Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Tuesday, August 17, 2010

Rutin aku...

Dah nak masuk 3 hari aku berpuasa walaupun aku masih lagi dalam proses penyembuhan operation ari tu...Alhamdulillah aku tak mengalami tanda-tanda gastrik pun...memang aku pasti sangat-sangat kalau bulan Ramadhan automatik badan aku sihat...dan aku memang suka sangat bulan Ramadhan...dan Ramadhan tahun ni, 3 minggu aku akan berbuka ngan abah dan mak...lepas tu seminggu sebelum raya aku balik Shah Alam untuk final check up dan start keje semula macam biasa....

Rutin aku sejak dah mula puasa ni, macam biasa aku tido paling awal kul 2.30 pagi tiap-tiap hari...ni dah jadi kebiasaan tido lewat sejak 3 bulan yang lepas...kunci alarm handphone tuk bangun sahur kul 4.30 pagi, tapi biasanya tunggu abah yang panggil kejutkan suh bangun...biasanya abah kejutkan mak dan lepas tu aku (betul-betul kagum ngan abah sanggup jaga kami dua orang yang sakit nih)....bila bangun abah dah siapkan semua atas meja...aku mcm biasa sejak puasa ni selera makan merosot, so makan sikit tuk make sure perut tak kasi alasan suh aku buka pose....bila dah siap sahur, tolong abah keje yang ringan-ringan kemas apa yang patut dan aku ke ruang tamu bukak tv tengok apa yang patut....kul 5.45 lepas abah dah mandikan mak, dan abah dah siap-siap gerak ke surau, aku plak siap-siap tuk mandi...memang fresh sangat-sangat bila mandi waktu subuh....pastu solat dan aku lepak dalam bilik tengok FB, tengok blog....

Dalam kul 8 lebih macam tu mata aku dah start ngantuk balik, dan aku tido dan terjaga dalam lingkungan kul 11 pagi...pastu aku bukak tv lagi tengok apa yang patut sementara nak tunggu zohor...lepas solat aku masuk balik bilik..dan aku akan tengok blog, kalau ada idea aku update macam sekarang....ini akan berlarutan sampai kul 5 petang, untuk pengetahuan aku tak dibenarkan oleh abah tuk tolong dia memasak...sebab aku belum baik betul2, takut jahitan dalam terbuka kata abah....maka aku terperuk je lah dalam bilik layan FB, layan blog...kul 6 macam tu aku akan mandi dan solat asar dan lepak depan tv tgk citer apa-apa yang best...dalam 7.15 macam tu aku akan lepak kat dapur ngan mak dan abah sambil tunggu waktu berbuka...macam biasa abah dah sediakan air ikut permintaan...murtabak tu adalah mesti ada tiap kali berbuka...tapi aku sebijik kurma, 2 potong murtabak dan segelas tea o panas dah cukup kenyang..

Maghrib dah siap, aku duk depan tv, tengok citer Geng Surau kalau ada...sampai la perut aku menjerit-jerit suh aku amik nasi, biasanya dalam kul 8 ke 8.30 baru aku rasa lapar...amik sikit nasi, sambil layan perasaan makan sorang-sorang...sebab masa ni abah dah siap-siap gi surau dan mak dah lepak dalam bilik....lepas tu aku sambung tengok tv, pilih-pilih channel mana yang aku suka sampai la aku rasa laptop aku panggil ajak borak....dan kegiantan ini diteruskan lagi sampai lah waktu tido aku kul 2.30 pagi macam tu....

p/s: aku takde lah nak tulis detail sangat apa aku buat...ni pun dah kira detail la ni...ari ni perasaan aku ada sedikit rasa bengang bila baca sms pagi tadi....

Monday, August 16, 2010

Bergembiralah Wahai Wanita...(atas permintaan)

Perempuan

Sambil bersantai-santai aku membelek2 facebook dan aku tertarik dengan satu klip video yang telah di link kan oleh seorang teman...video syarahan seorang ustaz disebuah masjid yang agak ramai jugak hadirin hadiratnya....seronok aku mendengar walaupun sebahagian dari ceramah itu menyentuh perihal perempuan...dan sedikit sebanyak dah tentu ceramah tu terkena dengan apa yang aku lalui sekarang....

Memang betul, kalau bila apa yang ustaz tu cakap...manusia akan sentiasa berkata atas apa saje sesuatu keadaan yang berlaku pada seorang insan yang lain (alamak ayat macam nak bagi ceramah je)...memang kekadang hidup sebagai seorang perempuan beruntung sebab nak tempah tiket ke syurga memang senang sangat-sangat (ustaz tu pun cakap macam tu)...dan aku faham mak ngan abah kekadang risau ngan anak perempuan dia yang ni yang masih bujang dan terbukti akan kelincahannya...tak leh nak duduk diam (perut dah kena belah pun nak gak berjalan)....sabar je lah mak ngan abah..orang janji jaga diri baik-baik...

Memang betul serba salah hidup sebagai perempuan ni, kena jaga peribadi, jaga akhlak...silap langkah walau sebesar hama pun orang akan mengata silap hari bulan sampai dunia kiamat...bila jadi perempuan ni, katalah aku kawin cepat dulu, abis je blajar kawin mesti orang kata gatal, tak sempat keje, tak sempat nak tolong mak ayahnya dah gatal nak menikah...ni bila aku tak kawin-kawin kena kata gak...memilih sangat la tu...bukannya cantik pun nak memilih-milih...aku takdelah memilih tapi aku ni  berhati-hati je sebab aku nak kawin sekali je....sama jugak andai kata aku dah kawin, tapi tak beranak-ranak..pun dikata jugak...tu lah dulu tu ada penyakit, kena operate katanya ada ketumbuhan...mandul la tu...tapi diaorang tak sedar semua tu ketentuan Allah...ataupun andai kata aku tiap-tiap tahun beranak, eh mesti dikata jugak..mak aih asyik beranak je, tak letih ke dia tu...ataupun andai kata aku kawin dengan orang yang tua tapi kaya, mesti orang kata ala kawin sebab harta la tu...ataupun aku kawin dengan orang yang muda 10 tahun dari aku, mesti ada yang kata, adalah tiup-tiup tu yang dapat laki muda...tapi sedar ke diaorang semua tu dah jadi ketentuan dan ketetapan yang telah diberikan oleh Allah...dan jadi seorang perempuan dari sudut pandangan aku sendiri la kan, kalu di amik kira apa yang orang cakap memang aku boleh jadi half sewel dah kot...tapi aku memang macam tu malas nak kisah sebab bagi aku tiada yang sempurna melainkan Allah...aku tak kisah kalau ada yang tak puas hati dengan aku, asalkan aku tak pernah pun teringin nak ganggu gugat hidup orang lain...

p/s : sebenarnya tadi nak citer pasal lain...dah jadi citer ni....

Sunday, August 15, 2010

Zalim

Bila kita tengok berita hari-hari ada je cerita tentang kezaliman manusia sesama manusia....lepas satu satu kejadian zalim ni berlaku tak kira warga emas, dewasa, remaja, kanak-kanak dan juga bayi...apalah nak jadi ye...teringin jugak aku nak tanya pelaku-pelaku ni, apa perasaan diaorang masa melakukannya...seronok macam naik roller coaster ke, atau pun dah rasa seronok tempah tiket terus tak pulang-pulang ke neraka??

Yang paling menyentuh kalbu aku bila melihat dan membaca ada jugak manusia ni sanggup buang zuriat yang pernah mendiami rahim mereka selama 9 bulan 10 hari..agaknya apalah perasaan mereka ye...ke memang diaorang ni dah takde perasaan agaknya...dan aku pelik dalam bulan yang mulia yang penuh keberkatan ni sanggup diaorang lakukan perkara terkutuk ni... yang aku anggap memang tak bertamadun langsung....apa lah salah bayi tu?? Kenapa masa melalui frasa keseronokan tak leh nak fikir akibatnya...dah tau tak nak tapi nak seronok amiklah protection (aku bukan galakkan ye)....serius kekadang nak je aku interview diaorang apa perasaan masa diaorang buang bayi tu...boleh tido lena ke kalau dah buang zuriat sendiri...aku tengok sekarang ni makin ramai yang kena tangkap sebab kes buang bayi ni, makin menjadi-jadi pulak....lepas satu, satu berita yang sama keluar...mungkin diaorang ni tak tengok berita, tak baca surat khabar agaknya....ni dah keluar hukuman mati kerana sabit membunuh berdasarkan kes (tadi la masa aku tengok Buletin Utama)...aku rasa itu kalau bayi tu mati, tapi kalau bayi tu masih hidup camne plak ye...setakat penjara apa la sangat mungkin tak kisah kot sebab masih lagi boleh makan minum, free pulak tu...aku rasa buat je satu tempat macam Pulau Jerjak tu, hantar diaorang ni kat sana, tapi tak adil la kalau yang perempuan je kan....pasangan dia pun antar jugak ke sana...bagi hukuman setimpal ikut keadaan bayi yang dibuang tu dijumpai...ye la...kalau masa kita jumpa bayi tu dalam tong sampah, hukum dua-dua tu sekali letak dalam tong sampah selama beberapa tahun biar dia rasa macam mana bayi tu rasa...pastu kalau bayi yang ditemui mati dalam keadaan semut menghurung mayat...buat juga pada orang yang tukang buang tu letak semut banyak-banyak kat diaorang..biar dirasanya azab tu...memang kalau tengok macam tak lojik macam zalim kan...tapi kalau dah diaorang zalim, kezaliman jugaklah balasannya...baru yang lain kalau nak buat tu fikir banyak kali...itupun kalau masih boleh guna otak la kan...

Aku bukan apa...bila tengok kekawan aku yang dah berumahtangga punya la susah nak dapat anak, habis duit beribu-riban nak dapatkan zuriat, tapi diaorang senang-senang je buang...aku ni pun InsyaAllah kalau rezeki ada, nak jugak ambil anak angkat satu hari nanti (kalau by tahun depan aku tak temu jodoh lagi la kan)....aku yang belum pernah merasa mengandung ni pun cepat je jatuh kasih bila tengok muka yang comel lagi suci tu...sedih betul dalam zaman kita yang dah menekankan tentang peradaban ni masih lagi ada yang berfikir seperti manusia (layak ke digelar manusia) tanpa tamadun...

p/s: agak-agak kalau aku tak nak makan, kurang kan makan aku zalim tak? atau zalim ke aku kalau  makan sikit je apa yang abah masak?? aku kesian tengok abah penat masak, tapi adik aku cakap aku macam dah tembam...

Saturday, August 14, 2010

Bila Kering

Kering, memang la badan aku belum jadi kering tapi bila hati aku ni yang dulu basah jadi kering jangan harap nak siram ngan air dari pili bomba pun belum tentu jadi basah macam dulu....Belum lagi kering sampai peringkat senang je jadi retak..takde maknanya...jangan paksa aku keluarkan kata-kata yang orang pernah kata aku terlalu synical...aku tak suka melukakan hati orang...tapi kekadang terlalu mudah untuk orang membuat hati aku ni jadi tersentuh...

Ooops bulan puasa tak baik marah-marah...memangla bukan aku marah pun cuma aku malas nak layan kalau orang cuba lepaskan api kebengangan dia kat aku padahal yang buat dia bengang tu bukan aku...tapi memang susah aku kalau dah set kan hati aku jadi kering..cakap la apa pun, masuk kanan keluar kiri sakit hati sendiri sendiri....malas nak layan lebih baik aku diam dari aku pun jadi macam biri-biri tak dapat makan rumput ada kualiti...

p/s: aku pun kadang-kadang boleh bengang jugak....

Friday, August 13, 2010

Aku dan Polis...

Wah tajuk takde kena mengena ngan bulan puasa plak...orang lain sibuk citer kenangan bulan puasa aku plak sibuk citer menda lain...bukan apa kebanyakan kenangan bulan puasa lebih kurang orang lain jugak...serupa tapi tak sama...Malam tadi sambil berbual-bual ngan rakan aku melalui alam maya, sesambil tu terkenang plak masa-masa aku ngan polis...aku nak jadi plis ke? Dulu ada gak la cita-citanya...hehehe, tapi sebab tahap kerabunan aku buang jauh-jauh cita-cita tu..

Dari pengalaman aku keje, aku kerap gak berurusan dengan pasukan polis...aku pernah menjelajah separuh Malaysia pegi melawat balai-balai polis yang ada...bukan apa..masa tu tugasan aku kena selesaikan dan salah satu klien yang ada dalam list aku, polis....walaupun aku dah biasa berurusan dengan polis-polis ni, tapi rasa gelabah tetap wujud tiap kali bertembung ngan dorang kat jalan raya..tak kira masa tu ada roadblock ke, bertembung kereta peronda ke, ada operasi sikap2 ke (walaupun aku tak pernah kena tahan time ni)..aku tetap gelabah dan tahap gelabah aku mengalahkan pengantin lelaki nak pegang tangan tok kadi untuk akad nikah....tapi terus terang aku pernah ditahan bebrapa kali oleh polis dan ada kesalahan tu aku sedar dan ada jugak aku tak sedar pun...

