Pada bulan Mei & Jun tahun ni banyak cerita happy berlaku dalam hidup aku...
7 Mei 2011....lahirnya buah hati aku....Muhammad Hazif Mohd Rostam...ala anak adik aku....anak aku memang la takde, suami pun belum ada kan....memang comel dan sihat baby sorang ni, alhamdulillah....dari umurnya tak sampai sehari aku melihatnya, sampai la ke ari ni, tak boleh tak berjumpa, selang tiga hari mesti hati aku meronta2 dah....rindu....
9 Mei 2011....of course la hari jadi aku......seronok ada kek sambut sama-sama ngan adik aku.....trima kasih tuk adik ipar dan adik bongsu ku yg beli kek dan pizza....ok makan kenyang....
20 & 21 Mei 2011.....majlis pernikahan dan perkahwinan sepupu tersayang.....sangat bersejarah dan sangat seronok....akad nikah di masjid wilayah....majlis seterusnya di hotel PJ Hilton...meriah sangat dan majlis itu sudah tentu diterajui oleh kami sekeluarga...tak perlu pakar perunding perkahwinan..aku, adik aku, sepupu2 aku yg memang berbakat...dan of course lah mak pengantin yg amat berbakat tu......sape lagi kalau bukan makcik aku....dia lah merancang dan kami menambah dan menjalankannya....tapi sememangnya majlis ini juga telah merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga...seronok sungguh...bagi aku itulah kenangan terindah dalam hidup aku.....
11 Jun 2011.....majlis bertandang ke Kampar, majlis sebelah pengantin lelaki....meriah sungguh...dan tak lupa jugak ada memalukan yg mana aku jatuh terjelepok akibat pitam di lobi hotel....huh malu tak leh nak kata tapi nak wat macam mana perkara dah jadi...senyum manis je lah....
Selepas itu maka kesihatan aku agak sikit tergugat...sakit lama aku muncul kembali tapi aku pasrah...sebab dah jadi perkara biasa dah...tapi bab nasihat doktor tu yang agak susah untuk aku ikuti...ye lah disuruh berkahwin dalam masa terdekat mcm mana tu? Calon pun tenggelam timbul.....payah...payah.....
Lagi satu...aku ada seorang kawan ni....aku anggap kira kawan baik bagi aku la....ada ke patut dia bernikah aku hanya tau melalui blog...padahal kalau tak silap no aku dia memang ada...selalu ada je sms...bab citer gembira macam tu tak nak kongsi ngan aku....kalau tak bukak blog dia sampai sudah aku tak tau...jemput tak jemput tu takde la aku kisah sangat, faham la pun tak buat kenduri...ntah la...tapi takpe aku rasa dia jugak lebih suka baca blog dan berblog kot...maka aku pun dah kata sila ikut perkembangan melalui blog memasing la kan.....
p/s : Bila time kena drive sesorang balik kampung macam ni mula lah memikirkan nak cari teman hidup....alahai malasnya nak drive...adik nape la ko tak balik dik......
Showing posts with label Citer Aku. Show all posts

Friday, June 24, 2011
Wednesday, December 01, 2010
Apa Dah Jadi?
Uhuukkkk uhuk uhuk.....fuhhh fuhh...ish ish ish...bersawangnya tempat ni...dah banyak sarang labah labah....
Ayat diatas ini adalah effect daripada aku yang telah beberapa hari tidak mengupdate blog....apakah yang terjadi??
Pertamanya....aku sakit gigi dan ketika kesakitan sampai ke kemuncak.....dengan asakan dari kakak angkat aku Kak Ma....akhirnya gigi yang telah membuatkan mood aku tunggang terbalik telah dibuang dari aku untuk selama-lamanya.... Kata dia (orang yang aku rasa salah seorang mangsa kemarahan aku)....untung aku sakit kerana ianya adalah penghapusan dosa dosa kecil...Kata aku, nak macam mana kan, kalau dah sama naik ngan dosa yang baru..apa tak nya dia selalu je jadi mangsa hangin aku....Tapi kata bebudak kat opis, dasat jugak aku tahan sakit, kalau orang lain dah marah marah dah...tapi apa yang aku tau rasa nak belasah orang je time sakit gigi tu....
Keduanya....selepas cabut gigi aku ada sedikit demam....dan dalam masa yang sama aku tetap gak keje....dan ketika itu jugak, tuan director memanggil aku dan memberitahu aku seharusnya report direct kepada dia dan tidak lagi kepada bos besar...udah tersepit aku nak bercakap untuk bagitau bos besar..cari ayat dan cuba berdiplomasi dan berjaya setakat ari ni....maka dengan ini keje aku telah bertambah 2 kali ganda dan kesibukan yang melanda membuatkan aku selalu aje tertido dalam keadaan yang tidak teratur....dan jadual aku sangat padat....
Ketiganya....elok je balik keje aku akan terus menjenguk mak ngan abah di rumah Aam...dan jugak aku jadi bz menjadi kaunselor kepada kekawan aku yang mempunyai cerita yang berbeza beza masalahnya....jadi bergilir gilir la aku membahagi masa antara keluarga dan jugak teman teman...dan sememangnya aku rindu nak bersembang sembang dengan dia (kau tau kan aku maksudkan kau)...kadang kadang aku rasa aku jauh sangat dari dia...kita dah tak rapat lagi macam dulu....aku dah macam hilang tempat mengadu plak rasanya....ntahla mungkin dia sibuk dan aku jugak menjadi sibuk....hmmmm....ok dah dah tak mo sayu sayu dah....
Kat atas tu sebahagian je aku citer...kalau nak disenaraikan apa yang terjadi harus tanggal kuku jari nak menghabiskan menaip.....ini pun sebab dia SMS tanya....kakak angkat aku tepon setelah sepinya aku dari arena cyber ini...cewahhhh....
p/s : Aku telah berjaya mengubah pandangan aku iaitu dengan melihat setiap orang itu melalui kebaikan dan kelebihan yang dia ada...dan ianya sangat mujarab...terima kasih pada mummy cantek.....

Subscribe to:
Posts (Atom)