Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Monday, October 04, 2010

Maka kenduri itu pun......

2.10.10.....Pagi sabtu, aku bangun dalam keadaan dan perasaan yang penuh dengan keletihan.....siap-siap untuk ke ofis, Cu menyuruh aku minum, tapi aku tak nak sebab takut lambat sampai....tapi sempat jugak aku berborak dengan diaorang (Abah, Adik ngan Cu) sebelum ke ofis....sampai di ofis aku siapkan apa yang patut....selesai je bergegas singgah kat rumah sekejap untuk mengambil mikrofon bagi majlis pertunangan esok....

Sampai di rumah Cu, famili Chik (adik lelaki Abah) dah sampai.....aku yang agak letih secara tak langsung hilang selera makan....kebetulan sampai serentak dengan Cu yang baru pulang dari Nilai 3....duduk kejap...borak-borak, cepat-cepat ajak Cu keluar nak beli Al Quran dan kamera SLR untuk hantaran....bertiga dengan sepupu ku Nana gerak ke Giant kemudian ke Mid Valley...dengan hanya berselipar jepun memang memudahkan dan mempercepatkan pergerakkan aku....sempat juga mencari CD karaoke....

Di rumah Cu, aku terus mencapai apa yang patut untuk menyambung keje-keje yang belum selesai....berkumpul reramai dengan Teh, Makde Tipah (adik dan kakak Abah) menggubah barang hantaran...aku takdelah pandai, cuma tolong letak-letak je...keje ramai-ramai cepat aje siap, cuma sireh junjung dan 2,3 lagi disambung ke malam...dan selepas Maghrib, sempat jugak kenduri Tahlil, semua kaum kerabat aku je....bila dah berkumpul macam ni barulah nampak yang kami mempunyai keluarga yang besar.....

Sempat aku jenguk diatas untuk melihat gubahan bahan hantaran, dan memberi idea dan juga tolong menyelesaikan masalah untuk gubahan bahan hantaran, aku turun semula untuk menyambung keje-keje dapur...sepupu aku yang Suria (dia ni lah yang nak bertunang) baru sampai dari Medan bersama Tante (pangkat makcik, seorang doktor pakar dermatologist)....maka tugas aku adalah melayan Tante untuk makan dan berbual dan jugak menerangkan adat istiadat kat sini....nampak gayanya aku ni bukan setakat menjadi PR di ofis, kat umah pun aku jugak....

Selesai semua sempat jugak sambil mengemas dapur, kami berbual sehinggalah membawa ke pukul 3 pagi...pelbagai citer termasuk lah kisah-kisah seram....kelakar jugak bila memerhatikan muka sorang-sorang yang membayangkan perasaan takut....hehehehe.....

3.10.10......6.30 pagi aku dah bangun...terus mandi dan bangunkan mereka yang patut....riuh rendah keadaan...sepupu aku di make up kan bermula kul 8.00 pagi, sempat aku tolong keringkan rambut sepupu aku selepas rambut aku dikeringkan....hehehe...ikut Cu dan makcik yang lain minum pagi dan singgah di Pasar Besar TTDI untuk mencari bunga-bunga segar...

Sampai dirumah, melihat meja masih jugak belum sampai sedangkan masa tu jam dah menunjukkan jam 10.00 pagi...apa lah nak jadi dorang ni buat katering tapi tak mengikut perjanjian langsung...kelam kabut jugak kami...aku dan Cu masih lagi belum tukar pakaian...cepat-cepat naik ke atas bersiap-siap tak leh menonjol sangat nanti kang lebih plak dari orang bertunang..

Pukul 11.00 pagi, rombongan pihak lelaki sampai bersama 25 dulang hantaran berbalas 27 dari pihak kami...maka rundingan dimulakan, jual beli pantun pun bertukar.....aku plak sibuk diluar melihat persiapan dan hidangan yang disediakan...yang seronoknya disebabkan katerer tu sangat-sangat lembap, maka kami ramai-ramai bekerjasama memastikan semua tetamu mendapat layanan yang sepatutnya...selesai aje kenduri, keletihan mula terasa....membantu Cu menngemas membawa ke pukul 2.00 pagi.....ni baru je kenduri bertunang, terasa sungguh keletihan..nak angkat kaiki pun dah tak larat....

p/s : letih masih lagi terasa...... rindu jugak begitu......



2 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ooo ada org karaoke patut la hujan dua tig aharin kat s.alam
bnyaknya sampai 25..jenuh nak membalas

Aku adalah aku said...

Helmy;

Hehehehe...pandai la kau ek....dah memang musim dah pun....

Tu la pasal..tu yg kelam kabut cari barang nak cukupkan 27