Ada sekali tu, aku on the way balik ke kampung di Raub, Pahang....masa tu aku keje di syarikat percetakan di Kuala Lumpur....oleh kerana aku layak bercuti panjang, maka aku pun pulang la ke kampung halaman...dalam perjalanan, ketika nak masuk ke bandar Bentong, ada satu roadblock (kat situ memang polis kerap buat roadblock), aku dah rasa berdebar-debar, seram sejuk...mulalah berdoa macam-macam walaupun aku tau tak pernah aku buat jenayah pun....mintak-mintak lepas la hendaknya...dengan senyuman paling manis, muka yang paling innocent, aku pun bagi salam..."Nak pegi mana ni dik?" Polis tu tanya..."nak balik kampung bang", aku jawab ngan suara ala-ala manja..(abang?? eh kalau ikut protokol polis kita kena panggil diorang Encik atau Puan atau Tuan ikut pangkat tau)..polis tu pun anggukdan kata "ok boleh jalan"... habis cuti aku balik ke Shah Alam dan dah sampai kat Shah Alam baru aku tau dan perasan, roadtax dan lessen kete aku dah mati...fuhhhh nasib baik la mood abang polis ari tu baik....alhamdulillah...

Yang ni pulak, aku baru keluar dari ofis nak menuju ke Shah Alam...sambil bawak kete, tangan sibuk capai tepon jawab call....tengah syok bercakap, sambil tu wat U turn kat salah satu jalan kat Kelana Jaya...ha kau ada Polis trafik tunggu balik tembok dan jerit kat aku, "Berhenti! berhenti! ooo pakai handphone ye..." alamak apa aku nak buat ni....aku berhenti sambil membuat muka yang rasa bersalah yang amat sangat...."minta maaf encik, saya  baru nak letak phone, tapi encik dah nampak" aku cakap..."Awak dah tau la salah awak ni?", tanya polis tu lagi..."Tau encik, tapi ni pun saya jawab panggilan dari Bukit Aman, Tuan Pengarah Pengurusan nak jumpa saya" aku pun jawab dengan penuh yakin....dan Polis tu dah mula selak-selak saman-saman yang dah dikeluarkan..eh ada nama Ferhad la...tapi tak tau la artis tu ke..."Macam mana ni encik, saya minta tolong sangat saya janji tak buat lagi"..."Awak ada boifren?"...cepat-cepat aku jawab.."Takde..." "Ada business card?" "ada, ada", sambil keluarkan business card aku...dan sekali lagi Alhamdulillah aku lepas...hehehehe...

Dan paling terkini, 2,3 bulan lepas, sekali lagi aku ditahan polis kali ni masa roadblock kat Bangsar..biasala aku, asal ari Jumaat malam Sabtu je aku ngan kawan aku Ema dan Alia akan berjalan-jalan dan cari tempat tuk lepak...Malam tu aku teringin sangat nak makan nasi lemak famous kat bangsar tu...aku suka sambal dia..dan malam tu aku giliran aku drive...tapi lesen kete aku dah expired (bukan sengaja tau, aku ni selalu je lupa)....takpe la tawakal je lah...tetiba jalan nak sampai ke Jalan Maarof jalan jam...kete sebelah geng2 mamat mana dah start usha2...aku wat tak tau je, sebab tengah concentrate pegang stereng sambil tengok apa ada kat depan...APA?? ROADBLOCK??...aku dah gelabah...tapi cuba tenang2kan diri aje...sampai je giliran kete aku, "Tolong berhenti kat tepi", kata polis tu...aku ikutkan je sambil pesan kat ema ngan alia wat selamba kay...kitaorang dah standby senyum manis dan "apa salah kitaorang?"...aku dah tanya (cuak nih)..."keluarkan IC dan lesen kete"..."semua orang ke?" "Iye"...polis tu cakap sambil polis-polis yang lain dah mula mengerumuni dan menyuluh2 kete aku..."tapi lesen kete saya ada dalam mykard encik"..aku bagitau polis tu...masa tu aku cuak sangat sebab hanya kitaorang satu2nya kete perempuan yang ditahan...yang lain semua lelaki...ish malu nya...dan ada seorang yang pangkat sarjan datang dan tanya pada polis yang tahan kitaorang tadi, pakah masalahnya..."Dia ni cakap, lesen dia dalam mykard"..."takpe amik nama dia je...nak pegi mana ni?" sarjan tu tanya..."kita orang nak pegi depan tu je, nak makan nasi lemak famous, laaapaar encik"...aku kata..."Jom encik join kitaorang makan..."Ema ngan ramah mengajak....aku dalam hati mak aihh minah ni, cari nahas ke...."Takpe takpe...kesiannya lapar ye...dah awak leh pegi...hati2 ye bawak keta...".."Makasih encik, nanti kalau nak makan datang la kat depan tu, kitaorang ada kat situ..." aku plak mengada-ngada...dan sekali lagi aku lepas...fuuhhhh selamat...dan sampai ari ni kitaorang bertiga tak tau kenapa kitaorang ditahan...

p/s: aku tetap gelabah walaupun kete aku ada roadtax, dan aku ada lesen....nape aku gelabah bila jumpa polis ek??

Thursday, August 12, 2010

Jemu......

Tengah duduk termenung, sambil garu-garu kepala yang memang gatal, aku terkenang-kenang dan menyoal diri aku ni....sampai bila la aku nak mencari-cari....nak aku tanya Abah, segan plak...nak tanya Mak, mesti mak jawab fikir la sendiri...nak tanya Upin, dia mungkin faham cakap aku, tapi aku belum tentu lagi faham bahasa dia...

Kekadang bila aku tengok kekawan aku at least dah ada sesuatu dalam hidup diaorang...tapi aku dari dulu tetap juga mcam ni...dulu aku penah keje kat IPTS selama 7 tahun...tapi disebabkan aku rasa macam dah jemu, dan aku yakin aku boleh mempelbagaikan kemahiran dan menambahkan pengalaman aku nekad aku tukar keje...tepat setahun aku dalam bidang automotive, aku tukar lagi...kali ni bidang percetakan plak...eh dah setahun aku kat situ kerana memikirkan akan berjaya, ikut plak boss sorang ni bukak bisness...ha kau tak sampai 6 bulan, kitaorang ramai-ramai letak jawatan sebab perlakuan meroyan yang terlampau dari seorang manusia yang bernama boss..pastu aku tolong-tolong kawan aku wat bisnes dia tapi kerana masalah kewangan, aku tak puas hati, aku cari keje lain dan dapat tawaran plak kat bidang perhotelan...tak sampai beberapa bulan aku keje, seronok memang seronok..tambah aku jumpa geng satu kepala, tapi bos plak macam l***** t...tak percaya dengan staf-stafnya...aku rasa tak puas hati, dan aku memcari -cari dan aku dapat tawaran dalam bidang biotek, aku seronok untuk 3 bulan...ni aku dah mula jemu...tak puas hati?? adalah sikit-sikit...

Dalam masa 2 bulan ni aku cuti tanpa gaji...aku dah mula rasa 'excitement' bekerja tu dah takde...aku dah mula rasa rimas, aku jemu berpura-pura, yelah jemu pura-pura senyum, jemu pura-pura sudi mendengar dan aku tak puas hati sebab walaupun aku tak dibayar gaji 2 bulan ni, tapi aku still kena wat keje-keje jadi tukang penyelesai masalah...dan aku citer ngan kawan aku tadi masa kita orang bermuka buku...dia kata kalau kau rasa jemu dengan keje kau, macam tu juga la kau buat bila kau ada boipren...kau jemu jugak dengan diaorang...errr....aku terkedu, macam terkena sangat kat batang hidung aku nih...memang aku macam tu kot dan aku tak sedar....hish  macam mana aku nak berubah jadi orang yang tak jemu-jemu dan aku boleh fokus macam masa aku 20an dulu...macam mana ek???

p/s: memang aku dah jemu tukar keje...tapi aku belum jumpa yang betul-betul melekat ngan jiwa...adik-adik meh la balik kita buka pose sama-sama (itu aku tak jemu plak)

Tuesday, August 10, 2010

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Setelah semalam satu hari aku dilanda sakit perut yang amat sangat dan mengalami ketidak selesaan beserta dengan migrain ringan, hari ini aku berazam nak menulis....kalau baca tajuk bunyi macam kisah penglipur lara je...ntah la...boleh jadi la kot...tapi sebelum aku meneruskan, ucapan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN MOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN UNTUK MENGERJAKAN IBADAH PUASA....

Semalam kerana aku kekeringan idea yang mana aku merasakan seolah-olah nak pupus terus dari hidup aku, aku pun merayap-rayap ke blog-blog orang lain...mengintai-intai dan ada waktu jadi tukang komen....seronok jugak...tapi korang aku memang nak tulis kenangan bulan puasa, tapi kenangan ni lain sikit dari yang lain...teruskan pembacaan kalau nak tahu ye...kemudian aku pun merantau ke facebook a.k.a buku muka...ntah kenapa semalam aku teringat sangat kat adik aku sorang ni...yang aku kenal masa keje kat Penang dulu....maka aku pun memulakan dengan menaip namanya dengan harapan dapatlah aku jumpa dia...haaaaa...tak sia-sia, memang aku jumpa....apa lagi aku add dia, tinggalkan mesej apa yang patut dan pagi ni dia tepon aku...panjang gak kita orang berbual banyak citer-citer yang boleh mengusik jiwa sebenarnya... maka tertimbul nama seorang hamba Allah ni....masa aku ngan geng-geng kat Penang dulu dia ni satu-satunya kawan lelaki kitaorang yang boleh dibawa berunding merangkap driver kitaorang...Okay hubungan aku ngan diaorang semua adalah kawan satu pejabat yang berlainan department pada masa tu...

Kitaorang kalau masing-masing tak pulang ke sarang (maksudnya balik kampung), dialah jadi mangsa kitaorang nak pegi ke mana pun, dialah jadi tukang bawaknya...kita orang panggil dia Mie...memang pening kepala dia layan kerenah kitaorang, tapi dia tak kisah dan tak kedekut...masa tu zaman sebelum Penang dilanda Tsunami lagi...memang kitaorang ni rapat sangat dan geng paling kecoh kalau kat ofis...kalau ketawa tu dah tak pandang kiri kanan....kalau pi beraya pun kitaorang sama2, especially kalau ada open house...tau2 je lah kalau dah duduk betul-betul kat pulau...kecoh kalah citer anak mami the movie...hehehehe..oleh kerana aku ni rasa jauh sangat nak balik Pahang, maka bila aku ditawarkan bekerja sebagai Personal Officer di Shah Alam tanpa membuang masa aku terus je terima...sedih jugak masa tu bila nak tinggalkan, bos tersayang (bos ni lah selalu layan aku kalau aku demam, dan selalu ajak aku gaduh dan dia yang paling sedih bila aku resign), dan yang paling mengharukan, kawan-kawan sesama kecoh aku....

Setelah beberapa bulan aku di Shah Alam, aku dapat panggilan, yang geng2 aku nak mai dari Penang...yaaahoooo...bestnya masa tu...bila sampai tarikh dan hari yang dijanjikan, diaorang pun sampai ke Shah Alam, masa tu aku tinggal di seksyen 8, flat PKNS dekat ngan Bukit Cherakah....macam biasa Mie yang jadi driver...zaman tu kalau tak silap awal tahun 1999 or pertengahan 1999, mines wonderland tengah popular...jadi kekawan aku ni mencadangkan pergi ke situ...kat sana kitaorang pun apa lagi naik bot pusing satu tasik sambil berdekah-dekah gelak (aku tak ingat topik apa)..lepas tu kita orang habiskan masa berjalan pusing KL dan makan-makan di area Subang....lepas tu balik semula ke rumah aku dan diaorang berhenti rehat hingga lah pukul 10 malam aku rasa baru lah diaorang gerak balik ke Penang...walaupun sekejap tapi aku seronok...Masa tu Mie dah bertukar ke  KL, aku happy sebab dia ada...tapi masa tu aku tengah asyik bercinta cintaan...so takde lah aku berani nak keluar sangat dengan dia...

Menjelang tahun 2000, Y2K isu tengah hangat diperkatakan...kekasih hati aku pada masa tu tak dapat meluangkan masa dengan aku seperti yang dijanjikan...hati memang panas, airmata terasa hangat je mengalir...frust tak dapat nak sambut new year dengan dia...ni semua gara-gara Y2K...kebetulan Mie telefon aku ajak keluar untuk celebrate new year dan aku yang kononnya setia bagi syarat, tak mo berdua mesti ada orang lain...hehehehe..so Mie bawak kawan perempuan dia, aku bawak housemate aku...dengan menaiki  Vitara yang Mie bawak maka kami menuju ke KLCC....dan baru aku teringat masa tu kita tengah berpuasa tau....hish bulan-bulan puasa aku pegi ke KLCC tengok konsert....hish hish hish....masa tu Dato CT wat pelancaran album dan New Boyz diperkenalkan kot...rasanya....tapi apa yang aku leh nampak pun masa tu...bersesak-sesak dengan manusia satu hape pun aku tak enjoy...aku enjoy masa bunga api meletus je...ha tu seronok....tapi Mie memang jaga aku betul-betul...dah mcam bodyguard dah...dan jiwa aku memang terusik dengan perlakuannya sebab dia sikit pun tak pernah biarkan aku sesorang walaupun masa tu aku nak beli air je, tetap dia teman aku sampaikan kawan perempuan dia yang ikut dia tu ditinggalkannya..hehehehe..masa perjalanan aku nak beli air (dahaga plak nak minum), Mie ikut belakang je...kebetulan aku lalu satu meja tu, ada mamat ni tegur aku ajak join dia...aku cakap terima kasih, dan mamat tu try tarik tangan aku untuk stop aku sebab nak kenal aku...nasib baik Mie ada, kalau tak ketar lutut aku kat situ tak tau nak buat apa...aku takut sebab mamat tu macam laloq minum todi je lagak dia...Mie pegang tangan aku heret aku sambil bebel kat aku, "tulah konon berani sangat jalan sesorang"..dan aku sengih jawab "makasih la, hang la bodyguard aku" hehehe...lepas tu aku terus ajak Mie balik, walaupun konsert lum tamat...dalam keta tinggal aku ngan Mie je tak tido, yang lain dah lelap..sebab aku teman Mie n Mie plak bawak keta (takkan dia nak tido)...jalan masa tu memang jam bergerak pun sikit-sikit je...dan Mie sempat tanya aku, "Kau serius ke dengan si polan tu?" aku jawab, "wat masa ni memang aku sayang sangat diaa, so serius la tu"..masa tu aku rasa hanya kitaorang je yang faham perasaan masing-masing....

