Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Saturday, September 25, 2010

Ketika Musibah Menimpa...

24.9.10.....hari penuh onak ranjau dan duri untuk aku...hari yang menguji daya ketahana diri aku...syukur doa aku padaNya untuk sentiasa bagi aku ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan membuatkan diri ini lebih tenang menghadapi dugaan itu....

Ye tangisan menemani aku ari ni....sama laju dengan turunnya hujan petang tadi....sekali lagi aku bersyukur aku ada dua orang adik lelaki (sorang single lagi) yang sangat mengambil berat diri aku ni...terharu aku kerana keprihatinan mu adik-adik....Kakde takkan lupa jasa-jasa kamu....ye tahun ni permulaan tahun dah banyak dugaan yang aku tempuhi...maka dugaan ari ni adalah secebis dari liku-liku kehidupan....moga aku diberi kesempatan olehNya untuk aku berpeluang membalas budi mu adik....moga Allah beri aku kesempatan untuk banyak berbakti kepada Abah dan Mak yang sekian banyak dan sentiasa bagi sokongan dan semangat...kebimbangan kamu semua membuatkan diri ini rasa terbeban dengan kesusahan dan keperitan yang menimpa diri ini..tak tau bagaimana harus aku terus jalani hidup ini jika tiada kamu semua...terasa diri aku terus terumbang ambing umpama perahu kecil dioleng arus air Sungai Pahang....

Dan ketika ini aku masih lagi ditemani air mata hanya kerana terasa diri memberi beban kepada keluarga aku yang tercinta..cinta dan kasih aku kepada kamu semua tidak akan ada sesiapa yang boleh mengubahnya...aku menangis bukan kerana putus asa, aku menangis sekadar melepaskan rasa dalam hati ini...Namun demi Allah hati aku tenang....ye kerana ari ini aku berbuka hanya dengan seteguk air kosong....menelan nasi terasa seperti menelan butiran pasir....terima kasih juga untuk teman baikku BKG yang sentiasa memberi semangat untuk aku tersenyum lagi hari esok....

p/s : Saat ni mendengar lagu-lagu yang didendangkan Maher Zain membuatkan airmata aku terus laju turun umpama air terjun Niagara...Tabah lah hati untuk ini, kuatlah diri teruskan langkahmu.....

4 comments:

alien said...

tabah, sabar
berdoa moga lapang hati dan dipermudahkan urusan
amin~

Aku adalah aku said...

alien;

Terima kasih banyak..sedikit sebanyak kata-kata itubagi semangat untuk saya..InsyaAllah...

Pencacai Alim said...

ucaplah innalillah..

Aku adalah aku said...

Pencacai Alim;

Terima kasih ye....