Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Tuesday, September 21, 2010

Aku Serius Nih.....

20.9.10....Alhamdulillah tamat aku pose ari ni....kepada mereka yang membaca entry ini sila bersedia dengan tindakan refleks yang akan menimpa diri anda....mungkin akan menimbulkan rasa loya, sila muntah awal-awal...mungkin menyebabkan anda migrain, sila sediakan ubat yang sesuai, mungkin jugak anda merasa bosan dan mengantuk, sila tido dulu....entry kali ini mungkin agak panjang...sebenarnya dah beberapa hari aku pasang nawaitu nak tulis tentang nih cuma selalunya menda lain jugak yang keluar dulu.....

Apa menda yang aku serius sangat nih...ye aku sedang serius untuk mencari calon yang boleh jadi  suami aku...mak aih terdesak benor ko ni perempuan...aku takdelah terdesak tapi aku dah rasa inilah saatnya aku betul-betul bersedia nak mendirikan rumahtangga....ye sebelum ni aku tak pernah betul-betul fikirkan tentang soal rumahtangga....tu sebab Abah selalu kata, kalau bunyi telefon tu ngalahkan artis popular tak berenti bunyinya..tapi sorang pun tak lekat...nape? sebab wahai Abah ku, aku memang tak pernah memikirkan secara mendalam tentang itu...sebab apa? sebab mungkin hati ini dah 2 kali dilukakan...dan aku malas nak pening kepala jaga hati orang yang tak sepatutnya....lebih baik aku fikirkan tentang Abah, tentang Mak....

Adik-adik aku Aam dan si bongsu Izhar selalu kata aku ni sengaja nak cerewet, sengaja nak memilih....Ntot housemate aku selalu cakap aku ada banyak pilihan....aku sengaja meletakkan diri aku jadi seorang yang memilih...tapi aku selalu jawab bukan aku yang memilih tapi takde orang yang nak pilih aku....kesiankan aku...tapi aku sebenarnya percaya dah memang jodoh aku masih lagi belum sampai....kalau dah sampai jodohnya,  aku pegi kemana, aku buat apa akhirnya aku berumahtangga jugak.... rupa aku? ianya terpulang pada empunya mata sebab pepatah dah mengatakan kecantikan itu adalah diatas empunya mata....dan bagi aku cantik atau kacaknya seseorang tu sangat-sangat subjektif....mungkin dimata dia, dia dan dia aku ni cantik, menarik, manis....mungkin dimata orang lain aku ni biasa-biasa aje takde apa-apa yang boleh ditarik....bagi aku kecantikan seseorang itu terletak pada dalam diri empunya tuan badan.....berfikiran positif dan optimis itu kunci kebahgiaan dan keceriaan hidup...hadapi masalah dengan tenang..

Balik pada topik asal tu....nape baru sekarang aku serius...nape bila umur dah jejak 34 tahun baru betul-betul nak fikir.....sejak Mak kena strok dan kesihatan Abah yang kekadang tak menentu, maka harapan dorang untuk lihat satu-satunya gegirl yang dijaga ni berumahtangga makin menebal...terutama Mak...selalu memandang dan merenung aku sampai tebus segala organ-organ dalam badan aku nih....bila aku tanya, jawapan Mak selalu macam ni "Bila la anak perempuan Mak yang sorang ni nak kahwinnya. orang lain semua sibuk nak bertunang nak menikah...anak Mak takde jugak..." ok kalau korang baca ayat macam biasa je kan...tapi suara lirih yang campur sayu dan pedih tu serta keadaan Mak yang sekarang ni buatkan ianya berjaya meruntun jiwa aku...buatkan airmata selalu singgah kat kelopak mata aku nih....maka dengan itu aku telah pun buat keputusan aku dengan ini serius untuk cari calon suami....

Abang Jal pernah tanya, nape tetiba aku serius nak kahwin nak berumahtangga..aku kata sebab Mak ngan Abah dan aku dah bersedia bukak hati aku untuk seseorang yang bernama lelaki....dah dua tahun aku jauhkan diri aku dari kaum Adam...sampai hampir terjebak dengan cinta sejenis...hish nasib baik la aku tak terjatuh terus....mental namanya kalau aku jadi macam tu....