Sebab bulan puasa, maka kitaorang pun singgah kat Subang untuk bersahur....dan Mie hantar aku dan housemate aku balik Shah Alam dan masa aku turun dari keta, Mie ngan aku sempat pesan pada diri masing-masing apa-apa  rasa yang ada buang jauh-jauh dan kali terakhir kitaorang keluar sama setahun selepas tu untuk makan tengahhari dan Mie bagitau dia nak kawin...dan tadi setelah bertahun-tahun terputus hubungan, kami baru je bercakap di telefon dan dia sempat tanya aku "Hang dah duk kat Sabah ke?", aku tanya dia balik" Kenapa plak Sabah" dia jawab "Ye lah mana tau kot hang jadi kawin ngan dia, err hang dah kawin ke blom" aku jawab" aku masih macam dulu, single dan dah lama, dah bertahun-tahun dah aku putus ngan mamat tuh" dan kami sama-sama diam, dan cepat-cepat ubah topik lain...

p/s: aku sekarang dalam mod sayu, bila kenangkan aku selalu je gagal bila masuk bab cinta...kenapa ye??

Berehat Untuk ari ini...

Untuk hari ini aku berehat dulu...anatar alasan-alasan yang logik dan boleh diguna pakai ialah:-

1. Masalah kesihatan (perut dan kepala bergilir-gilir minta diberi perhatian, untuk diberi ubat yang sepatutnya)

2. Masalah kekeringan idea (dari semalam idea tak datang-datang disebabkan masalah no.1)

3. Masalah penyakit 'M' menjelma (aku rasa macam malas semacam je, sebab hormon la ni, PMS)

4. Masalah kebosanan (tapi aku suka duduk ngan mak n abah...aku dah start rasa sayu bila pikir kena balik shah alam cukup bulan ni)

5. Masalah gelisah (mana aku na cari duit raya ni??)

Aku rasa cukuplah sampai kat sini dulu, sebelum aku jadi tukang karut yang paling pandai merapu dalam dunia ni...InsyaAllah esok adalah citer lagi...

p/s: serius ari ni hati aku sayu bila pikir aku akan balik shah alam tak lama lagi....

Sunday, August 08, 2010

Asyik Bergaduh Je....

Aku kalau dengar dia mula menjerit aku memang tak tahan.....nak aku bangun, nak menengok (sambil berlagak gaya gayah kepochi) aku tak larat...luka di perut aku ni masih lagi dalam proses pemulihan...dah 3 hari berturut-turut dah aku dengar mereka saling jerit menjerit, saling menyalahkan satu sama lain...dah hilang rasa hormat sebagai sahabat....

Dia kalau boleh bergaduh tu memang jadi rutin hari-harinya....tak kira asalkan ada jiran datang, dia nampak dia mesti ajak bergaduh...kadang-kadang aku pelik kenapa la dia ni suka sangat bergaduh...bukan dengan yang ada kat rumah ni, dengan semua jiran dia bergaduh...nak kata dia macho takde la macho mana sangat....macho lagi Upin...nama pun ntah apa-apa...Kea'...ni dah 3 hari Upin asyik diajaknya bercakaran, saling menjerit, maki hamun...selama ni Upin tak pernah kacau hidup dia...sejak Upin ada hubungan dengan si betina ni dan dah berjaya ada anak luar nikah ni, Kea' merasakan kegagahan dia dicabar....selalu abah je yang jadi tukang lerai....tapi ari ni dia dah tak kacau Upin dah...sebab abah dah standby ngan parang...sebenarnya Kea' ni bukan dengan Upin je diajaknya bergaduh, dengan semua jenis kucing jantan yang ada diajaknya bergaduh...mungkin agaknya hidupnya hari-hari stress....sebab hari-hari dia dengar tuan dia marah-marah...maka Kea' merasakan kalau tuannya boleh buat macam tu, kenapa aku tidak....Kucing pun tau stress, tau tension....

p/s: Entry pendek sebab aku tengah kering idea untuk mengarang....sakit perut.....

Saturday, August 07, 2010

Alarm Clock Baru....

Ari ni cerita aku lain sikit dari yang lain....aku nak cerita tentang alarm clock yang paling unik, yang agak canggih dan kadang-kadang agak menyeramkan sehingga hampir menyebabkan keguguran jantung, tapi kadang-kadang boleh jadi melucukan....aku dah tak perlu dah kunci jam kat handphone aku yang antik nih....aku akan bangun dalam keadaan terkejut yang amat sehingga boleh membuatkan aku lupa aku di mana....

Sejak aku balik kampung ni, tabiat tido aku masih lagi tak berubah...macam biasa waktu aku tido dalam pukul 2 atau 3 pagi...eh aku mana ada tido siang...tak tau la kenapa memang aku susah nak tido nak lelap mata...dan biasanya mata aku akan terbuka dengan sendiri bila pukul 5.50 pagi sehinggalah azan subuh...ntah la...telinga aku ni terlebih peka dengan apa saje jenis bunyi...sebab dah jadi kebiasaan pada waktu-waktu macam tu, akan terdengar bunyi motosikal lalu, mungkin pakcik-pakcik yang nak ke surau...abah sejak mak sakit memang jarang ke surau waktu subuh, kalau tak dulu itulah rutinnya (sempat jugak selit citer abah ngan mak)....oleh kerana aku tengah bercuti, aku akan sambung tido lagi sehinggalah....alarm clock itu berbunyi....Pagi ni bunyinya adalah paling dasyat, paling menyeramkan dan berjaya membuat aku hilang ingatan untuk sementara waktu....aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaargghhhhhhh!!!!!(bayangkan laungan a.k.a jeritan ini dalam nada paling tinggi dan nyaring).....mata aku terus terbuka luas...memerhatikan suasana keliling, cuba mengenal pasti dimana aku sebenarnya...dada aku berdebar-debar kencang...dah rasa macam nak pecah...adalah nak dekat 5 minit aku berada dalam keadaan ni...barulah aku perasan aku ada di kampung, rumah orang tua aku......memang sah takde orang lain yang boleh membuat jeritan macam tu....memang dari dia...dari makcik, jiran tersayang sebelah rumah...memang itulah rutinnya....dan dialah yang selalu meyebabkan aku terbangun tiap-tiap pagi dalam keadaan yang terkejut...dialah yang hampir buat jantung aku gugur...dialah yang selalu menyebabkan aku hilang ingatan sementara....dialah orangnya jiran tersayang yang duduk sebelah rumah aku, tapi terasa macam tinggal serumah dengan dia...tapi dia jiran yang baik, selalu jenguk mak ngan abah, selalu jenguk aku jugak....cuma dia mempunyai nada suara yang paling tinggi yang tak mungkin Jaclyn Victor atau Ziana Zain atau Black atau Mohd atau penyanyi-penyanyi yang bernada tinggi boleh menandingi nada suara dia....

Sempat jugak aku tanya mak, memang ni ke rutinnya hari-hari dan mak mengiyakannya...tapi aku dan mak sama-sama setuju kalau takde dia memang sunyi sangat-sangat rumah kitaorang...hehehehe...takpelah aku pun suka juga ada suasana riuh rendah...lagipun bukan sepanjang masa....

p/s: tapi kalau korang jumpa makcik ni mesti terkejut dengan saiz dia....hehehehe...

Friday, August 06, 2010

Dia...Tiada Galang Gantinya....

Tajuk bunyi macam orang yang setia rindukan seseorang je....Ada apa-apa ke ni? Ni mesti ada apa-apa....Siapalah yang dah buat kau setia tu? Sedikit sebanyak mesti soalan-soalan ni ada bermain difikiran...yelah.."Dia..Tiada Galang Gantinya". Fuh Dasyat tuh.....

Dia yang aku maksudkan tu emak aku a.k.a mak....yang telah melahirkan 5 orang anak, yang telah banyak melakukan pengorbanan dalam memberi kebahagiaan untuk rumahtangga yang dibina....yang bersedia berkorban apa saje untuk kebahagiaan anak-anaknya....La kenapa plak nak tulis tentang mak nih...bukan Hari Ibu...eh aku nak menghargai mak takkan lah nak pada hari ibu je..hari-hari lain pun boleh jugak...mak kalau ngan aku kekadang kitaorang ni boleh jadi kawan baik, boleh jadi musuh....jahat benar bunyinya bila aku kata mak aku jadi musuh aku....bukan musuh apa pun...aku ngan mak kekadang tak sepakat, tak sependapat....selalu je kata-kata mak aku bantah...aku memang macam tu, lebih sejuk dengan abah, panas sikit ngan mak...

Tapi aku tau mak ni sabar orang nye (nama mak pun ada kaitan ngan sabar)....seingat aku sepanjang 34 tahun aku hidup....mak aku adalah wanita yang paling sabar, paling baik dan paling suci hatinya...buatlah apa pun pada dia, fitnah lah apa pun pada dia, umpat la apa pun tentang dia...tak pernah satu pun mak simpan dendam...kalau mak kecewa ngan anak-anak dia, tapi cepat aje dia maafkan...paling lama aku rasa dua bulan...lepas tu hilang lah marah mak tu....kalau nak diingatkan macam-macam dah mak lalui...dari masa zaman mak anak dara sampailah mak dah jadi nenek....kalau kekawan aku kata aku ni kuat semangat mak aku laaagiii kuat semangat dia (eh bukan aku perasan la, kekawan aku yang selalu cakap)....mak dulu sebelum keje dengan jabatan kerajaan, mak pernah bekerja disawah, memotong getah....sebab mak adalah anak sulung, jadi mak pegang tanggungjawab bagi nak memastikan keluarga dia, adik-adik dia dapat makan untuk isi perut...Arwah atuk (ayah mak) meninggal lebih awal...mak pernah dikejar orang dalam kebun getah...tapi syukur Alhamdulillah mak selamat...

Bila mak dapat tawaran bekerja di jabatan kerajaan, iaitu dihospital Kuala Lipis...kat situ lah mak bertemu jodoh ngan abah...mak jadi menantu kesayangan...mak memang seorang menantu yang baik yang diperakui oleh adik-adik iparnya...mak jaga arwah nenek (aku panggil wan, mak pada abah aku) sampai akhir hayat dia..Pengorbanan mak yang paling besar bila mak melahirkan anak dia yang sulung, dia terpaksa, aku ulangi terpaksa serahkan anak perempuan dia tu a.k.a kak long pada makcik aku iaitu adik mak aku yang kedua...sebabnya diaorang yang kahwin lebih dulu dari mak takde anak...masa tu umur kak long 6 bulan...puncanya masa tu ketiadaan pengasuh, jadi mak hantar ke kampung...ramai yang mempersoalkan kenapa mak sanggup serahkan anak pada orang lain...aku pun pernah mempersoalkannya (tak patut betul aku buat macam tu)....mak pernah menangis kerana itu sebab hati dia terlalu terluka...mak kata mak buat semua tu sebab nak jaga hubungan persaudaraan, nak pastikan tali persaudaraan tak terputus...abis nak buat macam mana kalau suami mak ngah aku cakap tak nak balik kampung dah kalau mak tak nak bagi kak long kat diaorang....bayangkan berapa bulan mak sasau lepas tu....mak menangis setiap malam....nasib baik abah tetap setia teman mak....

Lepas tu mak lahirkan abang ngah, pastu aku, Aam dan last sekali adik....Mak memang selalu pening kepala dengan kitaorang...nakal....tak payah nak cakap....pernah mak kejar abang ngah keliling rumah quarters, pukul aku ngan getah paip, kejar Aam yang selalu menyorok dalam gulung tilam...adik je yang tak pernah kena apa-apa...anak bongsu....Lagi satu mak kalau bab memasak memang nombor satu...air tangan mak terutamanya kalau mak masak gulai tempoyak ikan patin boleh buat orang jilat jari sampai siku....rendang mak sampai sekarang, sesiapa je yang datang rumah kalau hari raya mesti tanya, mesti cari....mak letih kerja macam mana pun, balik rumah mak mesti masak...tapi bakat memasak mak tu tak sepenuhnya aku dapat...adik ipar aku (isteri Aam) yang kalau masak agak setanding ngan mak....Dulu-dulu aku selalu bengang kalau mak leter kat aku suruh buat itu, buat ini, suruh tolong dia kat dapur....tapi bila aku kenang-kenang  bila duduk jauh dari mak, apa yang mak leterkan tu semuanya berguna...tapi makin kitaorang dewasa perwatakan mak makin berubah...dari seorang yang garang dengan anak-anak, mak jadi lebih tenang...mak dah jarang marah-marah....bagi mak sebagai anak yang dah dewasa, patut dah tau nak buat apa....dah boleh fikir....mak dah malas nak bentak-bentak....

