Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Wednesday, December 01, 2010

Apa Dah Jadi?

Uhuukkkk uhuk uhuk.....fuhhh fuhh...ish ish ish...bersawangnya tempat ni...dah banyak sarang labah labah....
Ayat diatas ini adalah effect daripada aku yang telah beberapa hari tidak mengupdate blog....apakah yang terjadi??

Pertamanya....aku sakit gigi dan ketika kesakitan sampai ke kemuncak.....dengan asakan dari kakak angkat aku Kak Ma....akhirnya gigi yang telah membuatkan mood aku tunggang terbalik telah dibuang dari aku untuk selama-lamanya.... Kata dia (orang yang aku rasa salah seorang mangsa kemarahan aku)....untung aku sakit kerana ianya adalah penghapusan dosa dosa kecil...Kata aku, nak macam mana kan, kalau dah sama naik ngan dosa yang baru..apa tak nya dia selalu je jadi mangsa hangin aku....Tapi kata bebudak kat opis, dasat jugak aku tahan sakit, kalau orang lain dah marah marah dah...tapi apa yang aku tau rasa nak belasah orang je time sakit gigi tu....

Keduanya....selepas cabut gigi aku ada sedikit demam....dan dalam masa yang sama aku tetap gak keje....dan ketika itu jugak, tuan director memanggil aku dan memberitahu aku seharusnya report direct kepada dia dan tidak lagi kepada bos besar...udah tersepit aku nak bercakap untuk bagitau bos besar..cari ayat dan cuba berdiplomasi dan berjaya setakat ari ni....maka dengan ini keje aku telah bertambah 2 kali ganda dan kesibukan yang melanda membuatkan aku selalu aje tertido dalam keadaan yang tidak teratur....dan jadual aku sangat padat....

Ketiganya....elok je balik keje aku akan terus menjenguk mak ngan abah di rumah Aam...dan jugak aku jadi bz menjadi kaunselor kepada kekawan aku yang mempunyai cerita yang berbeza beza masalahnya....jadi bergilir gilir la aku membahagi masa antara keluarga dan jugak teman teman...dan sememangnya aku rindu nak bersembang sembang dengan dia (kau tau kan aku maksudkan kau)...kadang kadang aku rasa aku jauh sangat dari dia...kita dah tak rapat lagi macam dulu....aku dah macam hilang tempat mengadu plak rasanya....ntahla mungkin dia sibuk dan aku jugak menjadi sibuk....hmmmm....ok dah dah tak mo sayu sayu dah....

Kat atas tu sebahagian je aku citer...kalau nak disenaraikan apa yang terjadi harus tanggal kuku jari nak menghabiskan menaip.....ini pun sebab dia SMS tanya....kakak angkat aku tepon setelah sepinya aku dari arena cyber ini...cewahhhh....

p/s : Aku telah berjaya mengubah pandangan aku iaitu dengan melihat setiap orang itu melalui kebaikan dan kelebihan yang dia ada...dan ianya sangat mujarab...terima kasih pada mummy cantek.....

6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

awak masih ada tempat mengadu

Aku adalah aku said...

Helmy;

Tempat mengadu tu selalu gak sibuk....

Cempaka R.Minta said...

hii
betul juga kata brutalsolo

Chahaya Mimpi said...

ada juga tempat mengadu :)

Aku adalah aku said...

Cempaka;

Ye la tu agaknya....

Aku adalah aku said...

Chahaya;

Ada tapi rasa mcm takde je...