Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Monday, September 13, 2010

Raya Ketiga....Kenduri Doa Selamat & Tahlil..fuhh penat tuh....

12.9.10.....Ari ni semua yang ada kesiangan....penat semalam campur ngan tido lambat sebab aku ngan Abang Long (Haziq) request nak makan maggie goreng Abah yang buat....tu lah bila dah jumpa, kumpul borak sampai tak hengat....bangun je aku, adik ngan Aam kemas umah, bentang apa yang patut untuk kenduri...tengah syiok wat keje, tetiba....Abah jatuh dalam keadaan moto kat atas dia....berkejar kitaorang....luka-luka Abah...Aam ngan adik rawat Abah...aku plak sambung wat keje....Lin menggosok baju....

Dah siap semua barulah aku mandi dan siap-siapkan diri, lepas tu siap-siap kan Mak....sementara tu Abah dah start panik cari dompet dia...dah dua hari berturut-turut Abah tak ingat mana dia letak dompet dia...aku pun terpaksa bersikap tenang, ingatkan Abah, baju yang mana last dia pakai....akhirnya jumpa jugak...sape yang jumpa? Akak jugak....

Kul 11.30 pagi macam tu, lauk pauk yang ditempah dah sampai....kitaorang dah mula tolong menyusun dan menyalin lauk pauk ke bekas buffet...Kakak aku yang sulung baru je sampai (hmmm awal ko datang mcm tetamu plak ek).... jiran sebelah pun datang anak beranak sebab dorang nak gerak ke Temerloh....dan tetamu-tetamu, jemaah surau, sedara mara dah mula sampai....aku melayan tetamu perempuan (maklumlah jadi pengganti mak sejak mak sakit nih)...sib baik lah skill PR tu ada....leh la jugak digunakan....memang aku tak merasa nak duduk lama-lama....kejap kang Adik panggil, kejap kang makcik aku panggil, kejap kang kena tunjuk muka...banyak jugak lah kejap kang nya...tetamu-tetamu beransur pulang termasuk lah sepupu-sepupu aku, mak sedara, pak sedara....lepas tu barulah kitaorang alas perut sikit (takde sikitnya, banyaklah jugak)....

Dalam kul 3 petang macam tu kawan Aam datang.....aku plak lebih kurang dalam kul 3 hampir ke pukul 4 petang dapat panggilan tepon....dari tetamu istimewa....seronoknya aku tak terhingga....Reen tepon katanya dah sampai bandar Raub....suka tau kawan blog aku yang sorang ni...sangat pegang pada janji....sampai jugak Reen bersama suami dan tiga anaknya yang comel sangat....mana tak comel, maknya pun comel jugak...kesian gak tengok anak-anaknya dah tetido masa dalam perjalanan...masing-masing muka mengantuk je....dah lama sikit barulah ceria mukanya...terima kasih ye Reen sebab sudi singgah....sempat juga merakamkan gambar untuk kenang-kenangan.....

Tetamu memang tak putus-putus berkunjung...kemudian sedara mara mak daripada Jerantut sampai....2 buah kereta...tapi sebab lauk pauk ngan nasi ada lagi, terus je lah jemput diaorang makan, cuma perlu sediakan air je...elok je dorang selesai menjamu selera (cewah ayat), sepupu abah plak sampai....itu kira penutup tetamu la tu....last kul 9.00 malam barulah selesai semua....kemudia barulah kami sekeluarga makan sama-sama..selesai je keje mengemas saki baki pinggan dan bekas makanan yang ada...macam biasa tugasku membasuh pinggan...sedih gak sebab Aam sekeluarga dah nak balik...mula-mula hero kecik nak tinggal, tapi lepas tu ubah fikiran plak nak ikut balik...dan adik bagitau aku plan asal terpaksa diubah...ari khamis terpaksa balik sebab dia dipanggil untuk keje....aku ok je....ikut je la kan...

Sempat jugak sambil basuh pinggan sambil buat lawak ngan mak....mak dok tengok je aku basuh pinggan sambil dengar celoteh aku yang merapu...bukan apa saje nak ilangkan penat..sekali sekala mak gelak jugak bila dengar part yang kelakar....

Dalam kul 11 malam macam tu barulah semuanya clear, dan aku pun barulah ada peluang nak bersihkan diri dan merehatkan badan....

p/s: Letih macam mana pun namun untuk update blog aku gagahkan jua....

4 comments:

Unknown said...

SALAM,
BILA DIBACA ENTRI SDRI, JELAS SEKALI KESIBUKANNYA. LETIH TETAPI MENYERONOKKAN TAK MENGAPA. DAPAT BERTEMU DENGAN RAMAI KENALAN DAN AHLI KELUARGA. SAYANG SEKALI, LF JAUH DI SINI. KALAU TIDAK, LF MESTI DIJEMPUT DATANG ! BETUL TAK ?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ada doa kan aku sekali tak..err raya kita

Aku adalah aku said...

LuahFikiran;

Salam...

Sibuk sangat-sangat LF..tapi penat tu hilang bila tengok tetamu enjoy dengan food yang dihidangkan...ada jemput LF dekat komen aritu, tapi maybe LF tak baca kot...

Aku adalah aku said...

Brutal;

Hari-hari aku doakan ko....