Mak ni kalau kat kampung aku, boleh dikatakan orang kuat dalam kenduri...mak seorang yang paling cergas dan cekap kalau buat keje-keje dapur....mak paling ringan tulang dalam menolong orang...tak pernah berkira...dan kawan-kawan mak kat kampung nih, memang tak boleh kalau mak takde kat kenduri...diaorang cakap mak orang penting....tapi sekarang mak dah tak macam dulu....lepas mak kena strok mak dah tak aktif dah macam dulu...sekarang masa mak banyak abis kat umah....tapi bila mak sakit macam ni, memang kawan-kawan mak tak penah lupa mak...tu sebab aku kata, mak orangnya baik...bila mak sakit macam ni, baru aku nampak sifat yang tersembunyi....mak sebenarnya orang yang manja...terutama kalau dengan abah...kalau dulu-dulu mak takde lah nampak sifat cemburu dia...sekarang nih kalau abah usik-usik, memang muka mak berubah..silap haribulan boleng nangis...dah seminggu aku tinggal kat kampung ni, memang aku nampak, kalau nak makan pun mak tetap tunggu abah, walaupun aku tau mak dah lapar masa tu..memang masa mula-mula mak sakit, aku, Aam dan adik aku yang bongsu kitaorang jaga mak...tapi bila mak dan abah mintak balik kampung, abah yang jaga mak...mak akan jadi cemas kalau abah tak sihat...mak kata susah, nanti siapa nak jaga mak...kadang-kadang mak nangis bila kenangkan dia terpaksa susahkan semua orang....aku tau kadang-kadang mak makan hati ngan kitaorang bila ada masa kitaorang tarik muka depan dia...tapi mak tak pernah merungut bila dia jaga kitaorang bila kitaorang sakit atau demam....masa aku operation pertama kali dulu, semua mak buat untuk aku..tak pernah pun merungut...

Itulah sebab aku kata, mak tiada galang gantinya...dia tetap satu takkan sesiapa pun boleh ganti tempat dia...kalau mati nanti pun nama mak kita yang akan disebut...Kalau nak aku ceritakan tentang mak, sampai dunia ni kiamat belum tentu abis...Bohong kalau ada anak tu kata dia benci mak dia...walau macam mana pun mak kita..dia tetap mak..orang yang pernah bawak kita dalam perut dia 9 bulan 10 hari, orang yang pernah bertarung nyawa untuk lahirkan kita..itu lah sebab "SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU"

p/s: azam aku dah tak nak amkan nasi waktu malam....












Thursday, August 05, 2010

Jodoh dan Perkongsian

Nape tak kawin-kawin lagi ni? Nape kau pilih dia? Jawapannya mesti dikaitkan ngan jodoh...Malah kalau kita bercerai pun kita akan cakap jodoh sampai disini je....Ada lagi soalan...Sudikah awak berkongsi hidup ngan saya? Sanggupkah awak berkongsi susah senang ngan saya?  Kalau masa tengah bercinta, masa kentut tengah wangi (itu orang tua-tua selalu sebut), tengah dilanda ombak asmara...jawapannya mestilah saya sanggup...tapi betul ke bila kita berjodoh (err betul ke suku kata nih) maksudnya kita dah sedia untuk berkongsi hidup, berkongsi segala-galanya...

Nape tetiba je aku nak sangat bercerita topik ni? Aku nak kawin ke? Ala bukannya sebab aku nak kawin, belum sampai jodoh aku lagi untuk ada perkongsian ngan seseorang yang boleh digelar suami....Ceritanya macam ni, petang tadi masa minum petang, sambil makan maggie goreng abah masak...aku borak-borak la ngan mak dan abah...yelah sebelum ni aku ada tulis entry tuk abah...sambil makan (serius sedap maggie goreng tuh)aku tanya abah...nape abah sanggup jaga mak? Abah jawab sebab sayang...aku tanya abah ye ke? Ye lah abah jawab ngan penuh confident...Biasalah bila dah banyak tanya, mesti sedikit sebanyak abah ngan mak imbas balik dari zaman sebelum mereka dijodohkan...

Kenangan itu mengusik jiwa...hehehehe...Mak aku ni sebenarnya masa zaman solonya, badan dia agak berisi (aku pun berisi gak)...Abah plak badan dia memang kurus, slim...tapi kata abah mak aku walaupun berisi tapi lawa macam hidustan....mirip pelakon Arwah Roseyatimah pun ada...tapi abah kata inilah yang dikatakan jodoh...abah kata lagi kalau dah memang tersurat, tertulis dia adalah jodohku, lari kemana pun dia tetap jadi jodoh kita...kecuali kalau maut datang menjemput...ha tu pulak kita namakan takde jodoh...tu kata abah la kan....ye la bila dah berjodoh ni, maka bermulah hidup berkongsi...segala-galanya...itu kata mak...dah kahwin, bergelar suami isteri kenalah berkongsi...Bergilir-gilir mak ngan abah bagi rahsia kebahagiaan rumah tangga diaorang...bukan tak pernah dilanda badai...kalau tak takdelah pepatah menyebut sedangkan lidah lagi tergigit ye tak? Apa yang penting kerjasama (dah lagu wonder pets terngiang2 kat telinga nih), muafakat, jujur dan tiada rahsia antara kita....itu kata mak dan abah...dulu-dulu abah kata masa mula-mula kawin hidup takdelah senang sangat...tapi dari segi perbelanjaan rumah dan segala hal yang berkaitan, mak dan abah selalu berbincang....dan yang paling penting kata  mak, kita kena percaya dengan suami kita....dan abah kata suami kena percaya dan sentiasa jujur dengan isteri....sebab itu sampai sekarang mak tak boleh berpisah dengan abah dan abah tak leh tido kalau mak takde ngan dia...mana ada mak, abah pun kat situ...mana ada abah, mak mesti kat situ...kalau abah sakit, mak dah mula risau, resah...kalau mak sakit, abah dah mula jadi tak keruan....

Sedikit sebanyak, mak ngan abah bagi petua untuk rumahtangga yang bahagia....adatlah kalau bertengkar, bergaduh, menangis...itu asam garam hidup berumah tangga...kita sebagai anak-anak ni ada peluang cuba-cubalah rapat-rapatkan diri dengan orang tua kita...cerita hidup, pengalaman diaorang ni kekadang leh mengajar kita erti kehidupan....Bila ada jodoh...kenalah terima hakikat hidup ni kenalah berkongsi...ye aku tau tak semua anak-anak ada peluang macam aku...tapi kalau tak bercerita, dari pengamatan kita  bila kita melihat sendiri rumah tangga ibu bapa kita, bagi aku yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan....
 
p/s: Aku ni bersedia ke nak berkongsi segala-galanya kalau ada jodoh?  Bisiskkan ditelinga...Jawablah dihati....








.



Wednesday, August 04, 2010

Dia Satu Dalam Sejuta....

Dia satu dalam sejuta...mesti tertanya-tanya...siapa dia tu? VVIP mana? Pemimpin mana? Ahli Politik ke? Jawapannya bukan...tak betul tu....semenjak dua menjak aku selalu lepak dalam sarang aku ni...aku memang suka je nak update blog aku ni...aku rasa kalau aku rajin harus dua, tiga entry satu hari...hehehehe

Ari ni, saat ni, aku nak tulis tentang dia yang sangat aku sanjung, yang selalu aku jadikan contoh, yang paling aku hormati dan yang paling aku sayangi....zaman sekarang ni aku rasa susah nak cari orang seperti dia, hmmm kot aku ada berteman rapat pun nak cari ciri-ciri macam dia memang susah...ye lah betul tu mana ada pelanduk dua serupa...bukan nak cari betul-betul serupa..apatah lagi yang macam pelanduk...hehehehe....

Mak aku ada cakap bila aku berborak dengan dia...macam aku buat survey la tu...konon tanyakan orang yang lebih pengalaman hidupnya dari aku...itu semua rezeki...mungkin rezeki mak aku dikurniakan seorang suami yang memang penuh tanggungjawab...sejak mak kena strok...abah (ye dia la yang aku cakap satu dalam sejuta) yang amik semua tanggungjawab...pendek kata abah dah jadi super power surirumah tangga...bukan senang nak cari suami macam ni...inilah baru dikatakan susah senang tetap bersama...pendek kata dari keje memandikan mak sampailah semua keje-keje umah yang ada abah yang buat...ni tambah aku pulak yang baru lepas operation....makan minum aku pun dia kena jaga...kadang-kadang aku kesian, aku ada juga wat keje2 kecik sendiri...tapi kena marah...degil katanya...tunggu sihat betul katanya...hehehehe...abah aku sekarang ni dah terror memasak...tapi abah dari dulu memang pandai memasak...cuma sekarang ni lagi pandai...contohnya semalam abah masak gulai lemak ikan masin dan pucuk ubi...mak aihhh sedap sangat2...nasi minyak, nasi goreng, mi kari usah cakap lah....memang thumbs up....basuh kain, lipat kain, kemas rumah semua abah buat..tau tak abah tu ada penghidap kencing manis, darah tinggi, jantung, paru-paru problem dan baru-baru ni abah kena kuning...dalam ada penyakit-penyakit tu abah tetap gak mampu jalankan tanggungjawab dia...banyak dugaan abah, akhir tahun lepas abah baru je menjalani pembedahan buang jari kaki kelingking dia sebab kencing manis...alhamdulillah abah pulih....lepas tu lah mak kena strok....dan abah amik alih semua keje2 yang penah mak buat...susah aku nak terangkan dalam diari ni macam mana abah tu...cuma yang aku boleh cakap abah memang satu dalam sejuta...

Sekarang aku rasa susah nak cari lelaki macam tu....ada tu ada...tapi susah sangat...cuma aku dapat lihat adik beradik aku yang lelaki ikut perangai abah...ringan tulang tolong bini-bini diaorang tak kiralah jaga anak ke, tolong masak ke....cuma belum sampai tahap abah je....hehehehe...
p/s: kalau ada anugerah ayah mithali, aku memang nak calonkan abah....ada tak?



Tuesday, August 03, 2010

Diari Hidupku: Pengalaman Itu Memang Berharga....

Diari Hidupku: Pengalaman Itu Memang Berharga....: "Aku belum pernah mengalaminya...malah aku belum pernah melaluinya tapi bagi aku ini adalah pengalaman paling berharga dalam hidup... Hari n..."

Pengalaman Itu Memang Berharga....

Aku belum pernah  mengalaminya...malah aku belum pernah melaluinya tapi bagi aku ini adalah pengalaman paling berharga dalam hidup...

Hari ni genap hari yang ke 9 selepas selamat melalui pembedahan....ada lagi 21 hari sebelum next appointment dengan doktor....ini adalah kali kedua aku melalui pembedah...kali pertama 14 tahun yang lalu itupun umur aku masih remaja, waktu aku belajar di ITM Melaka...masih aku ingat masa tu, tiba2 je aku mengalami sakit perut yang amat2 sangat...rasa nak terpisah nyawa ni....Alhamdulillah aku ada roommate yang sangat2 prihatin sehingga sekarang....terima kasih tuk Sally, Masterq dan Ana yang pada masa tu kalau nak diingatkan pakaian korang memang comel sangat..terutama Sally...hehehehe...kalau nak diimbas 14 tahun yang lalu memang aku tak berapa nak ingat pengalaman dibilik bedah....banyak dah yang terlupa...

Pada 26hb Julai 2010, jam menunjukkan 10 pagi, aku telah pun disiapkan oleh jururawat bertugas untuk dibawa kebilik bedah...sebelum tu Dr Norleen telah pun buat penerangan ringkas....berdebar hati aku masa tu tak yah nak cakap...sebelum aku betul2 berada dalam OT saku telah diberi penerangan ringkas oleh pakar bius (aku dh lupa plak namanya)...aku meminta untuk ditidurkan sepenuhnya...bukan apa, memang la aku ni berani tapi mana la tau aku panik ke masa tu kan...ok..10 minit kemudian aku dibawa ke OT...bertambah lagi rasa berdebar aku nih...aku rasa macam nak pitam masa tu...tak lama pas tu prosedur untuk bius dijalankan...aku diberi suntikan epidural untuk pertama kali dalam hidup aku....boleh tahan sakit gak suntikan tu...sedikit demi sedikit rasa kebas mula dirasai bermula dari pinggang hinggalah ke kaki...kemudian aku pun dibaringkan, prosedur memasang salur kencing dan juga aku diberi suntikan ubat tidur dilakukan serentak...oleh kerana aku dalam keadaan sedar lagi, so aku buat2 pejam mata bila doktor memulakan semua prosedur2 yang sepatutnya...bukan apa aku malu....mana tak malu tubuh badan aku ditonton oleh orang2 yang aku tak kenali langsung...doktor ada tanya, dah tido ke? sempat aku jawab belum lagi....hehehehe...pastu aku pun dah tak sedar apa2...sedar2 je aku masih lagi dalam OT, doktor tengah buat final touch up (hehehe, ye la tu) sebelum perut aku ditutup sepenuhnya....kemudian aku ditempatkan di recovery room, setelah semua tabil barulah aku dimasukkan ke wad kembali....