Pada Abang Jal, HM24 dan juga dia ni, bila berborak aku bagitau dah macam mana ciri-ciri suami yang aku cari-cari tu....semestiya solat 5 waktu tak tinggal....solat jumaat tak pernah diamik remeh... menjadi khalifah dalam keluarganya...menjadi imam ketika solat pada isteri dan juga keluarga, sayang dan hormat ibu bapa aku sama seperti dia sayang dan hormat dan sayang kedua ibubapanya, membimbing isteri dan keluarganya dunia dan akhirat, dan sentiasa membahgiakan isteri dan keluarganya dunia dan akhirat...nape aku nak yang sebegitu..sebab aku sedar diri ini bukan lah sempurna mana, aku ni masuk kategori budak nakal sebenarnya...jadi dah tentu aku perluakan orang yang sentiasa boleh membimbing aku...ye Abang Jal, aku bersedia untuk menerima teguran dan berubah jika ianya membawa kepada jalan kebenaran....bukan aku tak boleh berubah sendirian, boleh tapi adanya yang tersayang disamping akan menguatkan dan meneguhkan lagi perjalanan hidup ini....ye lah nak menari tango kena berdua..mana nak jadik sesorang...

HM24 adalah salah seorang teman rapat aku....berumur baru 24 tahun, mempunyai karier yang agak stabil...bermula pertemuan dia ingatkan aku hanya tua darinya setakat 2 atau 3 tahun....bila aku bagitau umur aku yang sebenar dia terkejut dan bila aku meminta dia panggil aku kakak dia tak leh katanya....tapi aku kata untuk ke stage seterusnya kena fikirkan banyak perkara...pada dia aku katakan tolong utamakan ibubapanya dan keluarga....Abang Jal pulak, seorang ayah beranak 4, berpisah dengan isteri lebih setahun, peminat golf yang tegar...selalu memberikan nasihat berguna untuk aku, sangat senang bila berbual dengannya...selalu meredakan hati aku ketika gundah...."Dia" adalah lelaki yang berjaya mencuri hati aku.....kecuali HM24, Abang Jal dan dia ni (yang aku sebut kat atas tadi) tau tentang nih..... ko tau tak kalau dia tau aku suka kat dia mesti dia tak rasa pun malangnya....nape aku tak nak bagitau terusterang dengan dia..sebabnya aku tak nak wujudkan suasana janggal nanti....insyaAllah jika diizinNya "dia" akan tahu akhirnya....seronok jugak aku bermain teka teki nih.....sapelah "dia" ni...aku mimpikan "dia" ni lagi...jumpa "dia"...masa tu lepas aku solat subuh sempat aku lelap jap...dan sekali lagi aku lupa muka "dia" macam mana....

Sampai saat ni aku masih lagi belum ada yang punyer....walaupun hati aku telah dicurik tapi orang yang curik tu memang tak tahu....aku serahkan pada Allah agar sentiasa memberikan aku Petunjuk dan Hidayahnya....dan aku redha sesiapa saje yang diberikan olehNya pada aku sebagai suami ku...huh ayat tak hengat namanya....

p/s: sambil aku type entry ni aku tengok citer Capalrela dan ngunyah biskut kelapa dan samprit...cuma aku dah setkan kul bape entry patut keluar....



8 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sapa yang beli rumah teres satu tingkat tak de harapan.. mana ada tanga rumah satu tinggkat..
sapa yang beli rumah flat tingkat 2 sampai 7 tu ok banyak tangga..

orang lelaki suka cari perempuan nakai tak caya tanya orang yang betul betu lelaki..

sapa berkenan antar resume

alien said...

semoga sukseesss

Aku adalah aku said...

Helmy;

Ko no. 1.....

Aku adalah aku said...

Alien;

Amin....

RaFFLeSiA MeRaH said...

insyallah...pasni muncul la jodohnyerr...hehehe....

Aku adalah aku said...

RM;

Amin....

ciK LyndaWawa said...

amin..amin..amin...

Aku adalah aku said...

Wawa;

InsyaAllah...Amin....