Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Thursday, October 07, 2010

Ini yang berlaku.....

6.10.10.......siap-siap pegi keje...keluar awal kerana jam yg melampau tiap-tiap pagi...rajin keluar awal bukan apa...saje singgah gerai pakcik baik hati, beli sarapan...sampai opis, macam biasa buat kopi....dah ketagih kopi plak aku....padahal bukannya boleh minum sangat..senang kena migrain...tapi belum lagi ada tanda-tanda nak kena....

Dalam kul 10.30 pagi, aku turun ke lobi...saje melihat-lihat staff front office buat keje...duduk disana lebih dari sejam, bila ditanya aku bagi alasan tengah tunggu doktor...bukan apa, aku tak nak dorang tahu aku tengah membuat pemerhatian....tapi memang lah dalam masa yang sama aku nak jumpa adik tuan director, untuk berdiskusi...aku dah start rasa berat bahu sebab keje-keje yang tertangguh....so nak tak nak aku kena turun naik opis 2,3 kali dengan menggunakan tangga...dan opis aku ditingkat 3.....dan masih jugak belum berjaya berjumpa adik tuan director.....bukan apa aku nak finalkan cepat-cepat paper work yang ini so keje aku akan berjalan lancar....

Petang, dapat lah akhirnya aku jumpa Tuan Director yang kebetulan baru je abis melakukan satu pembedahan....dan sempat lah aku berdiskusi bersamanya, yang boleh dikatakan panjang lagi lebar....bukan senang nak jumpa dia lately nih....kes-kes yang melibatkan pembedahan meningkat...sempat jugak aku bagitau masalah aku dan tuan director mengakuinya....harap-harap cepatlah dia leh duduk di opis sepenuh masa.....dan dia pun ada cakap, dia harap-harap leh la cepat-cepat settle semua perkara yang ada.....

Macam biasa, dalam kul 5 aku dah gerak balik......sampai rumah update blog, sambil tu terasa penat....keluar kejap jumpa HM24 di KFC...aku hanya makan kentang goreng ngan minum air je...dah tak larat nak makan dah...HM24 makan snack plate.....dan terlihat di muka, tangan parut dia kemalangan baru-baru ni....sejak aku kenal dia, dah 2 kali dia kemalangan motor ni...pertama dilanggar kete, kedua dia langgar buntut kete.....hish macam-macam budak sorang ni.....dan kelewatan dia sampai lebih dari 15 minit membuatkan aku hilang mood nak borak banyak-banyak....dan sempat aku bagitau dia perasaan sebenar aku pada dia....sekali lagi aku ingatkan dia bahawa status kami hanya kawan....bukan apa, dia asyik mempersoalkan apa aku buat, ke mana aku pergi, dan semua menda tu buat aku rasa rimas, rasa lemas....

Sebelum HM24 sampai, aku masuk ke duduk dalam KFC....sempat perhatikan gelagat insan-insan yang datang makan disitu...oleh kerana meja yang aku duduk dekat dengan meja 3 orang jejaka ni sempat la aku melihat dan mendengar perbualan mereka...yang sorang ni aku rasa jurujual yang menjual produk rokok yang boleh menyebabkan orang yang menghisapnya kurang merokok....ye lah since rokok dah naik menjadi RM10.00 ringgit nih....aku tau sebab Abah...dia kan hisap rokok....dan ketika salah seorang orang yang aku tak tau dia beli ke tak, mencuba, orang itu terbatuk-batuk seolah-olah dia tak biasa hisap rokok...memang kelakar sehinggakan kawan dia dan termasuk aku tergelak.....ha kan dah aku jugak yang termalu....dan melihatkan aku tergelak sama, kawannya makin kuat gelak...huh....macam-macam la dorang nih....

p/s : aku sempat update n3 ni sebab tadi aku tertido dan bila terjaga dan teringat aku tak iron baju lagi terus bangun...habis selesai keje meng'iron' mata dah jadi segar, maka aku pun mengadap lah laptop ku ini.....

4 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

25 % tuan Director...
apa yang 25% ayahnda
ooo anaknda kawen 25hb...
000 25%

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kalaulah keje setel cepat selalu kan bezz...


sorilah elly, sekarang ni manjang jer busy...nyampah pun ada....
dkt year end kan...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

itu kan certa 3 abdul

Aku adalah aku said...

Reen;

Tulah pasal...keje tak setel2...parti politk dah timbul dah...mencik tul aku....