjung ke rumah dia, begitu jugak aku....tapi sehari mesti ada jugak sms dari dia..BKG pun ada sms aku ari ni...sempat aku kabarkan pada dia hari Khamis aku akan balik semula ke Shah Alam....

Tapi aku tengah pujuk hati aku yang terselit rasa rindu pada seseorang....hati aku akan tenang tiap kali aku berdoa pada Allah meminta sentiasa diberi petunjuk terhadap perasaan yang aku rasa ini...."dia" selalu hadir dalam lena aku..pelikkan....walaupun kami tak pernah ada apa-apa yang istimewa, namun rasa rindu tetap hadir dalam diri aku....dan yang peliknya aku sentiasa terasa dekat dengan "dia"...dengan perasaan yang ada ini, aku anggap ianya adalah anugerah Allah untuk aku belajar untuk lebih mendekati Allah kerana hanya Allah saje yang tau apa yang aku rasai, dan hanya padaNya yang dapat berikan aku ketenangan....dan biarlah rahsia ini aku simpan...telah aku luahkan pada Adik tentang perasaan ini...Adik menyuruh aku memulakan langkah, tapi begitulah sifat aku yang tidak akan memulakan apa-apa walaupun "dia" yang selalu aku rindu....Mungkin ada sedikit rasa keliru, sama ada rindu aku ini sebagai teman biasa atau untuk yang teristimewa.....

p/s : Dah lama aku tak sambung citer Cinta Alisya.....mungkin dalam minggu depan ada la tu sambungannya....

6 comments:

Bobo Brazil said...

selamat hari raya!

Aku adalah aku said...

Bobo;

Selamat Hari Raya....

Unknown said...

SALAM,
APAPUN, LF MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK APA SAHAJA PERKARA BAIK YANG SDRI LAKUKAN

Aku adalah aku said...

LuahFikiran;

Terima kasih....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

permata hijrah tu ok ke...

Aku adalah aku said...

Helmy;

Nape ko nak bawak sape rawat mata?