Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Friday, August 11, 2006

Hari ini dan semalam...

Betul la kata kawan aku menulis kat blog ni boleh bagi kita satu kepuasan...boleh membantu untuk meleraikan kekusutan...tu la sebab tiga cerita kenangan aku tu panjang...aku rasa menulis disini at least kenangan kenangan aku dari aku dilahirkan sampai la sekarang ada tercatat.... walaupun aku tidak sepopular mawi, tak secantik siti nurhaliza, tak semulia sebagaimana mulianya nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW tapi aku rasa aku patut merakamkan kenangan aku ni mungkin utk generasi akan datang...hehehe...
Hari demi hari aku makin seronok dapat ramai kawan...aku harap dengan adanye blog ni akan bertambah lagi la kawan2 aku....Tapi apa pun kenangan yg aku catat dalam blog ni bukan la aku tokok tambah cerita..tapi itu la yg berlaku dalam hidup aku sepanjang 30 tahun aku melihat dunia...Aku bersyukur kerana selama 30 tahun ni aku sentiasa mendapat sokongan yg boleh dikatakan padu..samaada dari keluarga aku atau kawan2...mereka ini lah sentiasa bersama aku masa gembira dan berduka...Terima kasih 'tuan puteri' yg mengajar aku cara2 nak luahkan perasaan yg sebenar kat blog ni...hehehehe...Namun kenangan2 yg tercatat kat blog ni bukanlah bertujuan nak menunjuk2 atau apa sahaja niat yg serong..tapi sekadar berkongsi rasa...bersama kekawan yg aku sayangi...
Pada hari isnin yg lepas aku baru je menerima berita duka, berita yg cukup melukakan hati...sehingga aku boleh merasa aliran darah mengalir deras dicelah2 hati aku yg mmg sedia retak..terasa bagai ditikam dengan sembilu yg beracun dan bisanya bagaikan tiada penawar... Menggigil badan aku ni..sampai terasa lemah segala sendi bagaikan lumpuh..dunia sekeliling pada masa tu ku rasakan fana...buat sekelian kalinya air mata aku bagai kan jualan mega sales yg sedang melanda negara kita sekarang...terlalu murah mengalir deras bagaikan keretapi laju yg ada kat jepun tu... "Adik tak sihat ke" tanya aci cleaner sambil memandang wajah aku dengan simpati..."Aah la aci" aku jawab... "Saya pun tak sihat...Mata adik merah, nangis ke? Sakit perut ye?" Tanya aci lagi..."Aah, saya tak tahan tu saya nangis.." Aku jawab...Lepas tu aci tu pun citer pasal anak dia sama la sakit mcm aku...Dalam sedih tu aku nak gelak jugak sebab bulat2 aci tu kena tipu ngan aku...Nasib baik org lain tak perasan cuma salesman aku sibuk tanya kenapa aku diam dan nampak tak bermaya je ari tu....aku cuma jawab ala jawapan standard aku la.."Saya tak sihat"....
Sejak malam tadi, hati aku ni bergetar kembali teringat kekasih yg baru saja pergi meninggalkan aku..Memang kepadanya aku nyatakan dia dah mati utk selamanya bagi aku...tapi jauh disudut hati dia lah lelaki yg berjaya membuka pintu hati ku untuk kali kedua...Memang selama 2 tahun usia perkenalan dan kasih sayang kami..terlalu banyak memori antara aku dan dia...Dialah lelaki yang aku sayang walau luka, walau perit camner aku diperlakukan...dan untuk kesekian kalinya malam tadi air mata aku mengalir lesu dipipi aku mcm sungai pahang kat kampung mak aku.. dan tak sangka lak aku langit turut berkongsi kesedihan ngan aku kerana telah menurunkan hujan yg lebat mlm tadi...kepada kawan2 yg mengetahui kisah aku..bukan aku sengaja mengingati dia...tapi hati aku ni tak reti bahasa..tak nak dengar arahan dari otak aku...betul org2 tua kata ikut hati mati, ikut rasa binasa...jadi dua2 aku tak nak ikut...Cinta aku yg ini akan tetap terpahat dalam hati dan aku jadikan pengajaran untuk diri supaya jgn diri ini dijadikan alat permainan..ye la macam barbie doll tu ke kan...yg boleh di buat apa sahaja sesuka hati...
Insyaallah satu hari nanti aku akan memorikan dalam blog ni kisah cinta aku dari dulu sampai sekarang...Dan insyaallah jika diizinkan Allah Taala aku akan tetap menulis sehingga aku dipertemukan jodoh dan selagi mata aku belum tertutup untuk selamanya... Banyak lagi kisah aku sebenarnye...Dalam masa yg sama aku akan cuba menyelitkan gambar2 mereka yang aku sayang untuk tatapan semua...

1 comment:

RaFFLeSiA MeRaH said...

jangan anggap sejarah silam hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih...sabar byk2 ekkk, jgn duk bazirkan ayaq mata hang tu sgt no..