Bila dah sampai wad, aku dah mula rasa kebas tu hilang dan rasa sakit di perut yang amat sangat...mula la nak nangis masa tu...nasib baik masa tu adik ada...aku diberikan suntikan untuk tahan sakit, lambat jugak la berkesan ubat tu...then adik aku yang sorang lagi datang...masa tu rasa lalok dah melanda...aku rasa ngantuk yang amat sangat bercampur ngan rasa sakit....memang kalau sesape ada masa tu aku dah tak mampu nak bercakap, kejap je aku dah tido....then aku sedar balik, adik aku dah balik dan kawan aku sally datang...hehehehe..tq untuk belon yang comei itu..oleh kerana rasa sakit dan ngantuk masih ada, aku apa lagi tido lagi....kul 6, sesedara mara, masterq dan yati pun sampai...penuh gak la bilik aku masa tu...terima kasih semua yang datang melawat...then pukul 8 macam tu adik2 aku sampai...so takdelah sunyi sangat aku masa dalam wad...

Esoknya aku mula terasa sakit lagi...menangis sorang2...kemudian cuba tuk berjalan...tak yah la nak cakap betapa sakit nya masa tu...hampir2 pitam aku dibuatnya...rasa macam nak terbuka semula jahitan kat peurt nih...hish mcm mana lak wanita-wanita yang dibedah lepas tu ada anak untuk dijaga...memang aku respect diaorang...sedangkan aku ni walaupun melalui prosedur yang sama takde anak untuk digendong, rasa serik dah tak nak dah aku melalui lagi pengalaman ni...cukuplah kali ni....nak bangun, nak berjalan kena berhati-hati...memang la kau rasa nak menangis je bila kekadang rasa sakit tu menyerang...memang inilah pengalaman yang paling berharga dalam hidup aku...walaupun aku belum pernah mengandung (ye lah aku mana ada suami lagi), tapi aku dah melalui pengalaman seperti wanita bersalin yang melalui pembedahan....

p/s: Terima kasih untuk adik-adikku Izhar, Aam, Lin, anak-anak sedaraku Haziq dan Hazim, teman-temanku Sally, Masterq, Linda ( yg tolong mandikan aku), Dyana, Kak Ina, Sya (walaupun dlm pantang ada gak datang), Yati (temankan aku sampai pagi), Ema (tolong belikan bubur nasi yg sedap dan sudi antar aku) dan makcik ku yang sudi melawat dan menjaga aku dirumahnya untuk 3 hari...terima kasih banyak atas keprihatinan kalian.....(mod terharu ni)

Friday, July 23, 2010

Seronok ke Hidup Bujang??

La seronok ke hidup bujang nih?? Seronokkkk...itu kata aku....orang alin aku tak tau la...sebab macam aku nih bila aku nak keluar, bila aku nak balik, mana aku nak pegi, mana aku nak makan, kawan ngan sape, tu semua keputusan aku sendiri...tak yah nak tanya sesape, tak yah nak mintak izin sesape...hehehehe...tapi sebenarnya sebagai manusia diberi peluang untuk mencorakkan kisah hidup kita dari satu kanvas putih sampai la mempunyai warna-warna yang digabungkan untuk menjadi corak dalam sebuah kehidupan...

Bagi aku apa yang aku paparkan ni adalah satu pengalaman indah, pahit, manis, masam dan kelat yang mana ingin aku simpan dalam blog yang simple ni supaya aku sentiasa ingat apa yang pernah terjadi dalam kehidupan aku sehari-hari ni....aku ni sebagai manusia kekadang pelupa mengalahkan org yg dah tua sangat....jadi bila aku nak ingat apa yang pernah terjadi kat keliling aku, so aku boleh la rujuk blog aku nih....

Hidup single ada juga kelebihan ada juga kekurangan....bagi aku, aku tengah berada dalam 'comfort zone' yang mana aku rasanya lebih senang hidup tanpa komitmen...eh saper kata aku tak nak teman...aku nak...cuma untuk satu kehidupan yang perlu komitmen aku tak yakin aku mampu....susah ke nak cari teman...teman ada banyak kategori, yang mana satu? Teman untuk suka-suka, teman istimewa atau teman untuk selamanya? Aku tak nafikan aku ramai teman....tapi teman yang untuk selamanya tu je masih belum aku jumpa...bagi aku, aku macam takde luck untuk betul-betul bercinta...kenapa? Adik-adik aku cakap aku ni memilih, kekawan rapat aka kawan baik aku cakap menda yang sama...mana ada aku memilih...siapa la aku tuk memilih, cuma diaorang tu semua yang tak nak pilih aku...aku ni tak layak pon nak memilih....Memang tak dinafikan bila lihat mereka yang terdekat dengan aku dikeliling aku ni ada family, ada anak-anak....aku cemburu...tu lah aku cakap sape kata seronok hidup single, memang tak seronok cuma aku rasa selesa hidup begini wat masa ni...

Aku cemburu ke? Eh aku ni kan manusia, memang la jauh disudut hati aku ni perasaan cemburu tu ada terpalit....harus tak cemburu,kalau mak ayah aku dulu sedang umur aku ni, anak-anak dah ada kat sekolah rendah...aku sampai la ni bayang anak pun takde...ye lah macam mana nak ada bayang anak, kalau bayangan calon suami pun takde...tapi bila aku fikir-fikirkan hidup macam ni sekurang-kurangnya bila aku balik umah aku takde la sibuk nak layan penat orang lain, hanya aku perlu pikirkan layan penat aku..tak payah aku nak pikir ari ni balik nak masak, nak kemas umah, nak gosok baju dia, baju aku...cukup aku pikirkan pasal aku je...amboi amboi...pentingkan diri nampak...bukan aku pentingkan diri....macam aku cakap tadilah aku tengah syok ada dalam 'comfort zone'....

Tapi bila hidup berkeluarga, hidup berpasangan at least kita ni ada juga tempat nak mengadu selalu-selalu...tempat nak merengek-rengek...tapi aku rasa tu semua sementara je kot...sometime we will say "give me some space"...bila ada suami, tak semestinya suami tu betul 100% yang macam kita harapkan..bila ada anak-anak, sometime boleh jadi teman gaduh macam kita gaduh ngan kekawan jugak..tambah bebudak sekarang ni...bijak-bijak bila bab menjawab ni...bila tengok kekawan aku yang memang rapat bangat...aku rasa macam boleh dibukukan kisah hidup kitaorang....aku, dia, dia dan dia memang ada kisah hidup kitaorang yang bagi aku unik, tiap kisah hidup kitaorang memang ada tergolong dalam setiap satu kategori yang ikut teori aku sendiri untuk dikategorikan..tapi aku tak tau la orang lain macam mana...tapi apa yang aku tau memang takde perkara atau kehidupan yang benar-benar sempurna...cuma kita sebagai manusia macam aku kata awal-awal tadi pandai-pandailah nak buat corak yang macam mana....

p/s: masih lagi menghitung hari......

Thursday, July 22, 2010

Semakin Hampir....

Aku dah mula menghitung hari...bila dihitung tinggal 3 hari je lagi...makin lama makin berdebar-debar plak....tapi ni bukanlah kali pertama...ni dah kali kedua, tapi debarannya makin kencang...aku seboleh-bolehnya cuba memenuhi keinginan tekak...hehehe..terima kasih pada teman yang sudi bawak aku makan satay, dah dua kali....

Lately aku cepat je emosi, kekadang sensitif terlebih...nak melawan rasa sakit yang aku rasai kekadang agak terlampau gak lah...hmmm...aku masih tetap menghitung hari hingga ke saat itu....

p/s: nape isi blog ni mcm boring je, sebab aku tgh kering idea....

Wednesday, July 21, 2010

Kisah Pendek....(err Cerita Pendek rasanya...)

Kisah 1

Aku memang tengah pening sekarang nih...nape la 2,3 hari ni aku asyik buat dia jadi marah kat aku...sepatutnya aku yang marah dia...tapi alih-alih aku yang kena marah...siap tau pulak tu aku tengah bohong kat dia...hish pakai hantu raya ke dia nih...dah kesudahannya dia merajuk la pulak ngan aku ari ni...dia marah sebab bila dia call aku je, aku tak concentrate dengan dia bila bercakap..aku macam tak minat nak bercakap ngan dia...tapi sebenarnya bukan aku tak minat, bukan aku tak concentrate...aku confuse sesangat ngan dia....bila aku confuse aku takde mood, bila aku takde mood aku malas nak cakap...aku wat alasan yang aku dah tido...eh eh eh...dia tau plak yang aku belum lagi tido...dia kata aku tgh sibuk berchatting kat YM, dia kata aku tgh online...adusss...memang itulah aku tengah wat...tapi aku juga yang rasa bersalah...kesian gak dia call aku dari jauh...tapi dia kena faham...waktu kita berbeza...tapi memang aku confuse betul sekarang nih..aku memang confuse sesangat....setelah apa yang dia cakap semalam tu..sampai ari ni aku confuse...serius aku confuse....

Kisah 2

Dia ni memang kelakar....kelakar sangat....dia memang nak berkawan ngan aku dan aku setuju untuk jadi kawan dia...so kita orang berbual di talian cyber...tapi aku tau dia lelaki yang mulutnya manis...eh belum apa-apa nak ada serius relationship ngan aku plak..relaks la broder..aku cakap...dia kata ok, nak aku jadi kawan baik dia..aku pun ok je lah...sampai la satu saat aku online dia pun online....dia tegur aku jawab...dia kata dia ada kat sini...aku pun kata ok...dia kata dia nak jumpa aku, aku pun kata aku tak free...dia kata bila aku free..aku pun apa lagi kata la aku ni tak sihat so x nak jumpa dia...pastu aku pun sibuk ngan hal lain...takde lah aku jawab dia dah...sebenarnya bukan apa aku malas nak layan...eh eh nak tau apa dia cakap kat aku...dia anak raja (masa tulis nih aku tengah gelak sambil sengih-sengih)...putera raja katanya (tapi dia bukan putera raja negara ni, putera raja luar negara sana)...dia kata dia nak la aku tunjuk respect sikit kat dia...eeee takutnya aku...so aku cakap aku tak sesuai jadi kawan dia sebab aku tak reti nak behave ngan keluarga diRaja nih...pastu dia kata dia just nak jadi kawan aku..aku kata boleh..jadi kawan chat aku jelah...la dia tak puas hati dia marah aku...dia kata kat aku, aku tau tak apa yang aku cakap tu...eh of course la aku tau kan...dia kata aku sedar tak yang dia boleh beli apa saje untuk aku kat atas muka bumi nih...hehehehe aku masih lagi gelak sampai sekarang...tak tau la aku nak kata apa dah...biarkan je lah Luncai terjun ngan labunya....hehehehe....

P/s: cukuplah dulu dua kisah ni aku tulis...kalau ada lagi aku paparkan, tapi biarlah ianya sesuai untuk tatapan umum je...hehehe

Monday, July 19, 2010

Setelah Setengah Tahun Berlalu.....

Setelah setengah tahun berlalu, aku masih lagi disini...tapi dalam tempog setengah tahun ni dah terlalu banyak dugaan yang aku lalui....terlalu pendek aku rasakan dengan masa-masa yang berlalu...Lepas satu, satu dugaan yang dilalui...dan aku sedar dugaan yang diberikan adalah semata-mata bagi mengingatkan aku supaya sentiasa kembali taat dan sujud pada yang SATU...Allah yang maha berkuasa, mencipta segalanya dengan segala satu kisah dan hikmah yang tersembunyi disebaliknya....

Pada akhir tahun 2009, kami sekeluarga diduga, abah yang disayangi terpaksa melalui satu pembedahan, hujung jari kaki terpaksa dibuang akibat sakit kencing manis yang dihidapi sejak berumur akhir 30an...(aku dah lupa umur yang tepat)...Kemudian dugaan datang berkunjung lagi untuk kami sekeluarga, kira-kira seminggu selepas bercuti tahun baru cina, Mak pulak telah diserang strok sehingga menyebabkan dia tak boleh berjalan...Kira-kira hampir 2 bulan jugaklah mak tak boleh bangun untuk melangkah hanya mengharapkan kami anak-anak untuk membantu...Namun begitu aku bersyukur kerana dikurniakan dua orang adik lelaki yang sangat tahu akan apa itu tanggungjawab...sikap mereka yang boleh ku anggap sebagai lebih matang dari aku sebagai seorang kakak amat-amat aku sanjungi....

Tak usah lah aku ceritakan kisah pahit yang ada sehingga mengguris perasaan kami sekeluarga, juga kisah aku yang hampir kehilangan kawan yang rapat hanya kerana kita sebagai manusia yang lumrahnya sentiasa melakukan kesilapan dan kekhilafan dalam hidup...

Kini aku diduga lagi..baru je rasanya aku ingin melalui kehidupan yang mula kurasakan stabil, gelora dugaan sekali lagi melanda...ya mungkin ada yang menganggap apalah sangat dugaan tu kalau nak dibandingkan dengan yang lain...aku coretkan hanya sekadar ingin berkongsi rasa hati yang pada saat aku menulis di blog ni, bercampur-campur....aku ada cita-cita yang ingin aku penuhi, aku ada perancangan yang perlu aku capai matlamatnya, tapi malangnya ia terpaksa terhenti seketika bila aku mengalami masalah kesihatan...kesakitan yang aku alami, hanya diri ini saja yang tau betapa aku terpaksa melawan rasa itu, tidak melayan rasa itu...InsyaAllah pada 26 Julai nanti aku akan menjalani pembedahan bagi memastikan kesihatan aku akan kembali pulih seperti biasa...

