Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Thursday, July 21, 2011

Cinta Alisya (2)

Esok Alisya akan kembali semula ke Pulau Pinang. Rasa berat hati ingin berpisah dengan mak dan abah yang selalu dirindui. Perjalanan yang bakal dilalui selama 5 jam dari Pahang ke Pulau Pinang amatlah meletihkan. Rasa terlalu singkat masa yang dihabiskan bersama keluarga. Tak puas bermanja, bergurau senda dengan keluarga membuatkan hati Alisya dilanda kesayuan.

“Hmmm nampaknya bermula lagilah hari-hari aku bersama si rimau...Ya Allah Kau kurniakanlah kesabaran kepada hamba mu ini...” gumam Alisya, sedar tak sedar dia terlena jua akhirnya.

“Kenapa ko ni Sya, pagi-pagi dah muncung je ni” tegur Kak Zana. “Biasalah kak, hari Isnin...apa lagi Monday Blues la kak....tambah-tambah jap lagi si rimau tu datang....tak tau la ari ni dialog apa, drama apa nak dibuatnya...” Balas Alisya panjang lebar.

Semalam hampir bengkak matanya menangis. Perasaan yang bercampur baur tu yang membuatkan airmata susah nak berhenti mengalir. Tapi bila dah sampai ke rumah sewa dan berjumpa Kak Zana, hilang sebentar rasa sayunya itu. Kak Zana lah satu-satunya yang dianggap seperti kakaknya sendiri yang selalu mengambil berat. Kepada Kak  Zana lah tempat dia selalu mengadu.

Seperti biasa pagi-pagi Alisya akan bersarapan di rumah dengan Kak Zana. Sampai di ofis mereka berdua terpaksa la berpisah sekejap, sebab bukan satu department. Alisya macam biasa akan mengemas meja, memeriksa laporan yang ada dan melihat aktiviti yang patut dilakukan. Sudah menjadi kebiasaan Alisya membawa bekal buah epal hijau untuk dijadikan bahan mengunyah. Sejak bekerja disini, perutnya selalu aje lapar, apatah lagi dengan tekanan keje terutama dari En. Fazli.

Sedang Alisya asyik membelek dan menyemak dokumen di atas mejanya, ada sepasang mata yang sedang memerhati. Begitu tajam pandangan mata itu seolah-olah ingin ditelan saje Alisya.

“You buat apa tu Alisya? Dah puas cuti? Ni laporan yang saya minta tu mana?” Tanya En. Fazli bertalu-talu.

“Assalamualaikum En.Fazli....saya tengah sediakan laporan yang En.Fazli minta tu la...kan En. Fazli suruh saya antar kul 12 ni kan? Jawab Alisya menyembunyikan perasaan terkejutnya itu. “Haish betul la dia ni memang, ntah datang dari mana tetiba je ada depan mata, dah la tak bagi salam...haish” rungut Alisya dalam hati.

“Ok pastikan kul 12 laporan tu ada depan mata saya....pastikan takde apa yang tertinggal, ingat kul 12...” En. Fazli sengaja menekan waktu pada Alisya.

“Nasib ko la Sya dapat bos macam ni” Alisya berkata sendiri. Dia meneruskan keje yang terbengkalai tadi.

“Saya dah kata kul 12 kan Alisya....sekarang awak tengok jam tu kul bape? Kul 12.05 kan....awak tak reti nak tengok jam ke?” sembur En. Fazli tanpa memandang Alisya. Matanya terus je memandang screen komputer.

“ Errr minta maaf En. Fazli, saya terpaksa jawab panggilan dari HQ tadi. En Mustafa telefon bagi tau yang nanti saya kena pegi audit ke Sarawak selama seminggu.” Jawab Alisya masih lagi menahan rasa geram. Ditatapnya muka En Fazli yang selamba badak tu.

“Eee harap muka je hensem, tapi perangai mengalahkan orang yang dah menopause je...taunya nak mengamuk je...” rungut Alisya dalam hati.

“Ha audit...bukan kamu baru je sebulan keje...? Bila tu kamu kena pergi?” Tanya En. Fazli.

“En. Mus kata dalam 3 minggu lagi..err En. Fazli ni laporan tu...” Laju je jawapan yang keluar. Hish apa lagi la dia ni nak.

Sebenarnya En. Fazli memang sengaja membiarkan Alisya berlama depan matanya. Dari hari pertama dia ternampak gadis tu lagi, hatinya tertarik. Ditambah dengan kepetahan Alisya yang menjawab membuatkan hatinya kekadang terasa rindu bila tak berjumpa. Sunyi terasa jika Alisya tak de dipejabat. Hatinya sering rasa tak sabar menunggu hari Isnin. Suka betul dia melihat muka gadis tu merah menahan rasa geram bila tiap kali dia mencetuskan pertengkaran.

“En. Fazli ada apa-apa lagi ke?” Tanya Alisya, mematikan lamunan En. Fazli.

“ Kenapa? You dah menyampah ke tengok muka saya? Kan laporan kamu ni saya tak tengok lagi..kamu yang lewat 5 minit saya boleh tunggu, duduk dalam bilik saya tak sampai 3 minit tak boleh pulak ke?”

 p/s : Nantikan cerita selanjutnya...dah nak dekat setahun baru nak sambung lagi....untuk tidak mengelirukan sila klik sini.  Ni gara-gara TV meletop semalam maka adalah masa aku mengadap laptop dan menyambung citer ni.....