Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Thursday, September 02, 2010

Bila aku dah keje.....

1.9.2010.......Pagi macam biasa aku bangun untuk sahur...tapi Cik P datang lagi....nampak gayanya aku kena jugak bercuti...tapi aku tetap gak bangun sahur (boleh ke panggil sahur)...buat makanan untuk alas perut...maklumlah selepas dua bulan dah tak keje, semalam hari pertama aku masuk ke opis semula...

Pukul 9.00 pagi aku gerak dari rumah....lupa plak bila dah lama tak kuar keje, sampai tak ingat bila tiba simpang 4 seksyen 13, nak ke giant tu jalan memang selalu jam...kete ngan lori banyak lagi....kat situ je aku dah buang masa 10 minit...ada setengah jam, nak pecut tak leh laju-laju...tayar kete belakang dah licin...doa banyak-banyak janganlah hujan...ari ni lah jawabnya aku gi tukar tayar....

Meeting pukul 10...sape kata kalau tak tepat masa tu janji Melayu?? Salah tau...Bukan melayu je tak datang tepat waktu, Cina ke India ke sama gak...meeting yang sepatutnya mula kul 10.00 pagi tak mula-mula gak...kul 10.30 barulah semua ada...aku yang sampai tepat-tepat kul 10.00 nih, takdelah aku kisahkan...langkah kaki masuk opis (Opis aku 90% Cina, sorang India dan 2 orang Melayu) semua tanya, dan cakap muka aku berseri-seri...hehehehe...ye lah..dulu muka orang sakit, ni muka orang sihat...jenuh jugak aku menjawab sorang-sorang yang datang bertanya...

Mei mei datang dekat aku tanya...jadi ke aku letak surat...aku jawab postpone lepas raya...tengok mood orang tu sangat tak elok...kesian plak aku tengok sorang insan ni asyik kena marah je...aku cakap kat Mei mei aku bagi sekarang kang, ramai lagi plak jadi mangsanya....dah la target tak achieve...kesian plak aku kat dorang... dalam meeting, sempat gak Mei mei SMS aku (walaupun dok depan mata)...bagitau dia dah pindah Subang dan nak ajak aku borak-borak, sambil ngeteh...aku jawab bagitau je lah nanti, aku no hal...since Mei mei tau aku tak pose, dia tanya aku nak makan tak dia nak tapaukan...aku jawab takpelah aku memang takde selera nak makan....tapi ikut jugak dia gi Food Court...sampai sana aku tengok ramainya insan yang aku rasa memang layak berpuasa dok membeli makanan...yang paling aku terperanjat kat tempat aku berdiri tu ada sorang lelaki yang fasih sangat berbahasa Melayu, muka pun macam Melayu dok syokkk menapau makanan...tapi aku malas nak fikir serong, mana la tau kan dia tapau tuk berbuka walaupun masa tu baru kul 1.15.....

Semalam jumpa kakak angkat aku di Amcorp Mall, borak-borak kejap then kitaorang balik...tak leh nak berbuka sesama sebab masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan...BKG SMS aku tanya kul bape sampai Shah Alam, aku bagitau dalam kul 4 aku gerak....oleh kerana dua-dua kami ni bercuti pose..jadi kul 5.30 gerak la ke PARAM Pekan Meru...cari makanan...memang lain tau feel beli makanan ni time tak pose ngan pose...pusing-pusing, jenguk-jenguk tangan kitaorang still lagi kosong...tak tau nak makan apa...BKG akhirnya pilih nasi goreng RM2.00 dan aku Bihun RM2.00...kuih sejenis sorang...on the way nak balik puncak perdana, tempat aku selalu melepak (umah sementara BKG)....singgah kat mini PARAM kat UITM puncak perdana (kitaorang panggil area tu kandang)....jalan-jalan, jenguk-jenguk...tetiba perut aku rasa sakit dah macam masuk angin...rasa dah menggigil...bagitau BKG, ajak balik, sebab aku rasa macam tak larat nak angkat kaki dah....cepat-cepat masuk kete....terus balik, sampai je aku baring jap...lepas tu kitaorang bebuka pose...hehehehe (awal la...)

Kul 8.00 aku balik umah....Dz call aku tanya aku kat mana...bila dia sampai, maklumlah dah sebulan tak jumpa tak borak...sempat dia tegur lengan aku nampak bengkak....aku tengok cermin, baru aku perasan..dah macam lengan popeye dah bengkaknya...macam mana nak hilangkan bengkak ni aku pun tak tau....ni la kesan dari surgery aritu...bahagian lengan je lagi tak surut-surut....takpelah slow-slow la kan...kat luar mana sesape nampak lengan aku...sah-sah aku pakai baju kurung bila keje....

p/s: Aku dah mula fikir ada ke lelaki yang boleh jadi Khalifah dalam rumahtangga bila aku tengok situasi kat Mid Valley semalam...dah tentu-tentu aku perlukan pembimbing dan pemimipin dalam hidup aku nih, walaupun aku ni ada nakalnya...

10 comments:

en_me said...

jodoh rejeki ajal maut sumer Allah tentukann..

salamm ramadhann

Aku adalah aku said...

en_me;

betul la tu...

salam ramadhan...

Unknown said...

samalah mcm akak..bulan mengambang ni..

LaiLiE iZaNi said...

xpose ye!...hehehe..xpe2 2 la keistimewaan perempuan kan...heheheh

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

jangan berharap saja, pergi carik untung utung ada yang sangkut

Aku adalah aku said...

Kak ina Kl;

Kitaa serupaaaa.....

Aku adalah aku said...

Lailie;

Istimewa tu memang lah...nak mengganti tu la yang jenuhnya....

Aku adalah aku said...

Brutal;

Tengah cari la ni...boleh tolong carikan?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ko tanya dia kenapa nama dia mei mei..maksudnya cantik cantik ..kah kah kah
napa tak on9 pun

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Aku dah mula posa balik dah..

cuti lima hari ari tubezz boleh makan2 kat rumah..

hehe..