Kepada keluarga, teman-teman terima kasih diucapkan atas sokongan dan semangat yang diberikan...kalau tak kerana ni, aku rasa blog aku ni sampai bila-bila bersawang, berhabuk seperti dulu...InsyaAllah aku akan mula menulis di blog yang kini telah ku touch up menjadi satu wajah yang baru...

Monday, January 19, 2009

Susah ke Senang, Senang ke Susah?

Hidup nak senang tapi tak nak susah
Hidup nak mewah tapi tak nak susah
Hidup nak disuap sebab tak nak susah
Tapi bila susah tau pulak tak nak susah

Bila dah senang tak nak susah
Bila dah mewah tak nak susah
Hidup sentiasa begitu
Tapi bila senang lupa pulak masa susah

Susah ke senang, Senang ke susah
Pilihan senang atau pilihan susah

(Termenung....)

Monday, January 12, 2009

2009 Detik detik permulaan

Tahun 2009 bermula dan bermaksud umur aku ni dah meningkat lagi...siap la aku kalau jumpa ngan makcik2 n pakcik tercinta soalan yg paling senang di tanya dan yang paling susah di jawab tu lah yg paling malas aku dengar...

Aku cuma harapkan tahun ni akan ada sinar baru untuk aku...dan kejayaan2 yg aku impikan akan tercapai tahun ni..setelah tahun lepas terlalu banyak kegagalan yg harus aku terima....

Sunday, September 21, 2008

Masalah Yang Di Cari atau Mencari Masalah?

Tajuk ke atas tu bunyi macam berat tapi aku bertanya pada diri, masalah yang dicari atau mencari masalah..ada beza ke? Aku akan hilang seseorang atau kehilangan seseorang? ada beza ke?

Hidup aku memang dah ditakdirkan perjalanannya tidak mudah...sentiasa ada sahaja dugaan dan halangan..Kebahagiaan? ntahla...au bahagia tapi au sering gagal...gagal dalam erti kata percintaan..tapi betul ke aku bercinta..atau aku gagal berkasih sayang..tapi ada beza ke?

Nasihat dan menasihati ada gak lah bezanya...tapi kepala aku memang semak bila dah melibatkan perkara dalam kasih sayang dalam cinta...aku tanya lagi aku sengaja mencari masalah atau masalah yang dicari...

Aku pening..aku malas nak fikir...takpe nanti2 aku fikir lagi...

Monday, August 11, 2008

Cinta Untukmu.....

Kisah ini kisah benar, mendengar cerita dari teman baik....sayu rasa hati apatah lagi setelah mendengar lagu "Cinta Untukmu"....Betapa kasih dan cinta seorang suami kepada seorang isteri sanggup memberikan segala, seluruh hidup kepada si isteri....Mengalir airmata tanpa akusedari tatkala mendengar suara si suami menyanyi begitu mendayu sekali....Ya Allah sekiranya aku yang dikurniakan seorang lelaki yang begitu menyayangiku seluruh hidupku takkan ku sia-siakan kasih sayangnya...Tapi malang bagi si suami, kasih sayang, cinta juga kesenangan yang diberikan kepada isteri telah dicemari apabila si isteri curang setelah bertemu semula keka sih lamanya....Kerana perasaan amarah yang teramat, si suami telah membunuh isteri dan kekasih, lalu tersedar dunianya telah gelap....si suami menyerahkan dirinya lalu telahpun dihukum gantung dan telah pun menjalani hukumannya pada tahun lepas...aku berulang2 mendengar lagu Cinta Untukmu yang telah dicipta oleh suami ketika berada dalam penjara....

Bagi aku ini suatu pengajaran seperti mana dalam lirik lagu tu ada menyebut pengajaran dalam percintaan.....sekarang aku perlu tahu apa sebenarnya erti kasih dan cinta yang sejati....cukuplah kuluahkan setakat ini...airmata kembali mengalir kerana aku pernah merasakan bagaimana kucurahkan kasih sayang dan akhirnya kekasih yang ku puja dan kasih pergi bersama kekasih yang lain....Kami ada persamaan cuma penyudah dan situasi berlainan....aku sedekahkan al fatihah kepada si suami moga segala taubat dan penyesalannya dapat diterima oleh Yang Maha Kuasa....Amin....

Friday, March 28, 2008

Ponteng

Apa la nak jadi ngan aku ni...memanjang ponteng klas...nak ngabihkan satu paper ni punyalah susah....aku dh rasa terseksa dh ngan perangai aku sendiri...sebenar2nya aku bukan malas....tp aku terlalu letih (alasan ke ni yek?)...beban keje yg terpaksa menggunakan otak dan juga tenaga fizikal aku....rasa mcm dh tak sanggup....kalau tak kerana komitmen aku tiap2 bulan kena bayar sana sini (sape suruh berhutang)...maleh dh nak keje...dok kt umah makan tidur baring tgk tv....tp sape la pulak nak menanggung....
Dgn kawan2 chatters aku pon aku dh jarang nak berbual...apa lagi aku nak ngomen kat blog masing2...aku tgk adik beradik kembor tu dah advance dh blognya...canggih bebenor...aku mcm tu je lah....mcm2 gambor dah ada..kekadang tu aku rasa aku dh mcm jauh dr teman yg selalu teman aku masa aku sunyi dulu....tapi aku tau dorang mesti paham...keadaan aku yg tak mengizinkan aku nak mcm dulu....aku kalau ada masa pun hari jumaat lepas waktu opis...itu pun kekadang je...ntahlah....apa kesudahan hidup aku yg sentiasa havock ni aku pun tak tau...

Friday, March 07, 2008

Ish dah lama tak masuk blog, punya best menaip...alih2 tak leh nak post.....abih semua idea yg aku tulih...member2 blog aku tak penah lupa..masa je skrg ni tak mengizinkan aku nak masuk blog nak menulis...lagipun kalau aku dh start bercerita panjang sampai hujung tahun depan blom tentu habis...pengajaran yg aku dpt dlm permulaan suku tahun 2008 ni, jgn percaya org sangat2 walaupun kita dh kenal dia dr kecik, walaupun penah jadi kawan...alih2 tikam belakang sakit, pedih luka, berdarah, parah...sampai sekarang aku belum pulih...dan aku jadi semakin paranoid pada org lain...anyway politik bukan untuk org politik saje...tapi politik juga dh lama wujud dlm dunia kerjaya...SELAMAT MENGUNDI

Friday, April 13, 2007

Kembali Bertandang....

Lamanya aku tak berada dalam dunia blog ni....bila melawat blog2 yang lain banyak dah perubahan yang berlaku...hampir 3 bulan jugakla aku dah tak bertandang ke sini...rindu sebenarnya dengan kekawan yang pernah dan ada yang masih sudi berkongsi kisah suka dan duka...hidup aku dalam 3 bulan ni tak dinafikan kelam kabut..."Havock"...hanya kerana projek yang satu..teruk jugak aku di maki hamun dek bos aku yang selalu sukar utk menerima bahawa kami ni bukannya robot tapi manusia biasa yang ada perasaan letih, sedih, geram, malu.....hmmm...banyak sebenarnya aku nak luahkan....

Untuk bulan lepas sahaja sebelum meeting bagi pembentangan projek ni aku hanya tido 1/2 jam hingga 1 jam sahaja sehari selama 5 hari berturut-turut....bagai nak gila kepala aku dan juga rakan-rakan aku lagi bertiga....sampai la kami terpaksa melancarkan perang dingin dengan bos kami....dan akhirnya kami berjaya mendapat kontrak bagi projek ini sepenuhnya dan aku telahpun membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan kontrak kerja ku di sini....


Apa la aku nak buat yek....dah tentu aku nak mencuba kemampuan diri sama ada aku boleh berjaya dalam bidang perniagaan atau tidak....aku sebenarnya dah jemu kerja terikat dengan orang lain...aku ingin gunakan pengalaman aku yang selama 10 tahun bekerja ni untuk meneruskan hidup aku....setelah restu kedua ibu bapa aku perolehi,maka keputusan aku ini telah ku bulatkan dan tekad...moga Allah juga memudahkan jalan bagi aku dalam menempuhi dugaan-dugaan dan cabaran yang mendatang...Aminnnn....

Wednesday, January 03, 2007

Tahun Baru 2007

Hari ini aku di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2007 dan Selamat Hari Raya Haji......belum terlambat rasanya untuk aku buat ucapan2 tersebut...Tahun lepas yang baru berlalu banyak menguji aku erti kesabaran dan memerlukan kekuatan semangat yang tinggi lagi jitu...cewahhhh...lama tak menulis di blog ni rasanya banyak perkara yang ingin aku perkatakan....ok...


Kalau kekawan ingat lagi aku memang sibuk dengan urusan projek yang kini telah pun mendapat approval dari Ketua Setiausaha....dan sekarang aku masih lagi sibuk dengan projek yg sememangnya aku diberi tanggung jawab sepenuhnya untuk melaksanakannya....nasib baik aku mempunyai rakan2 sekerja yg memberi sokongan padu dan juga seorang kawan yg sentiasa bagi sokongan pada aku....sungguh saat2 ni aku memang banyak perlukan sokongan sebab aku semakin down dari ke hari dalam menghadapi dugaan...kerana masalah peribadi yg tak dapat aku kongsi disini....tapi hati aku memang sering dikunjungi sayu teringat abah dan mak....Insyaallah bila tiba masanya maybe aku akan bercerita...mengungkap satu2 rahsia hatiku yang kekadang aku rasakan parah, terluka...namun dapat aku balut...tapi belum juga sembuh sepenuhnya....


Mungkin kisah luka dan duka aku ini dapat aku kongsi bersama generasi2 ku yg akan datang jika diizinkannya...Anyway minggu depan aku akan outstation ke penang dari 9hb sampailah 24hb....lamanya...keje punya pasal aku terpaksa la pegi...kalau ikutkan hati memang aku tak nak....moga semangat aku akan kembali pulih..aminnn....

Saturday, November 25, 2006

3 Minggu

3 Minggu! Pejam celik, pejam celik...dah 3 minggu aku kat sini...rasanya gaji pun dah masuk dalam akaun aku....memang betul la masa cepat berlalu...kekadang dah tak sedar..tup2 hujung minggu....hari ni aku dtg opis ingat nak discuss tentang proposal n paper work kitaorang utk minggu depan..hidung aku dah berair dah ni...harap2 antibodi aku kuat la samapi minggu depan...memang havock rasanye hidup aku la ni...terasa macam susah nak menarik nafas..tambah minggu depan ni....penuh seminggu jadual aku...rasanye kali ni citer aku kat blog akan jadi pendek2 je...sebab aku sentiasa dalam keadaan yg terkejar2...harap2 kawan2 semua doakan kejayaan aku utk kali ni.....

Monday, November 20, 2006

Akhirnya

Fuh...berkurun lamanya aku tak bertandang ke blog aku...baru 10 hari aku bekerja disini banyak perkara yang dah berlaku...mcm2 krisis yang berlaku...nasib baik aku ni banyak pengalaman so takde la aku kisah sangat pasal menda ni semua...tapi kalau dulu aku gelakkan kawan aku yang bekerja di sini sbb terlampau sibuk sangat....skrg padan ngan muka aku sbb ianya berlaku pada diri aku sendiri....sehingga jumaat minggu lepas aku sampai kat umah dalam pukul 2.30 pagi..mmg ler giler....sampai biol aku di buatnyer...

Tapi esok aku akan bercuti utk exam akhir bagi paper company account...moga2 allah terangkan hati aku utk menjawab soalan esok...apa yg aku tau aku mmg lemah sikit paper ni...


Sebenarnye banyak lagi aku nak citer tapi bukan sekarang...terima kasih utk mereka yang tak henti2 melawat blog aku terutama si 13 may yg selalu suruh aku update blog ni....aku rasa cukup dulu utk skrg...esok2 aku sambung lagi...

Saturday, November 04, 2006

Demam Raya...Selamat Tinggal

Hari ini 4/11/2006 adalah hari terakhir aku menulis di blog ini dgn menggunakan komputer company dahaitsu kerana pada hari Isnin depan aku akan memulakan kerja di tempat yang baru di Kuala Lumpur....Rasa sedih sebenarnye utk meninggalkan sahabat2 terutama kak idah yg banyak berkongsi cerita suka duka aku, yg menangis bersama2 aku dan ketawa bersama2 aku...Dan juga terima kasih tak terhingga untuk bos aku Mr.Ricky yg bagi aku his the best boss yg aku penah jumpa...terlalu banyak ilmu yg diberikan pada aku....yg mula2 hanya bertatih saja apabila aku datang ke company ni....Hari ni mmg terasa jugak keharuan dihati kerana berpisah dgn dua orang yg paling rapat sekali ngan aku...dan jugak terharu kerana bos aku still dengar dan amik kira pendapat aku dalam memilih calon ganti...alhamdulillah...kak ida tak perlu risau lagi lepas ni...
Aku masih lagi tak tau adakah aku akan punyer kesempatan untuk berblog lagi dimasa2 akan datang....harap2 boleh la...ye la aku tak tau lagi keadaan opis baru aku nanti....mintak2 takde la terputus hubungan aku ngan komputer....hehehe....
Lepas je cuti raya hari tu aku dah masuk keje hari jumaat dan sabtu...masa tu dah terasa2 akan kelemahan sendi otot2 badan aku nih...kepala aku dah rasa lain benar....hari ahad aku dah merasakan keberatan kepala aku dan kepedihan hidung aku...dan hari isnin aku tak leh bangun kerana demam raya dah melanda...hehehe..aku terkena selsema dan penyakit asma aku melanda....nasib baik bulan posse ari tu aku takdela demam2 atau sakit2...alhamdulillah....setelah mendapat cuti rehat selama 3 hari ari isnin baru la aku start keje balik dan ari ni aku dah siap mengemas segala yang patut...
Okaylah kepada kawan2 aku terutama RM(zana) harap2 aku still lagi leh chat ngan ko dimasa2 akan datang....Insyaallah...

