Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Thursday, July 05, 2012

ABAH DALAM KENANGAN.....

Tanggal 21hb Jun 2012 perginya seorang hero, seorang sahabat, seorang teman dan yang paling utama seorang ayah yang untuk sepanjang hidup ku selama 36 tahun ni ku panggil dia ABAH untuk selama-lamanya...luluh hati kami seluruh keluarga, luluh lagi hati mak yang melihat kekasih hatinya pergi menemui Yang Maha Esa.....namun kami semua redha dengan pemergiannya....

Hari ini pada 21hb Jun 2012, jam 7.15 petang, Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya...dah dua minggu rupanya...masih lagi terasa seperti baru semalam ianya terjadi....hati ini masih sayu, setiap hari aku rindu akan gelak ketawanya, rajuk hatinya, pelukannya, ciumannya, belaiannya....Hanya Allah yang maha mengetahui betapa dalam rasa rindu ini pada Abah....

Masih segar dalam ingatan, dua tahun yang lepas dalam bulan puasa, ketika itu aku baru lepas menjalani pembedahan, betapa Abah tabah menjaga aku yang ketika itu juga turut menjaga mak....setiap hari Abah bangun menyediakan sahur dan juga bila petang menyediakan juadah untuk berbuka....menghidangkan makanan untuk aku dan mak...membuat air panas mengikut selera kami berdua....betapa besar jasa dan baktinya pada kami berdua.....

Bila tiba hari raya, Abah adalah orang yang paling sibuk, dia akan bertanya tahun ni kami nak makan rendang apa....dia lah sibuk pergi mencari daging dan ayam untuk dibuat rendang....Memang aku rindu saat-saat itu.....masih segar dalam ingatan, raya tahun lepas Abah sangat-sangat gembira sehingga ingin bergambar puas-puas katanya.....

Saban minggu aku dan adik balik melihatnya, sentiasa rindu mahu berjumpa dengannya...setiap kali kami balik Abah dah siap menunggu di pintu dapur di atas kerusi roda....setiap kali bersalam abah akan memeluk dan mencium dengan rasa kerinduan dan penuh rasa kasih sayang.....sejujurnya aku rindu akan pelukan dan ciumannya....rindu juga memeluk dan menciumnya....

Sesungguhnya aku tak mampu untuk mencoret panjang akan segala kenangan ku dengan Abah...namun setiap kenangan bersama Abah tetap akan segar dalam ingtan aku....Abah sesungguhnya pergi mu tiada pengganti....kasih sayangmu tetap akan segar dalam ingatan kami.....

Sayang Abah untuk selama-lamanya.......