2.9.2010......Pukul 4.30 pagi aku terjaga....niat nak buat roti telur tuk orang-orang yang bersahur....bahan-bahan telah pun tersedia dan aku pun mula la keje masak memasak....eloknya lepas memasak, perut aku memulas-mulas tak leh tahan....maka bermula jam itu, aku menjadi pengunjungnya sehinggalah.....
Pukul 9.30 pagi dia tepon aku....konon-kononnya bengang sebab aku tak angkat phone...macam mana lah aku nak angkat kalau masa tu aku kat bilik kecik....giler apa aku nak mengejar phone...2 kali tepon kali ketiga baru aku angkat...bila dia tanya aku dimana, aku jawab aku baru je keluar toilet......dia bengang, dan nak jumpa aku di ofis...aku diam dan letak tepon....masa tu aku dah tekad...tiada penangguhan....aku kena resign sebelum effect sistem badan aku yang baru nak pulih ni....dan sampai kul 11.00 malam tadi dia cuba mendapatkan aku dengan menggunakan pelbagai jenis no phone....dan pagi-pagi ni aku dah antar email bagitau dia....
Alhamdulillah...semalam juga aku terus dapat offer tempat keje yang baru...akan start lepas cuti raya....yeayyyy......tak payah nak fikir dah...rezeki Allah bagi dan betul la kata kawan aku Leo bumi Allah ni luas...rezeki ada dimana-mana....
p/s : Stress nya aku menyebabkan Cik P aku overflow....so aku kena rehat dan tenangkan diri sepertimana doktor cakap...