Saturday, October 28, 2006

Satu Hari Di Hari Raya....

Aku bertolak balik ke raub pada hari sabtu masa tu dah tghhari...sengaja aku pilih waktu matahari tgh panas sbb aku tau ramai org akan balik pada waktu pagi...pagi tu sambil aku bergolek2 atas katil aku dengar hot fm psl laporan trafik..sambil tu tgn aku dok baca sms dari zana(RM) sempat gak la aku tanya traffic kat karak highway tu..maklum kitaorg ni sejalan walaupun lain2 kampung....jadi oleh kerana aku sentiasa menerima laporan2 terkini maka keputusan dibuat aku kuar tghhari walaupun adik aku dah 2,3 kali sms tanya kul brapa nak gerak...hehehe...lagipon masa tu kepala aku ni sakit sgt rasa mcm nak pecah...aku siap2 kemas dlm kul 12.30 aku kuar rumah setelah bermaaf-maafan ngan yatie housemate aku yg dah aku anggap mcm adik beradik sendiri...mengalir gak air mata aku...


aku sampai di raub dlm kul 3.00 ptg...seperti yg aku jangka kenderaan kat highway karak tu dah kembali tenang dan perjalanan kitaorg pun lancar je...cuma bila lagi 1km nak ke raub..jalan mulai jam....jam hingga ke bandar raub...tapi takpe as long as aku dah jejak bandar raub tu aku tak ler kalut sgt...ye la bukan aku yg drive pon...adik aku cam biasa menjalankan tugas dia utk drive..aku setelah telan 2 biji panadol terus lena sepanjang perjalanan tu(aku dah beraya awal dah)..hehehehe...sampai je terus salam mak n abah...haziq la sibuk terlompat2 apa lagi bila nampak sekotak bunga api yg aku beli...sebenarnye bukan haziq je aku pon dok excited nak main bunga api....sempat ler jugak mlm tu aku main bunga api tapi bukan ngan anak sedara aku si haziq...dgn adik aku ayah si haziq hehehe...ye la dah sikenit tu demam...tido awal...

Esoknye ari ahad adik aku aam sekeluarga bertolak pulang ke umah in law dia di felda chegar perah(tul ke ejaan mcm ni?)..so tinggal le aku ngan adik aku izhar dan parents aku...so berempat je la kitaorg...ari ahad tu aktiviti tak byk...aku masih lagi sakit kepala....dlm kul 4.30 aku dan mak dah sibuk kat dapur masak utk berbuka...esoknye hari senin...pagi bangun aku dan mak dah sibuk...tapi aku sibuk kemas rumah dulu...pastu baru ler kat dapur jadi pemerhati tetap tgk mak aku wat alat2 utk masak rendang....aku cuma jadi assistant tolong mak amik apa2 yg patut mengikut arahan2 yg mak bagi...hehehehe...dalam kul 11.00 pagi acara memasak rendang pun bermula....tahun ni mak wat rendang daging je...ayam tak buat sbb masing dah jemu makan ayam...aku lak mmg suka rendang daging...pastu aku pon start menggoreng kacang utk buat kuah kacang yg dipsgkan ngan nasi himpit...kali ni aku volunteer tumbuk secara manual je kcg tu tak nak mesin...ye la aku penat aku leh minum takpe...itu alasan aku bagi kat mak n abah bila tanya naper taknak guna mesin..siap2 semua tu dalam kat kul 2.00 ptg..aku berenti rehat sambil tanya si zana apa yg dia dah siap...sempat aku rehat dlm sejam pastu mak hidupkan dapur arang utk aku rebus ketupat segera je...hehehe...tahun ni aku rasa cepat je aku dan mak wat semua2 tu...dan adik aku izhar lak takyah disuruh mmg rajin bab2 psg langsir ni..sempat gak aku akta kat mak nasib baik ada jugak sorang yg leh harap wat keje2 umah...ye la aku ni sesorang je pompuan yg mak aku ada..sempat gak aku gurau2 ngan mak aku naper le tak bersalin ramai2 sikit....bila dah besar2 mcm ni bila ada yg dah kawin rasa sunyi lak umah...tapi kalau kecik2 dulu naik rimas gak walaupon empat org mcm ada sepuluh org kitaorg ni...hehehe...


Hari Raya pertama aku bangun dalam kul 6.30 pagi...siapkan kemas umah, vacuum karpet, pastu start isi kuih dlm balang...kat dapur aku tgk mak dah siap hidang semua2 makanan utk sarapan pagi tu..tapi aku mcm biasa tak sempat nak makan...ye la semua tu aku kena wat sorang2 pastu perut aku pon takde la lapor mana pon...mak, abah n adik kuar gi solat aidil fitri aku lak sempat baring jap sambil tgk siarang langsung solat raya kat TV1...pastu aku siap2 gosok baju raya..mandi dan bersiap2 sambil tunggu mak, abah n adik sampai...sbb pasni kitaorg nak balik kg mak kat jerantut lak...setelah bermaaf-maafan ngan mak n abah...kitaorg pon bertolak dr umah dlm kul 10.00 pagi...on da way singgah umah pakcik aku adik pada abah kat kg gali...pakcik aku mmg dah tau favorite aku kalau kat umah dia iaitu sambal perut...sempat la aku jamah dlm dua tiga suap...setelah dipaksa pakcik aku utk rasa gak..bukan apa balik ptg nanti dr jerantut kitaorg singgah lagi...pastu kitaorg singgah kat kubur arwah wan dan atok aku belah abah kat kg gali...aku tak turun ler...faham2 je lakan...pastu terus ke jerantut...on da way kepala aku dah start pening balik dek kerana jln yg bengkang bengkok tu...sampai kat umah arwah nenek kat sebelah mak dlam kul 12.30..depa turunkan aku dulu dan yg lain terus ke kubur arwah nenek dan atok kat sebelah mak lak...


Sampai je aku terus bersalam ngan makcik2 aku dan pakcik aku...terkejut aku tgk pakcik aku ayahngah(yg jaga kakak aku)kurus dan tak bermaya dek kerana sakit...terus ngalir airmata kitaorg berdua yela aku pon dah lama sgt tak jumpa dia...sejak dia sakit aritu aku lom lagi balik...aku mmg rapat ngan pakcik dan makcik2 aku ni...syukur jugak allah masih lagi bagi aku kesempatan utk memohon ampun maaf ngan ayah ngah....sblom tu aku sempat sms kak long kata aku dah sampai umah nenek..sbb kak long kat umah in law dia....so kak long dah pesan awal2 suruh sms kalu dah sampai jd leh la dia awal2 gerak dr umah in law dia...hehehehe..taktik yg selalu kitaorg guna time hr raya...setelah selesai semua perkara kitaorg pon bertolak balik ke raub dlm kul 3.00 lebih...singgah umah adik mak kat kg lepar dan singgah semula umah pakcik di gali dan pakcik aku bisik kat aku sampal perut dia dah licin...terkilan dia kata sbb aku tak sempat nak makan..aku kata takpe..aku dah rasa dah pagi tadi...tahun depan chik(aku panggil dia chik)buat byk2 sikit n simpan utk aku satu periuk kecik...hehehe...


Dlm dekat kul 7 kitaorg sampai umah...mandi2 dan bukak pintu umah...masing2 dah terbaring keletihan lepas maghrib tu...tgh syok2 aku baring dan mata hampir nak lena adik abah yg bongsu pon sampai satu family...tak lama lepas tu adik aku aam n family pon sampai...umah aku jadi riuh balik....aku pon gegas ke dapur hidang apa yg patut....pastu tak lama ada lagi tamu yg datang sampai ler kul 1.00 pagi...baru ler pintu umah tutup...Aduh mmg aku kepenatan tul raya kali ni...sebab dari raya pertama sampai raya ketiga sblom aku balik shah alam tetamu tak putus2 berkunjung ke umah kitaorg...tapi tahun ni bebudak kurang lak menyinggah...maybe blom balik lagi kot...nasib baik raya kedua tu abang aku sefamily ada balik..so ramai sikit nolong kat dapur...ptg tu masak mee kari resepi abah...member dr shah alam dtg...pastu mlm kitaorg lak kuar gi raya umah makcik adik belah abah dan jugak ke umah sepupu abah...bukan apa mlm tu aam n familiy dah nak balik dah..n esok aku lak balik...tapi tu ler sampai raya ketiga hingga la aku nak kuar umah nak balik...tetamu tak putus2 berkunjung tiba....mmg aku akui terasa gak kepenatan aku kali ni di hari raya....


Dlm aku takde mood nak beraya tu...bila dah ramai2 berkumpul ceria jugak lah hati aku ni...sambil dok sms ngan zana sepanjang cuti raya ni....dan jugak aku nak ucapkan makasih kepada member2 yg antar sms ucapan hari raya sampai kul 3.00 pagi aku masih lagi terima ucapan ada yg dari aku kenal dan jugak tak kenal...apa2 pun kenangan raya tahun ni aku akan kenang sampai bila2 kerana pada raya ketiga tu jugak lah peristiwa pedih yg menghiris hati aku terjadi....betapa pada mlm tu airmata aku kembali mengalir dengan laju seperti empangan yg pecah....terima kasih utk shbt aku yg sentiasa bagi semangat utk aku walau kita tak pernah bersua...zana...semangat dan kata ko tu ler jadi azimat utk aku...dan akhirnye aku bercerita gak ngan yatie..dan kami sama2 mengalirkan air mata....utk dia aku akan ingat pesanan dia sampai bila2 dan aku harap dia akan bahagia dgn haluan yg dipilhnya....sesungguhnya hati aku menjadi amat lega walaupun kelukaan menjadi milik aku utk kesekian kalinya...akhirnya aku mampu juga meluahkan segala2 yg aku pendam dihadapan dia....terima kasih utk kasih sayang yg diberikan selama ni...aku tau aku akan jauh dari dia selepas ni dan seperti kata zana jgn lagi menoleh kebelakang kuatkan semangat terus maju kedepan....

Thursday, October 19, 2006

Berbuka Pose

Semalam aku half day...saje2 amik cuti konon2 nye pegi wat facial...tapi takde ketenangan langsung aku semlm time facial....h/phone aku asyik berbunyi aje..lepas sorang sorang tepon....sampaikan ada sorang member aku nangis bila aku tepon dia balik sbb ingat sedih sgt aku tak pick-up phone...wakakakkak..dia nangis aku ketawa sampai sakit perut...sbbnye dia ingatkan aku marah dia...apala member aku nih...dah muka aku tgh keras ngan mask nak bercakap mcm mana...ish ish ish...rope2nye dia nak book aku ngan member aku lagi sorang utk buka pose....sebelum tu member aku kat tempat keje baru aku tepon gak...katanya bakal bos aku suruh aku datang bangsar seafood utk berbuka pose...tak kose la aku ptg2 nak ke tempat yg jam tu...aku kata kat dia pandai2 ler ko jawab...hehehehe..aku tau member aku ni mmg terror bab2 jawab nih....so hari ni aku akan berbuka di luar dan esok jugak...wah wah wah...penuh jadual aku minggu nih...nampak gayanye 2 hari je la aku berbuka ngan housemate aku....syukur rezeki aku murah dlm bulan ramadhan nih...


Hari Raya....

Bila aku gi blog2 org lain...kebanyakannya dah mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua...Di kesempatan ini juga aku ingin nak ucapkan selamat hari raya pada semua member2 blog aku terutama rafflesia, maniq,puteri1, kak lady,debik debuk, liza dan juga member2 baru 13May, laddyberd, sunan jati, jalak dan sesiapa shaja yg sudi melawat blog aku ni.....Disini jugak aku ingin memohon ampun dan maaf kiranya sepanjang aku bagi komen kat engkorang semua aku telah terkecilkan hati korang, terkasarkan bahasa dan terlebih gurau aku mohon maaf ye....Jemputler dtg umah aku kat pahang nih....tak jauh dekat je...


Kuih Raya

Aku tahun ni takde la banyak mana sgt beli kuih raya....sederhana saje...tapi aku pasti mak mesti leterkan aku, sbb walau pun aku kata sederhana...mak mesti kata byk....takpe bukan apa leh bagi kat adik beradik aku yg lain....nak bagi kat mak mentua blom jumpa lagi..hehehehe...biasanye bebudak kalau dtg umah aku beraya..lepas aku bagi angpow...air pon tak sempat nak tuang...dorang dah chow....ingat aku balik sabtu ni nak buat 2, 3 jenis kuih..tak tau la boleh ke tak nih....

