Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Friday, September 16, 2011

Seminggu di Hospital

Jumaat, 9hb September 2011....paginya berbual di telefon dengan Abah....suara Abah yang lemah agak merisaukan....aku terus sms adik-adik bagitau....

Tengahhari hari yang sama...adik ku Izhar bagitau, Abah tak larat nak bangun sebab demam...terus aku telefon abang long Mat mintak tolong tengokkan...kata Abang Long Abah tunggu Angah untuk hantar dia ke klinik....

Lepas je solat Jumaat, aku mendapat panggilan dari adik ku Izhar...mengatakan Abah sesak nafas dan telahpun dikejarkan ke Hospital Daerah Raub....nasib baik masa tu Angah ada bersama....ini adalah kali kedua Abah kena serangan macam ni....

Aku dan adik-adik ku balik jugak ke Raub hari yang sama....terus ke hospital menjenguk Abah dan keadaan Abah memang lemah....sayu hati melihat keaadaan dia dan lagi sayu bila Mak yang memang selama ni bergantung ngan Abah keseorangan dirumah...nasib baik ada jiran-jiran yang baik hati menemani Mak....

Esoknya kami memutuskan untuk transfer Abah ke Hospital Selayang memandangkan Abah sememangnya mempunyai rekod rawatan disitu...Abah segera diberikan rawatan di bahagian separa kritikal dikecemasan..sehinggalah doktor memtuskan untuk memasukkan Abah ke wad....

Hari-hari kami berulang ke Hospital, bergilir-gilir dan aku mengambil alih tugas Abah mengedalikan Mak....ari ni setelah Abah dibedah dan keadaan luka Abah yang cantik...Alhamdulillah abah dah pun keluar tapi keadaannya masih lagi lemah....

p/s: Aku cuma memohon agar Allah sentiasa mengurniakan aku ketabahan dalam menghadapi dugaan ini...dan semoga aku dikurniakan kesihatan dan tenaga untuk menjaga kedua-dua orang tua aku....




 

1 comment:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

maaf kak gua tak tau