Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Saturday, October 09, 2010

Ari Ini Ari Sabtu

9.10.10.......bangun awal pagi, siap-siap untuk pegi keje....sempat borak-borak dengan Ntot...bercerita awal pagi untuk mendapatkan mood ceria....seronok bercerita, aku tolak lewat sikit sebab ari sabtu jalan tak jem...so sempat la aku singgah beli sarapan kat gerai pakcik baik hati....dah jadi kawan dah aku ngan pakcik.....mesti borak-borak sambil pilih-pilih kuih....

Sampai opis aku duduk bilik aku yang tak berapa bilik tapi ada la tempat untuk aku.....aku mula menyambung keje semalam, yang mana perlukan maklumat aku edarkan kepada orang yang sepatutnya...dan sebagai permulaaan air kopi o panas segelas aku buat...memang laju la aku bekerja...tapi sampai kul 10.30 pagi mata aku dah rasa berat...bilik sejuk, membuat aku mengantuk tambah mata asyik mengadap laptop ni je....

Aku teruskan, keje, ada orang yang membuat sistem untuk data datang...entertain sekejap, berbual kejap, aku kembali masuk bilik....teruskan keje...dah mula khusyuk sampai tak sedar dah kul 2.00 petang...rajin la plak aku stay.....teringat nak bayar bil tepon, terus kemas-kemas singgah di Giant seksyen 13....dah siap urusan bil, merayap ke kedai kasut....tengok-tengok, pilih-pilih, cuba-cuba takde yang berkenan...yang berkenan takde saiz plak...payah tul....sedar waktu dah berlalu, teringat solat Zohor belum dilakasanakan..segera pecut kereta balik....

Sempat mengaji dan solat Asar, siap je turun ke ruang tamu....makan cendol yang dibeli di Bukit Jelutong...tak abis...aku tak tau macam mana aku leh terlelap di sofa.....tersedar bila Dziehan turun menyapa aku....panaskan rojak, dia plak panaskan KFC yang dibawa...makan sikit share berdua, borak-borak...lama jugak tak borak...ni la baru dapat duduk sesama lepak...Ntot ada retreat diopisnya so lambat baliknya....

Tengah nak update blog, BKG tepon, katanya dia tapaukan berkat dari kenduri umah kakak dia....jap lagi aku kluar gi resak yang tak smapai 5 minit dari rumah ni....rezeki, rezeki......

p/s: hujung minggu biasa la hidup aku ni sunyi aje......

4 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nak bising duduk bukit bintang ..ha ko tak boleh tido

Aku adalah aku said...

Helmy;

Aku tak suka sesak-sesak...lemas

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

YA cik Laili Abdul Rahim
sesak dan bising itu membuat kita bosan

Aku adalah aku said...

Helmy;

Macam mana aku boleh tak perasan..tak adil ler....online tak malam ni?