Sekali lagi aku nak pesan utk semua member termasuk diri aku sendiri, kalau drive utk balik ke kg tu berhati2 ler di jln raya kerana kampung kita tu tak lari ke mana...yg mana balik menaiki kenderaan awam, pastikan tiket semua dah ada dan ianya sah dan pastikan anda tidak diseluk sakunye.....Moga kita berjumpa lagi diblog2 yg akan dtg...Insyaallah....sayang korang semua....

Monday, October 16, 2006

Hari sabtu baru ni aku telah berjaya mencari baju raya utk aku...2 pasang...kaler baju yg mmg aku minat...walaupun baju kurung biasa cukupla utk aku yg mmg sedia simple ni...mmg mula2 aku mmg takde niat nak beli baju raya pon...tapi bila pikir2 baik aku beli gak at least bila aku gi tempat baru esok koleksi baju aku byk sikit...nasib baik ada kaler yg aku suka...kalau tak harus aku tak belinye....Tak tau la naper raya tahun ni aku jadi sebak, kekadang mood pon takde...maybe aku tak leh nak enjoy sgt kot...ye la lepas raya aku ada final exam utk final year aku...insyaallah aku grad ler tahun...aminnnn....


Ari sabtu aku dpt jugak ler berbual ngan dia.....rasanya dah 2 minggu kami tak bertukar khabar berita....Ntah mcm mana sambil aku tunggu hsmate aku yati kat opis dia...aku dok belek tepon n saje je aku tekan no tepon dia....aik ada ringing tone...dia pon terkejut sbb dia baru je onkan tepon dia...hehehe...mula2 tu aku usik jugak dia aku kata ada org bgtau aku....dia ckp tak leh jadi ni...dah pandai psg spy ye...aku gelak n bgtau gerak hati ler tu...padahal dia baru ura2 nak tepon...so berbual dlm 15 minit...citer apa yg patut...luah apa yg patut...letak tepon...aku gi shopping...ptg tu aku gi berbuka kat secret recipe ngan yatie di SACC..sbb dah janji lama nak belanja dia....tghhari tu dah book tempat siap2...kononnye rasa confiden je leh sampai awal...last2 kul 7 gak kami sampai....kesudahannya satu jam menunggu makanan sampai...order kek dulu...laju je kitaorg makan kek tu...ye la lapar giler...sambil tunggu tu kitaorg gilir2 gi solat maghrib dulu....pastu tika aku turun dan sampai balik kat secret recipe...tgk yatie tgh enak menyuap makanan....hmmm...baru sampai makanan yek yatie...punyer la lapar dia...laju gak dia makan...lepas makan, jln2 kat SACC...round2...pastu balik....


Esoknyer lepas zuhur aku ngan yatie gi giant sek.13 beli bahan2 utk masak...tau2 je ujan lebat...hish...dah ler nak gi ampang umah yatie...kononnye nak masak...dah janji ngan mak yatie utk masak...sajer je la kan..dah lama gak aku tak masak....So menu kitaorg ari semlm di rumah mak yatie ialah tomyam campur, telur bungkus, sambal tumis udang, taugeh ikan masin goreng...meriah gak ler....abis beli brg dlm kul 3.30 kat giant..tapi terperangkap kat giant tu nk dekat sejam....yatie gi amik kete aku nunggu kat entrance..dr hujan lebat sampai hujan dah berenti..baru ler yatie berjaya sampai depan aku...punyer la teruk jam dlm giant tuh...On the way ke ampang pon hujan lebat gak..jam lak dah...tapi akhirnya kami berjaya gak sampai dlm kul 5.00++..terus masuk dapur letak brg2 nak masak...tukar baju...dan aku pon memulakan operasi sambil dibantu yatie...sempat gak yatie tanya aku mcm mana aku still lagi leh ingat nak masak padahal mmg dah lama sgt aku ni tak masuk dapur...hehehehe..aku jawab tu semua semula jadi ler....aku pon main letak je janji ada rasa ada rope masakan yg aku nak masak tu...hehehe...akhirnye tepat jam 6.45 kami pon selesai masak semua masakan tu...oooopss lupa lak..sambal tumis udang maka yatie dah masak dah...masa kitaorg sampai mak dia dah start menumis dah....hehehehe..nasib baik sempat masak...kalau tak haru rasanye....

p/s:longlai tul aku rasa bdn aku ari ni......

Friday, October 13, 2006

Cerita Raya...Cerita Resign...

Hari ni dah hari yg ke20 kita berpuasa...aku bila time sahur je la ni mmg tak makan dah..aku makan kurma je....minum teh o panas...cukup itu je...bukan apa rasa kenyang makan masa berbuka tu masih terasa....perut aku ni lain sikit...kang paksa2 jadi lain lak...mula ler nak meragam...kalau kat umah kat kg....aku mmg makan ler jugak...sbb mak tau mcm mana nak tarik selera aku...hehehe


Seminggu je lagi keje..pastu umat islam semua akan mula bercuti dan menyambut raya...aku ngan adik yg bonsu je nampak gayanye balik beraya....yg lain2 balik umah in law diaorg...sunyi ler raya tahun ni...kalau tak mesti riuh rendah ngan sore2 anak sdara aku yg tak seberapa ramai tu...pagi2 lagi depa dah bangun...lagi awal dari aku....pastu dah berbaris2 utk disiapkan...walaupun mak ayah diaorg ada....pastu acara berbaris bersalam..mintak ampun dari yg tua hingga ler yg muda...pastu acara berbaris yg palin budak2 suka....duit raya....aku dulu kalau time dapat duit raya ni aku suka betul...siap kira2 n bandingkan ngan adik2 aku yg lain...mcm biasa aku selalu dpt lebih...hehehehe...


Ari ni bos aku buat announcement dekat staf2 yg aku dah resign n bulan ni adalah bulan last utk aku....mmg ler mana yg tak tau tu terkejut...mana yg tau tu sengih je le...tapi aku tgk muka bos aku mmg le monyok je...ye lah selama ni beban bagi 2 ngan aku...lepas ni dah bertambah 2 kali ganda...ganti aku belum dapat lagi....tadi ada interview....tapi nampak gayanye mmg tak amik ler budak tu...bos aku kata mcm pendiam je...tak mcm aku byk cakap...hehehe..mmg aku ni byk ckp pon....dah dr kecik aku mcm tu....hehehehe....susah ler nak ubah perangai aku yg peramah ni...silap hrbulan ada gak yg jemu dengar aku bercakap....hehehehe...aku rasa cukup ler n3 aku takat ni jeh....lenguh dah menaip rasanyer....

Monday, October 09, 2006

Tak tau la naper minggu lepas aku tak leh masuk blog aku sendiri...hish...kesudahannya tak leh aku nak mengupdate apa yg patut...Hmmm ari ni Isnin, seperti yg aku jangka big boss aku akhirnya dtg ketempat aku n berjumpa...ye la pada jumaat lepas aku telah menyerahkan resignation letter aku secara rasminya kepada bos aku....actually sebenarnya bos aku dah tau dr awal lagi sbb masa dlm proses interview aku dah pun berterus terang kat dia...bukan apa aku taknak dia dengar dr mulut org lain, dan aku dah jangka pun bahawa company tempat baru aku keje tu nanti akan tepon sini utk bertanya mengenai aku...So alhamdulillah setelah mengharungi segala rintangan aku berjaya juga mendapat tawaran keje tersebut dan gaji pun adalah seperti mana yg aku mintak la kan....




Aku sebenarnya sedih gak nak meninggalkan bos aku sebab dah terlalu byk ilmu yg diajarkan pada aku selama aku berada disini...lebih kurang setahun 2 bulan sbg customer relations exec...drpd aku zero knowledge sampai la aku dah tau n lebih expert dr salesman2 yg kononnye mempunyai experience berbelas tahun tu...bos aku mmg ada citer yg big boss aku akan dtg at anytime utk jumpa aku...bukan apa dia nak try pujuk aku utk stay kat sini...tapi nak wat camner...dia dah terlambat utk itu....keputusan aku dah pun buat...sedih jugak terasa bila terpaksa meninggalkan bos aku dan kak idah....Utk bos aku Mr.Ricky, i will always remember ur advice...dia ni dah mcm bapak aku sendiri...walaupun kekadang kitaorg ada jugak perang dingin tapi tu biasa la kan...mmg bos aku ni la yg paling memahami hati muda aku...hehehe..aku ni mmg suka juga memberontak tapi dlm diam je la...dan bos aku ni mmg dah terlalu faham sifat aku, lg pun aku ni mmg rajin...hehehe...suruh la apa pun mmg akan siap on time...aku sedih dan aku sebak....To my bos Mr.Ricky, thanks for ur support towards me, without u here maybe i'm still blur untill now...Thank you bos...thank so much....(sob..sob...sob...aku dah start sebak dah ni)....6/11/2006 aku akan bermula ditempat baru....hmmm....

Tuesday, October 03, 2006

Balik Kampung....

Ari sabtu lepas keje aku terus chow ke Subang Bestari amik adik aku n terus menuju ke kg aku di Raub Pahang...Sementara aku tunggu adik turun, sempat tepon mak bagi tau dah nak gerak dah dan sambil tu mengadu kat mak tekak aku sakit sebab tercekik tulang ikan kembung masa sahur...ye la mana taknyer...sampai darah aku punyer tekak dan muntah sampai lima enam kali....dah la tu suara aku menjadi serak2 basah..cewah...kalau nyanyi lagu rock mesti sedap nih...sempat jugak aku merungut kat mak, tunggu adik lama...biasala aku bab menunggu ni mmg malas..tak kose...adik turun je..terus mcm peluru aku tanya apsal lambat..rope2nye dia pon baru sampai kat umah n naik nak amik beg baju...hehehe..so aku pun menyerahkan tugas pegang stereng kat dia...jadi on the way tu sepanjang2 jalan...mata aku byk terpejam dr terbuka...tido ler...ngantuk tul...
Sampai kg, dalam kul 3.30 duduk jap, pastu tukar baju terus solat zuhur...abah dah bising, sbb tak solat dulu sebelum balik...hehehe..padan muka kitaorg...wakakak...pastu aku mcm biasa mata dah makin layu sambil perati mak dok buat persiapan nak masak...mak kata lepas asar baru start masak...aku lak terus menuju ke sofa favorite aku (tempat aku selalu lelap)..dan terus terlena...sedar2 tgk mak dah kalut kat dapur dok masak...bila mak nampak aku terus kata.."la apsal lak bangun...gi la baring dulu, takpe nanti kang bangun gi mandi solat asar..." hish tak sampai ati aku nak biar mak sesorang kat dapur...ala aku just tolong amik apa yg mak nak n basuh pinggan je...dan selebihnye aku tolong tgk je...hehehe...malam lak lepas selesai segala perkara tgh dok ralit tgk citer Macam2 Aznil...tetiba blackout..dah le aku tgh ratah ikan terubuk..aduih nasib baik tak lekat tulang lagi....tapi ari tu masa berbuka mmg banyak aku makan...ye la biasa la balik kg, mcm2 ada...mak buat kerabu pucuk paku+taugeh+kerang, kari ayam kg, terubuk bakar, nasi ulam(ni jiran kasi), kuih muih dan jugak air sirap bandung abah buat...majoriti semua nye lauk kesukaan aku....terutama terubuk bakar...dlm gelap pon aku still leh makan lagi...
ari ahad lepas sahur aku mmg tak tido....dlm kul 7 pagi mcm tu aku sorang2 ke pasar cari bahan2 mentah utk dimasak lagi sekali mengikut menu aku la...so pertama aku gi cari ikan patin, pastu daging segar, n sayur2 sayuran dan surat khabar(surat kabar utk bacaan shj)...so pagi dalam kul 11, aku n mak dah masak gulai tempoyak dan jugak kukus tempoyak ikan patin(asal2 nye panggang tempoyak balut ngan daun pisang)...segenggam mak taruk cili api, tapi bila tiba time makan org lain nganga pedas aku makan cam biasa je...(actually masak awal sbb nak bawak balik utk bekal)..adik aku yg bongsu siap cakap aku punye dia rasa pedas tu dah takde...hehehehe....lantak la kan janji aku makan dan puas....selain tu mak bekalkan sambal ikan bilis utk kitaorg....mmg lauk rasmi tu kalau time pose2 ni, masa sahur sedap makan ngan nasi panas....
so bila belah petang aku n mak dan abah dok siap2 masak beefsteak kg(abah punyer istilah n resepi) abah dok wat sekerat bila time nak masak...tu dia aku yg kena wat sebab abah kata dia tetiba rasa mcm tak reti lak nak wat resepi tu..hehehe..terpaksala aku la membuat semua tu...maka tercipta la beefsteak kg...hehehe..dan bila time berbuka yg itu le abih dulu...bangga lak aku....so dah siap segala nya...kul 8.30 mlm kitaorg semua bertolak balik...lupa lak..aam n family pun balik berbuka setelah semlmnya dia balik ke rumah fil dia kat lipis....dlm kul 11.30 aku pun menjejaki kaki ke umah di shah alam...perjalanan yg sepatutnye 1 1/2 jam, menjadi 3 jam sebab jam kat highway karak.....dan rope2nye ramai yg satu fikiran ngan aku balik lepas berbuka....