Ari ni pagi aku bangun awal bagi kategori hari minggu....entah kenapa mata aku tak bisa terpejam (cewah bahasa).....maka aku pun melayari youtube melayan beberapa lagu yang aku suka nak dengar.....turun ke bawah, bersarapan simple....kemudian teman serumahku merayu-rayu minta dibelikan nasi beriyani mak jah di bukit jelutong....tak baik pulak aku nak biarkan...maka aku pun keluar pegi membeli...ini adalah kerana antara kami bertiga, aku sorang je yang rajin keluar umah....dorang ni sanggup telan maggi ke hape ke yang ada kat umah......
Ntah macam mana dah selesai menjamu selera....aku pun beristirehat sesorang diruang tamu, dan tanpa sengaja aku tak perasan bila masa mata aku terlena....selalu aje perkara begini berlaku....memang agak sukar aku mengawal rasa mengantuk andai aku beristirehat diumah....pantang aje kepala mendarat dimana-mana...mesti aje aku terlena....
Semalam aku menemani sahabat baikku Sally pergi membeli kelengkapan berkuda untuk dia dan anak-anak.....rasa seronok aku melayan kerenah anak-anak dia yang dua orang....yang sulong Emir dan Aiman aku panggil adik...hampir 2 bulan kami tak bertemu, banyak jugak perubahan anak-anak dia....terutama adik yang dah mula mahu berborak ngan aku....terhibur hati melihat gelagat budak dua orang ni...adik dah mula nampak confident dia dan Emir dah nampak lebih chill sekarang ni....betul la sukan berkuda adalah satu aktiviti yang sihat.....boleh membentuk personaliti kita....melatih diri....
Ok, dan ketika aku terlena tadi handphone aku yang macho berbunyi.....melihat nama yang tertera, sape lagi kawan aku lah si Sally....bertanya apa yang sedang aku buat, aku cakap aku tido...terus je dia kata dah jangan tido petang-petang jom ikut aku pegi bawak bebudak berkuda....aku hanya menjawab ok dan terus siap-siap untuk menuju ke Denai Alam....
Kalau sesape yang penah ke Denai Alam, mesti pernah ternampak signage DARC nasi padang dan jugak Kelab rekreasi untuk semua orang....DARC bermaksud Denai Alam Riding Club....Kelab ni sebenarnya lebih kepada charity kerana ianya adalah yang termurah didunia....selalunya kalau dikaitkan dengan kelab house dan jugak sukan berkuda ni kita membayang sekurang-kurangnya fees dia harus memakan lebih dari RM500...itulah yang bermain di benak aku.....tapi sangkaan itu jauh meleset...untuk menjaadi ahli kelab, ianya hanya mengenakan RM180.00 setahun dan ini adalah untuk seluruh keluarga....dan untuk anda yang berminat untuk belajar berkuda ianya hanya RM120.00 untuk 4 kali belajar....murahkan....kalau nak tau citer lanjut boleh la google DARC...dekat berita harian online ada citer pasal owner dia....kita akan kagum baca kisah dia....Terry Teo...tadi aku dan bertemu dia personally dan berbual dengan dia....seronok rasanya....tak sedar masa berlalu dengan pantas....aku ni memang tertarik dengan citer orang yang berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan.....sedikit sebanyak ari ni ada beberapa ilmu kehidupan yang dapat aku belajar....menjadi berani dalam mengharungi segala cabaran dan kehidupan dan sentiasalah berpegang pada yang SATU.....
Oooo ye aku telahpun menawarkan diri aku untuk aktiviti kebajikan disana....bukan apa aku rasa seronok dan bila aku balik dari sana, aku rasa sangat bersemangat.....mungkin ini jugak cara untuk aku melupakan sesuatu yang memalukan aku yang berlaku ari ni.....sungguh aku malu...tapi biarlah....jadi untuk langkah pertama ingin aku warwarkan ada tak sesape yang sudi nak dermakan atau jual haiwan-haiwan yang sesuai untuk diletakkan sebagai mini zoo disana.....korang boleh la tinggal contact number atau email kat ruangan komen aku supaya senang untuk aku hubungi....kalau korang nak pegi ke sana pun boleh tinggalkan soklan-soklan disini.....
Dan aku tengah merancang ingat nak bawak dua hero kecik aku tuk belajar menunggang diminggu-minggu akan datang....InsyaAllah....nak tengok tahap keberanian dorang macam mana....
p/s : Aku dah buat pengakuan, aku dah lega...yeyyyy.....
6 comments:
SALAM.
BAGUS TU MELIBATKAN DIRI DALAM KERJA2 KEBAJIKAN ! TQ SUDI BERKONGSI
Luahfikiran;
Terima kasih...mengisi masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat
JANGKAAN TU BETUL MELESET.. YANG MELESET TU EKONOMI
KENAPA MAKAN TU DI CAKAP MENJAMU SELERA ..ADAKAH JAMU DALAM HIDANGAN ITU
BERTUAH KO SEBAB BERANI..BETULKAN TAKHILANG APA APA PUN
En. Helmy;
Betul ekonomi memang tgh meleset...
Sesetengah hidangan mempunyai khasiat seperti jamu....
Aku tak berani...sejujurnya ada sesuatu yg aku hilang
kenapa del comment
aku dah komen
Post a Comment