Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Saturday, June 16, 2012

KHAS UNTUK INSAN YANG KU PANGGIL ABAH

Agak lama aku tidak menulis, mencoret disini....selalu jugak aku mengintai blog-blog kekawan yang lain tapi untuk meninggalkan secebis komen memang tak sempat....

Hari ini, sebenarnya sejak awal minggu ini aku sentiasa terpanggil untuk mencoret sedikit kisah untuk seorang insan yang paling aku sayangi...siapa lagi kalau bukan ABAH....macam-macam perkara yang telah aku lalui, termasuk pasang surut hubungan aku dengan Abah....tapi memang aku akui aku sebenarnya rapat dengan Abah....

Memang tidak dinafikan, walaupun Abah adalah seorang insan yang tegas dalam mengajar kami tentang erti hidup tapi dalam masa yang sama dia juga adalah kawan untuk anak-anaknya....tak kira siapa pun, ketika waktu berkumpul, dengan Abah lah kami bercerita...Abah walau tegas kadang-kadang garang, ada masanya baran tapi dia adalah insan yang paling kelakar...bercerita dengannya selalu mengundang suka, gelak ketawa antara kami....

Terlalu banyak sebenarnya pengorbanan yang dilakukan oleh Abah....terlalu banyak umpat keji, cacian yang dilaluinya tapi Alhamdulillah berjaya dia membesarkan kami menjadikan kami antara insan-insan yang tahu akan erti tanggungjawab....memang kekadang berlaku krisis antara kami, tapi aku faham semua yang dilakukannya adalah kerana rasa sayang dia yang terlalu dalam untuk anak-anaknya...

Kebanyakan orang ada menyatakan sifat dan sikap aku banyak diambil dari sifat dan sikap Abah....hanya kerana itu mungkin aku senang bercerita dan juga senang berselisih pendapat dengannya....Masih terpahat dalam ingatan aku, dalam beberapa bulan yang lalu, aku terlalu kerap berselisih pendapat dengan Abah....selalu ada aje topik yang mengundang rasa tidak puas hati kami antara satu sama lain....kekadang sampai aku tertanya-tanya kenapa lah semua ini harus terjadi antara kami....ini kerana sikap degil aku dan juga sikap degil dia yang bertembung menjadikan masing-masing susah nak beralah....

Dah 3 tahun sebenarnya Abah mengambil alih tugas mak...sejak mak terkena serangan angin ahmar, Abah lah yang pergi ke pasar, memasak masakan kegemaran anak-anaknya dan juga menjaga mak dengan penuh sabar dan semangat....semua tu Abah buat dengan ikhlas walaupun kadang-kadang kesihatannya selalu juga terjejas....

Tapi sejak awal tahun ini, kesihatan Abah memang semakin merosot...penyakit kencing manisnya dan juga masalah paru-parunya menyebabkan Abah dimasukkan ke hospital lebih kerap dari tahun-tahun yang sebelumnya....air mata aku boleh dikatakan kerap tumpah, apabila melihat keadaan Abah....tapi aku memang salute Abah abis-abisan...semangat Abah sebenarnya yang menguatkan kami anak-anaknya tetap bersemangat dalam mengharungi dugaan demi dugaan yang melanda....

Bulan lepas, bulan Mei....kaki kanan Abah terpaksa dipotong disebabkan jangkitan kuman akibat penyakit kencing manis Abah....namun abah tetap redha...tapi sekarang ni Abah amat memerlukan semangat anak-anaknya untuk dia melalui kehidupan....betapa luluh hati ini melihat Abah yang dulu cergas ke sana sini, melakukan apa saje kini terbaring di katil dan duduk dikerusi roda dan bergantung tenaga kami untuk bangun atau apa sahaja....sesungguhnya aku amat bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang saling menyokong antara satu sama lain...Aku amat berbangga dengan sokongan dan semangat kalian.....Hmmm..cuma ada satu hasrat Abah yang ku rasakan agak sukar untuk aku tunaikan....apa lagi kalau bukan bab jodoh perkahwinan....kerana jawapan itu memang sampai sekarang masih belum lagi dapat aku jawab...hehehehe......






2 comments:

sha said...

as slm kakde... hrp terus tabah n terus kuat ye... menitis juga air mata mbaca coretan kak de, pernah sketika bsama ABAH kak de, peramah orgnya.... =) wlupn xdpt mziarahi arwah, hanya bacaan yasin y mampu sy sedekah buat arwah pk ndak, moga dtempatkn di kalangan hamba Allah y btaqwa...AMINN.. AL-Fatihah....

Aku adalah aku said...

Tq sha....